Sunday, May 18, 2014

Taman Tasik Metropolitan Kepong...

18 Mei 2014

Lokasi Taman Tasik Metropolitan Kepong

Jarak trek 3.7km

Seingat aku kawasan ini dulunya  terbiar. Banyak tumbuhan kiambang memenuhi permukaan tasik selain semak samun  ..Dan aku yakin bahan buangan pasti banyak dicampak samada didalam atau pinggiran tasik.. Itu dulu... Kini tidak lagi. Persekitaran sungguh indah atas inisiatif pihak DBKL  menaiktaraf tasik sebagai pusat takungan air banjir dan taman awam. Hujung-hujung minggu  ramai orang berjogging, berbasikal atau sekadar beriadah santai..Sebelah petang kawasan disini cukup popular sebagai tempat bermain layang-layang.

Berikut gambar-gambar yang disempat ditangkap sewaktu beriadah pagi tadi..


 Kawasan  redup dan landskap  menarik . Bangku-bangku disediakan untuk pengunjung bersantai...

 Penonggang basikal pun ramai menggunakan trek berbasikal

 Pemandangan yang mendamaikan ...

Deretan pokok tanjong...Baru aku kenal. Bila merujuk diinternet rupanya banyak khasiat setiap bahagian pokok tanjung ini..antaranya boleh mengubati lemah-lemah sendi.




Bunga tanjung dari spesis berbeza dari yang atas., sedang galak berbunga dan mengeluar haruman yang sangat semerbak ...Selain dari ini banyak lagi pokok hutan atau pokok-pokok  berbunga wangi turut ditanam disini...seperti melor, jasmine, kenanga dll. Aku mencadangkan supaya pokok ditagkan dengan nama spesis untuk pengetahuan pengunjung..Aku yakin ramai yang tidak mengenali spesis pokok yang terdapat disini.


                           
Haha tak sangka dapat bertemu dengan mereka. Kenalan sekolah dan ahli kariah taman (kanan) yang sering berjogging di sini setiap kali hujung minggu



Taman permainan kanak-kanak  turut disediakan untuk anak-anak bermain..

 Rumah bot ...


Trek berjogging yang dibina sepanjang pinggiran tasik..

Namun sayang, sayang dan sayang..prasarana baik dengan persekitaran menarik  dicemari dengan sampah sarap. Aku yang baru balik melawat Australia mendapati  pengunjung disini sungguh tidak perihatin dengan kebersihan alam sekitar. Masing-masing meletakkan dibahu penguasa untuk membersih kawasan. Inisiatif pihak berwajib sudah cukup bagus , namun jika usaha pengindahan begini tidak disokong oleh rakyat..duit akan dibazirkan hanya untuk tugas pembersihan..Bukankah elok jika tumpuan pembersihan kurang, peruntukan boleh disalurkan lagi untuk pengindahan kawasan - kawasan lain pula.. Kita sangat kekurangan taman-taman awam.


Kerajaan perlu berperanan, Ibubapa perlu berperanan..Pihak sekolah perlu berperanan   dan orang perseorangan perlu berperanan untuk memupuk sikap cintakan kebersihan.  Menilai dari sikap yang ditunjukkan pengunjung sekarang , kita memerlukan masa yang panjang untuk setanding dengan sikap penduduk negara maju. Sikap suka membuaag sampah ini tidak tertumpu kepada orang yang tidak berpelajaran,,bahkan yang berpelajaran juga...Hati sangat sakit menyaksikan pemandangan sebegini...


Aku berpendapat elok juga disediakan tram sebegini untuk pengunjung menikmati keindahan kawasan tasik... Kawasan tasik yang luas tidak memungkinkan wargaemas,   kanak-kanak atau warga kurang upaya untuk menikmati keindahan persekitaran taman...Aku rasa pengunjung tidak kesah jika dikenakan sedikit caj untuk menggunakan kemudahan itu...

1 comment:

  1. I was recommended this web site by my cousin. I am not sure whether this post is written by him as nobody else know such
    detailed about my problem. You're wonderful! Thanks!


    My blog post; keraplex bio ()

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK