click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, May 3, 2014

Jom Australia...Gini rupanya Australia...hehe

Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di bumi Australia. Macam-macam bermain dibenak fikiran semasa beratur menunggu giliran di kaunter imegresen dan kastam..Pengalaman rakan-rakan yang telah berkunjung di sini ingin dirasai secara peribadi. Ada yang kata petugas kaunter tidak mesra pelanggan..begitu juga dengan pegawai kastam..Seorang kawan menceritakan bagaimana dia terpaksa menjalani pemeriksaan dan soal siasat kerana membawa lebih beg sandang. Ada juga kawan yang menceritakan beliau diperli kerana membawa  banyak bekalan makanan dan peralatan memasak supaya jangan bercuti keluar negara jika tidak mampu membeli makanan di restoran restoran.. Walhal tujuan membawa bahan mentah adalah kemudahan sekiranya sukar mendapatkan bahan halal sepanjang berada di sana. Mendengar pengalaman rakan-rakan membuatkan hati sangat sakit...Aku dah sediakan jawapan sekiranya perlian yang sama diucapkan.. So What..! Sesengkek kami setidaknya telah sampai ke negara mereka ..sedangkan mereka entah kenal ke tidak negara orang lain..hehe

Namun malam itu urusan di kaunter keluar semuanya berjalan lancar. Urusan memang agak lama kerana hanya 4 kaunter imegresen yang dbuka untuk melayan lebih 300 orang penumpang. Bagage juga diperiksa, namun lepas ..Tiada masalah..

Keluar terminal sausana telah gelap. Ikut jam Malaysia baru 6 petang tetapi waktu tempatan adalah 2 jam lebih awal  bermakna pukul 8 mlm. Di Australia ketika ini memasuki musim luruh. Malam lebih panjang berbanding siang. Jam 5 petang  telah gelap.. Dingin mendakap anggota. Mujur ada membawa jaket....

Adat berkunjung ke tempat baru. Jenis- jenis kereta yang pertama kali mencuri tumpuan hehe..Owh  disana kenderaan Jepun dan Korea lebih mendominasi jalanraya. Kenderaan Eropah  kurang berbanding Malaysia. Model-model kenderaan adalah lebih kurang setara . Sesetengah model kereta di Malaysia lebih terkehadapan.. Ada juga model yang tiada di Malaysia namun banyak di sana seperti van-van komersil VW juga Ford...Perjalanan ke rumah anak mengambil masa dalam 30 minit. Tak banyaklah yang boleh dilihat di kiri kanan jalan kerana sausana telah gelap.


Dapatlah melihat sendiri apartmen yang disewa anak dan rakan serumah. Selama ini hanya mendengar cerita, Apartmen 2 bilik dikongsi 6 orang. Ruang tamu dijadikan tempat belajar. Sewa mahal kata mereka. AUD480 seminggu.  Dulu kami di UK sangat suka jika ada famili datang berkunjung begitu juga dengan mereka.. Kami disambut dengan penuh mesra  walaupun diantara mereka terpaksa menumpang rumah rakan untuk memberi laluan kepada kami menggunakan bilik. Argh kesian pulak kat budak-budak nih..Takpa.. kami menumpang tidak lama...






5 pagi telah cerah.. .Tak sabar untuk melihat sendiri persekitaran diwaktu siang. Sejuk diluar. Aku berjalan dilorong taman..Penginapan sangat dekat dengan universiti..Tulisan UNSW dapat dilihat dengan jelas di dinding bangunan universiti...Ok kot ronda dekat dekat dulu.. meneroka lebih jauh takut... takut tak jumpa rumah hehe.


Di lorong sempit beginipun ditanam dengan pepohon...


Aku sangat suka sausana taman...Landskap menarik. Pohon-pohon rimbun ditanam disekililing taman dan apartmen.

Sampah memang ada dipersekitaran namun secara keseluruhan keadaan bersih dan rapi. Tong tong sampah siap mengasingkan mana-mana yang boleh dikitarsemula. Dan penduduk berdisplin membuang sampah menurut kategori. Ini yang sangat terkesan dihati, berbanding sikap orang ramai di tanahair sendiri.




Sekejap lagi kami akan ke Bandar Sydney...Argh lama pulak pukul 7 pagi..hehe



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK