click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, January 11, 2016

Kembara Bumi Mesir- Tasik Qarun...

Perjalanan ke Faiyum mengambil masa hampir 2jam dari Cairo. Melalui lebuhraya  2 lorong bertol. Disini tol  sangat murah 3 gurnih tidak kira jarak perjalanan. Diperhatikan infrastruktur di Mesir boleh tahan hebat … Keretapi  mereka sudah sekian lama menggunakan elektrik…Di Cairo terdapat juga keretapi bawah tanah…Lori lori Kontena-kontena juga  dari model  terkini. Cuma aspek penampilan yang dikira lemah…Janji boleh berfungsi. Kenderaan banyak yang kemek ..Begitu juga dengan lebuhraya..langsung tiada pengindahan…sampah sarap pun boleh tahan…

Lihat alat timbangannya...
Membeli bekalan untuk perjalanan jauh..



Ingatkan ada sekatan jalanraya di depan...
Rupanya pemandu membayar tol..Tol Plaza di Lebuhraya...
Kawasan perkuburan
Melintasi kawasan perkuburan..Berbanding di tanah air yang mana tanah perkuburan adalah tanah wakaf, di Mesir dan mungkin di negara arab lain..petak perkuburan  adalah milik persendirian. Di sana petak kubur  dipakai berulang kali… Jenazah disemadikan  didalam bilik bawah tanah samada petak lelaki atau perempuan. Untuk tempoh tertentu tulang belulang akan dilupuskan untuk menerima jenazah baru.. Di setiap makam akan  ada penjaga kubur.




Setelah merentasi gurun pasir setibanya di Fayum keadaan mula berubah..Disini adalah lembah subur..Kebun-kebun  kurma dan tanaman lain mula menghiasi persekitaran.


Meronda sepatutnya melihat kiri dan kanan..yang ini hanya menunduk...





Tiba di Tasik Qarun. Tasik yang sangat luas…Airnya keruh dan berbau hanyir..Walaupun tasik tapi berombak…Didalam tasik ini tersimpan  jasad Qarun bersama khazanahnya. Qarun asalnya seorang pemuda miskin yang meminta Nabi Musa berdoa untuknya.. Setelah kaya beliau enggan mengeluarkan zakat, angkuh mendakwa kekayaan diperolehi  hasil kepintarannya   dan kenapa harta perlu dizakatkan..Disebabkan keangkuhan iti .,bumi telah terbelah lalu menelan Qarun bersama  hartanya . Bermula dari itu  terbentuklah tasik ini…



Melihat juga tinggalan Bandar dan istana Qarun yang tenggelam ditelan bumi..hanya sebahagian bumbung –bumbung  kelihatan…Kerja kerja arkealogi sedang dijalankan di istana Qarun..Diberitakan  istana ini dulunya 6 tingkat, sebahagian besarnya tertelan didalam bumi..Yang kelihatan dipermukaan bumi ini untuk peringatan kepada umat manusia terkemudian supaya tidak sombong  kepada Si Pencipta…

Bekas bandar di keliling istana Qarun...
Add caption
Sebahagian istana Qarun yang kelihatan di permukaan bumi



Lagi keajaiban dunia…setelah meredah gurun pasir saujana mata memandang tetiba terdapat tasik air tawar,,,atau dikenali sebagai Wadi…Uniknya terdapat air terjun diantara dua aras tasik yang berbeza ini.





.Sewaktu kehadiran kami sedang berlaku fenomena rebut pasir menandakan sedang berlakunya peralihan musim. Berakhirnya  fenomena ini akan bermula musim sejuk yang sebenar…




Sempat juga singgah di Pusat Bandar Fayyum  menyaksikan tinggalan Nabi Yusof- Kincir air..Hanya empat daripada 16 kincir air yang kekal terpelihara sehingga kini…Kincir air ini dbina sebagai persiapan untuk menghadapi musim kemarau sewaktu Nabi Yusof menjawat Menteri  hal ehwal berkaitan ekonomi…Bertitik tolak dari mimpi ..beliau mengarahkan supaya kincir air dibina untuk mengairi ladang ladang gandum  bagi menghadapi  7 tahun suram…





Kembali ke Cairo… Esok kami akan ke Semenanjung Sinai..Kawasan panas yang bersempadan dengan Palestin yang di jajah…ataupun Israel…

Coretan perjalanan terdahulu boleh dibaca DI SINI

3 comments:

  1. πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  2. πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  3. Hehe Kakmah apa lagi ajak lah abe ke sini...bawak motorsikal

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK