click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, January 14, 2016

Kembara Mesir- Gunung Sinai



 
Pejalanan ke Semenanjung Sinai akan mengambil masa lebih 8 jam. Destinasi  pertama semenanjung Sinai adalah St Catherine ..Di sana letaknya  Gunung Sinai di mana Nabi Musa bermunajat kepada Allah swt selama 40 hari. Untuk ke sini terdapat dua laluan utama..Dekat tapi bahaya dan kedua selamat tapi jauh…Jalan dekat akan melalui jalan sunyi berbukit manakala yang jauh akan menyusuri laluan pantai semenanjung..Jauhnya lebih dari 3 kali ganda. 2 ustaz muda akan bergilir-gilir memandu ke sana.





Untuk ke semenanjung Sinai  akan melalui terowong bawah tanah  Terusan Suez…Terpaksa menempuh pelbagai sekatan jalanraya…Kenderaan juga akan melalui mesin pengimbas x ray..Beberapa meter sebelum memasuki   terowong melalui pemeriksaan tentera lagi..Semua passport di periksa..Terasa seperti  melepasi sempadan memasuki negara lain pula. Disini adalah kawasan larangan..Tiada foto dibenarkan..Hanya beberapa foto   tidak dapat dikesan oleh tentera..yang lain dipadam semasa mereka memeriksa setiap kamera...Barangkali mereka terlupa zaman teknologi tiada lagi rahsia..Berapa banyak foto yang telah dipost kepada rakan-rakan melalui media sosial...



Menghampiri  simpang ke St Catherine terpaksa melalui lagi post tentera…Kami bernasib baik dibenarkan melalui jalan dekat untuk ke St Catherine tapi perlu diiringi pasukan tentera…Terpaksa menunggu beberapa kenderaan lain  untuk bergerak bersama..Beginilah keadaan negara bergolak…bersempadanan pula dengan negara zionist israel…Bergerak beberapa kilometer akan melalui sekatan jalanraya lagi..Tentera lengkap dengan  kereta kebal berkawal..Tentera bermesingun bersiap sedia di kubu- kubu  menara tinjau…Kecut perut sebab tidak biasa dengan sausana  ini..Alhamdulillah sebelum Maghrib tiba di St Catherine.



Sebelum check in di hotel  singgah ke kawasan kaki gunung.. Disini terdapat ukiran batu anak lembu yang berusia ribuan tahun sejak zaman Nabi Musa lagi…Masih jelas kelihatan…Berdasarkan sejarah  semasa  Nabi Musa  bermunajat di Gunung Sinai..pengikutnya yang beriman telah kembali kufur dengan menjadikan patung anak lembu ini sebagai tuhan…

 

Sesudah makan malam bersegera check in di hotel untuk berehat ..Pukul 12 malam akan menuju ke puncak Gunung Sinai diiringi jurupandu gunung warga tempatan…Untuk  ke puncak gunung pada ketinggian 2800m dari aras laut  biasanya  akan mengambil masa 4 jam.. Perlu bersegera supaya sebelum suboh boleh tiba dipuncak.. jika lewat  akan lewatlah menuruni gunung nanti..Walaupun cuaca sejuk tapi pancaran matahari amat memeritkan kulit..Anak bongsu tidak dapat turut serta walaupun bersungguh ingin mengikuti..beliau tidak berapa sihat dan mengalami muntah-muntah..Salah sorang ustaz yang kebetulan sudah pernah mendaki sebelum ini akan menemankan  sepergian kami..


   



Untuk menjimatkan tenaga isteri menaiki unta untuk ¾ pendakian ..baki ¼  pendakian menegak hanya boleh diakses dengan berjalan kaki.  Caj bayaran 160 gurnih atau RM80 Perjalanan ok tidaklah teruk kerana  melalui trek yang dibina dilereng –lereng  gunung. Sebagaimana dijangka pukul 5pagi tiba..Haritu tidak ramai pengunjung  tidak sebagaimana hari sebelumnya lebih 300 pengunjung mendaki..tentunya keadaan di puncak seakan pesta.. Sejuk yang amat…sesudah  mengambil wuduk jari- jemari kaki bagaikan berpijak diketulan ais.. Tetap terasa walaupun menggunakan dua lapisan setokin dan kasut kulit. Menikmati pemandangan . Ramai yang ke sini untuk menikmati pemandangan matahari terbit..Takjub bagaimana Nabi  Musa boleh mendaki setinggi ini. Sekarang dengan trek tersedia pun terasa seksa.., bayangkan beribu tahun dulu…!





Sekitar jam 8 pagi menuruni gunung.  Walaupun tidak seteruk mendaki tapi pancaran matahari yang terik  meletihkan dan menyentap semangat..Dan lagi persekitaran yang tandus ditambah dengan  banyak kesan trek pejalan kaki sukar untuk mengenal pasti laluan balik..Penunjuk arah  pula entah lesap di mana…Terkial kial mencari jalan turun  sekitar 12 tghari tiba dikaki gunung.

Berakhir episode pendakian Gunung Sinai..Harini juga kami akan checkout hotel untuk ke destinasi berikutnya…Dahab…Tunggu coretan selanjutnya..

Coretan lawatan ke Tasik Qarun  boleh dibaca DI SINI


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK