Sunday, May 4, 2014

Jom Australia- Harbour Bridge dan Opera House...



Pagi-pagi kami telah meninggalkan rumah..Lewat keluar nanti tak banyaklah tempat yang boleh dilawati..Siang  cepat berganti malam..Jam 5 dah masuk waktu magrib di sana.. Menaiki bas..Sekali naik tambang dalam 3AUD. Dalam bas  tak ramai pulak Mat atau mek salleh..Aku kat Australia  atau kat Hong Kong nih...? Berpusing-pusing kepala memandang kiri kanan hehe macam kambing baru masuk kampong ...Mau tengok sausana baru..


Walaupun hari berkerja tapi trafik sangat lancar.. Wargakota lebih selesa berkenderaan awam. Bas banyak dan panjang. Difahamkan kebanyakan orang tak sanggup untuk membayar caj parking yang sangat mahal. Bukan saja mahal tempoh meletakkan kenderaan di tempat-tempat awam juga terhad maksima 3 jam. Melebihi waktu ditetapkan bersedialah menerima surat saman yang akan dipost secara talian. Cuba laksanakan di Malaysia..Haha akan berpiketlah satu Malaya..Hujah yang  fofular mengenyangkan kroni kroni dan kroni...Nyampah aku...


Jeles aku tengok tempat orang..Hari hari kita mengeloh pasal jem jem jem..Tapi setiap pembaharuan yang cuba diambil akan ditentang..Dulu ura-ura nak laksanakan perkongsian kereta..ermm senyap bila mendapat bantahan. Kerajaan perlu tegas. Usah dilayan  langau langau yang berlegar di sekeliling telinga. Diwaktu puncak jangan benarkan kenderaan yang dipandu sendirian memasuki pusat bandar. Cuba pandang kiri kanan anda..Hampir keseluruhan kenderaan dipandu bersendirian..Jika memasing berkongsi kenderaan aku percaya lebih tiga perempat jalan akan lapang..Dan lagi dah elok elok naik motor tidak dikenakan tol ada pula yang mencadangkan supaya motor juga dikenakan tol...ishh sungguh pelik aku..Sebahagian orang bermotor untuk menikmati kelebihan ini. Kalau masing masing naik kenderaan beroda empat bertambah parah lah kesesakan...!

Dalam masa yang sama prasarana awam mesti ditingkatkan..Nak tunggu serba serbi lengkap alamat ke sudah tak akan dapat dilaksanakan..Tidak mengapa jika pengguna tidak mau mematuhi peraturan, bermakna mereka bersedia untuk membayar lebih..Keluarkan saman saja..Apabila telah dilaksanakan nanti taulah mereka mencari jalan untuk mengatur setiap perjalanan walaupun ke tempat dan waktu kerja yang mungkin berbeza .



Aku terpegun beb..Mereka betul betul bawak kenderaan macam robot...60km/jam ikut..40km/jam ikut..Pejalan kaki juga sabar menunggu lampu isyarat hijau walaupun tiada kenderaan yang lalu...Masuk simpang..signal menyala.. Tukar lorong signal menyala walaupun kenderaan nun sayup didepan atau dibelakang. .Di persimpangan berlampu isyarat yang dah jelas untuk membelok tetap menyalakan signal dan  tak akan dipadam selagi tak masuk kesimpang-simpang ..Difahamkan tidak memberi signal termasuk kesalahan yang boleh dikompounkan disana. Patut laa..Masuk simpang ikut garisan jalan yang disediakan.. Tiada cilok mencilok..semua memang macam itu..Teringat aku sewaktu membesit  ke LCCT semalam.. Kanan kiri ,  kiri kanan
..hehe malu aku.. Berdisplin sungguh




Dan lagi pemandangan kiri kanan jalan sungguh indah, bersih dan kemas..Taman-taman awam berlandskap cantik..Pepohon merimbun. Semua diselia dengan baik.  Ditambah dengan sausana yang mendinginkan owh sungguh nyaman dan mendamaikan..


Sekejap lagi nak sampai Harbbour Bridge dan Opera House yang sinonim dengan Sydney tu ..he he tunggu..



No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK