Destinasi akhir di Mesir adalah Alexandria yang terletak di
utara Mesir bersempadanan dengan negara Eropah.. Dipisahkan oleh Laut
Meditranean...Avanza tak muat.. Setelah hampir 3 minggu meronda beg-beg semakin bertambah..
Jam 9 pagi anak anak menaiki keretapi…Ber keretapi mengambil masa 3 jam. Perhubungan darat di Mesir boleh tahan hebat...Keretapi mereka telah lama menggunakan kuasa elektrik..Kami menaiki kereta bergerak
sedikit lewat..sesudah zuhor bertolak…Sebelum itu pekena lagi nasik arab…Sekiranya ke restoran nasi arab itu sudah
hampir pasti pemiliknya bukan arab
mesir…Orang mesir tak pandai memasak nasi..mereka lebih banyak makan
roti..Restoran yang kami pergi ini milik
arab Yaman. Makanan ruji arab Yaman sama dengan penduduk asia tenggara yang
lain..Nasi dan nasi..
Menuju ke Alexandria menggunakan lebuhraya baru bertol jenis
terbuka 3 lorong…Sebelum memasuki lebuhraya tersesat melalui kawasan pinggiran bandar...Jelas kelihatan keserabutan Mesir...Kereta kuda, kaldai, Tut Tut bahkan unta berkongsi jalan yang sama...
Alex adalah Bandar kedua terbesar
sesudah Cairo…lebuhraya bertol
terbuka , kenderaan
persendirian maupun bas-bas awam boleh saja menurun atau menaikkan penumpang
sepanjang lebuhraya…Akan adalah penumpang yang menunggu dipinggir-pinggir
lebuhraya …Jangan panik jika secara tiba-tiba ada kenderaan dipandu berlawanan
arah dilebuhraya . Mereka memandu berlawanan arus sebagai jalan piƱtas
tanpa perlu melalui jalan jauh… Itu sebahagian keunikan pemanduan di
Mesir..Pengguna lain tidak marah bahkan memberi
laluan…
Disebabkan tersesat tadi..perjalanan berkereta ke Alex yang sepatutnya hanya mengambil masa tidak lebih 3 jam..kini mengambil masa lebih dari itu..Sesudah magrib tiba di Alex. Teruja melihat kediaman anak..Nasib baik...Keadaannya lebih terurus berbanding andaian asal... Berbanding kebanyakan pemilik Arab.. unit rumah sewa anak lebih terbela kerana pemiliknya warga Malaysia...Secara keseluruhan Alex lebih tersusun dan bersih berbanding Cairo...
Teksi di Alex dari jenis Skoda...Buatan Rusia...Buruk di luar boleh tahan selesa didalam..tambang sangat murah...
Di Alex kami tidak banyak meronda tempat.. Keterujaan meronda sudah pudar..Sausana Mesir lebih kurang sama...Berikut foto foto sekitar lawatan di Alex...3H2M
Meronda sekitar Pantai Meditranean...Dikhabarkan terdapat khazanah firaun baru ditemui di dasar laut ni..Wallahualam...
Melawat pasar awam di Alex...Apa yang menarik perhatian disini haiwan-haiwan ini tidak melarikan diri...tak tau jampi apa yang mereka pakai..Dan lagi daging merpati sangat popular disini...
Tidak lupa melawat fakulti pengajian anak...
Meronda sekitar Pantai Meditranean...Dikhabarkan terdapat khazanah firaun baru ditemui di dasar laut ni..Wallahualam...
Melawat pasar awam di Alex...Apa yang menarik perhatian disini haiwan-haiwan ini tidak melarikan diri...tak tau jampi apa yang mereka pakai..Dan lagi daging merpati sangat popular disini...
Tidak lupa melawat fakulti pengajian anak...
Melawat juga rumah student Alex..Tak sangka..mereka juga pandai memasak ..bukan masakan biasa tapi masakan tradisi Trengganu..Laksam..Bukan mudah untuk memasak di bumi asing dengan kekangan bahan terhad..
Melawat pusat beli belah Tesco ..Jangan ingat di lapangan terbang saja memiliki alat pengimbas ini..di pusat beli belah pun ada...Masihkah kita tidak bersyukur...?
Melawat perpustakaan terbesar di benua Afrika...Disini bakal dilangsungkan konvokesyen anak sesudah menamatkan pengajian..
Sebagai kenangan melawat Mesir..membeli kasut...
Kami tak sabar nak balik Malaysia...Ingin kembali ke tanah air..mengembalikan semangat meronda ke tempat lain pula..Cukuplah kali ini 3 minggu berada diluar ...Tercapailah hajat melawat Mesir sementara anak ada di sini..Tahun ini anak sulong habis belajar setelah 6 tahun bermastautin di bumi Mesir...Ada kesempatan rezeki masa dan kesihatan In Sha Alah ingin meronda lagi..Teringin melawat US ..sementara anak ke 3 masih belajar di sana...
Manusia maupun negara dijadikan berbeza-beza untuk kita saling mengenali...Apalagi... Jom Jom kita meronda...!
Sekian Coretan Kembara Mesir 2015...
Coretan sebelum ini boleh dibaca DI SINI
Sekian Coretan Kembara Mesir 2015...
Coretan sebelum ini boleh dibaca DI SINI
No comments:
Post a Comment