Thursday, December 30, 2010

Kembara Seoul Part 2 -Seoul Tower n Masjid Seoul


Bersama Pemandu pelancong Pn Maznah dari CS Holidays-kanan. Bila sejuk semua makin mengembang..ha ha..



Berlatarbelakangkan Bandaraya Seoul dari puncak bukit di Seoul Tower. Tak dapat ambil gambar banyak sebab sejuuk..berkejar nak duduk dalam bas..ha ha..




Kalau korang perasan kebanyakkan negara mesti ada tower macam ni...Kat kedah Malaysia pun ada kann..?




Antara deretan kedai muslim di Ittewon St. Kawasan di sini terdapat banyak kedai muslim yang diusahakan oleh imigran Indian subcontinent...Kena berterima kasih kepada orang islam dari India,Pakistan, Bangladesh...Dimana-mana negara mesti ada mereka...Europe, Afrika, Tanah Arab dll..di Malaysia...he.he jangan cerita la...Yang dah sambar awek Malaysia pun ramai..



Satu-satunya masjid di Seoul...dan yang pasti akan berkembang. Ramai jamaah berkumpul didalam masjid, disamping pelawat asing dan penduduk tempatan...




Disinilah kami makan 2000 won secara buffet., lebihkurang 60 ringgit le...tapi makanan dia kena dengan selera aku...Kari kambing dia pergh....



22hb Dec Selepas makan tengahari di Foreign Restoran...



Kami di bawa ke hotel penginapan M hotel, berdasarkan brosur caj semalaman adalah 150000 Won, mahal..lebih kurang 450 duit Malaysia., kalau di Malaysia aku ingat lebih-lebih pun RM 250 tapi bilik dibekalkan dengan komputer dan internet. Check in dan berehat sambil layan internet, mula-mula tu merangkak-rangkak sebab bahasa guna bahasa korea, nak dapatkan yang english punya hantam jelah..dah tu tak dapat mengadap lama-lama sebab masing masing anak beranak berebut nak guna komputer.. nak tidor pun tak sempat..

Keluar semula pukul lima untuk ke Seoul Tower. Macam KL Tower jugak. Musim sejuk 5.30 dah gelap dan sangat sejuk. Kedudukan tower diatas puncak bukit jadi dapat melihat Bandaraya Seoul diwaktu malam dengan jelas...dalam sejam lebih lawatan sebelum menenuju ke Restoran Maharaja, makanan Pakistan., restoran pun penuh dengan pengunjung Malaysia.. laa ramai rupanya orang Malaysia melancong keluar negara..barangkali akan jumpa ramai lagi sebab ramai yang batalkan trip kerana ketegangan Korea Selatan dan Korea Utara..makanan tak sesedap di Foreign Restoran, tapi bila sejuk ni perut rasa lapar memanjang...
Sebelum naik bas singgah lagi beli kebab dekat kiosk Arab Mesir.. lapar beb..dia cakap dah lima tahun duduk di Seoul sebab kahwin dengan awek korea..Memang sepanjang jalan ni banyak restoran arab, tapi yang tak syok walau pun ada tulisan halal tapi diorang jual minuman berakohol jugak..Restoran yang kami kunjungi hanya 1 daripada 3 yang tak jual arak ...

Balik hotel anak beranak aku lain layan internet lagi laa tapi aku terus membuta, mengalah kat diorang he.he..

Esok pagi kami nak ke Nami Island...Petang...Vivaldi Ski resort...

Wednesday, December 29, 2010

Foto Kembara Seoul-Part 1



selepas check in KLIA...



Pemandangan KLIA dari terminal..


Pemandangan dari bas lebuhraya Jakarta, menuju ke hotel transit...




Warong kecil, warong bergerak.. dicelah-celah kemacetan boleh order makanan...bagi yang ingin mencuba..
Tut.tut.. dan Jakarta berpadu satu..

Machet pak Jakarta...




makan..makan.makan..di Jakarta


Sementara tunggu flight di Sukarno Hatta ke Incheon.. berfb dulu


Anak-anak layan game, aku membuta , flight 6 jam ke Seoul, lama ...



Baru tiba di Incheon Airport, pertama kali rasa dinginnya musim sejuk...




ha.ha..tengok Anak bongsu sudah kasi padam dia punya mukaa... Anak bujang aku.. aku yang pendek atau dia yang tinggi he. he..






Di perkarangan Muzium Tamadun Korea...






Ini le barang-barang kat muzium tamadun Korea, takdalah hebat sangat..tamadun yang masih muda...

SPM result tak dapat lagi dah dapat hadiah bawak jalan-jalan...Calon pelajar serba boleh MRSM Pasir Salak nih..Akan ikuti pogram SPC Mara di Unikl...





Seoul at night..









Melawat Seoul Tower, KL Tower..? Cuaca sejuk membezakan keduanya..

AFF Suzuki Cup

Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana menjuarai AFF Suzuki Cup setelah menewaskan Indonesia dengan aggregat 4-2. Menang 3-0 di Bukit Jalil Malaysia, tetapi kecundang 1-2 di Stadium Bung Karno Indonesia...

Monday, December 27, 2010

Kembara Seoul- Part 1

Kami baru tiba di KLIA dari Jakarta pukul 8.40mlm tadi setelah tersangkut di sana sebab terlepas flight. Flight asal 26hb jam 10pg dari Seoul terpaksa ditunda ke petang jam 5.00 sebab terdapat masalah teknikal pada kapalterbang. Sampai Jakarta dah 12 mlm. Flight pagi keesokan hari pun hanya ada untuk 9 orang saja . ., jadi kami menunggu flight sebelah petang. Pukul 5 ptg semalam baru bergerak ke Malaysia.

Foto pun tak sempat upload sebab anak beranak berebut komputer..ha ha..takpa foto akan menyusul kemudian. Kepada teman-teman jomlah berkongsi pengalaman.. semoga berfaedah..



Kembara Seoul -Part 1

Group kami seramai 29 0rang terdiri dari 5 keluarga yang berasal dari Buterworth P.pinang, K.Lipis, Pahang dan 3 keluarga dari Lembah Kelang. Terdapat 3 pasangan kembar bersama kami.. Kami tiba di Seoul Jam 8.30 pagi 22hb waktu tempatan atau 7.30 pagi waktu Malaysia..Pernerbangan selama 6 jam lebih.. Sewaktu sampai cuaca berada pada paras 0 darjah celcius..Pengalaman pertama anak anak aku berkunjung ke negara beriklim empat musim...sebelum tu dah aku bagitau pakai seluar dan baju biar tebal, tapi anak remaja tak berapa nak dengar kata, panaslah, rimaslaa, beratlahh..bila dah merasai sendiri kesejukan baru tau...balik semula ke tandas mengenakan pakaian tebal...

Semalam 21hb pukul 12pm bertolak dari K.l dan transit dulu di Jakarta...aku suka trip sebegini, package 2 in 1 dua negara dapat..

Transit di Jakarta selama 10 jam untuk penerbangan berikutnya ke Seoul pada pukul 12malam. Sementara tunggu penerbangan kami ke Shopping Kompleks Mangga 2.. Aku tak suka... sebab orang ramai sangat dan bersesak-sesak..Sausana seperti di pasar borong, menyesakkan pandangan dan nafas, lagipun malas aku nak tengok lebih-lebih takut terbeli barang lagi..Barang yang terbeli sebelum ini pun banyak tak terpakai lagi..Selepas daripada itu mujur kami dibawa ke restoran makan yang ok..sausana bersih dan makanan sedap...lagi pun tengah lapaar...

Perbezaan nyata antara Jakarta dan Seoul adalah..kesesakan teruk di Jakarta.., kekotoran yang agak ketara di Jakarta. Sampah sarap..., air sungai yang gelap dan berbuih..Seoul aku bagi rating tinggi bab kebersihan nih..Seoul bersih dan kemas..Kelebihan untuk diorang sebab bangunan takda la berkulat sebab cuaca kering..Anak aku pun suka. Walaubagaimana pun perangai pengotor memang terdapat dimana-mana.., adalah segelintir manusia yang buang sampah terutamanya puntung rokok merata-rata.. Tukang sapu sampah nampaknya kena kerja lebihle..

Perbezaan ketara lain adalah pasal kenderaan, di Jakarta banyak kenderaan Jepun atau kenderaan Toyota yang di tukar nama, tapi di Seoul 90 peratus adalah Kia, Hyundai, Daewo, Syangyong...Tekaan aku tepat..masa keluar airport bas yang menjemput mesti Kia..sah betul..

Hari pertama di Seoul kami dibawa melawat ke Istana Presiden, dah jadi acara wajib bila ikut trip berkumpulan...memang elok pun istana Yang Dipertuan Agong Malaysia di buat semula, boleh dijadikan produk pelancongan negara..lepas tu pergi muzium...argh kami anak beranak mengambil syarat melawat je, kami lebih banyak masa melepak di luar muzium mengambil foto sana sini sambil menikmati sausana baru kesejukkan..

Makan tengahhari adalah di Foreign Restoran, masakan India Utara..., dah macam makan kat kedai mamak cuma sausana berbeza , tengah lapar dan sejuk kann..jadi kami membedal..tambah dan tambah..makan secara buffet pulak tu..jadi henjut jelah...Iteiwan Street merupakan satu-satunya tempat yang banyak kedai makanan orang islam, yang diusahakan oleh orang India muslim, Pakistan dan juga orang arab...kawasan tumpuan pelancong islam sebab berdekatan dengan masjid..Jadi kepada pengusaha restoran tu cuba le buka cawangan disini..Peluang terbuka luas, restoran memang sentiasa penuh sesak dengan pengunjung...pengunjung Malaysia,Singapura dll sangat ramai...


Ikuti sambungan dalam Kembara Seoul -Part 2

Tuesday, December 21, 2010

Kembara Seoul-Perspektif berbeza...

Ha.ha aku nak berkembara jauh lagi...21 Disember sehingga 26 Disember 2010. Route aku kali ni KL-Jakarta-Seoul.. Naik motor paling tidak 15 hari sehala...barangkali lah.. sebab aku pun tak pernah pergi lagi.. tapi kalau tengok di forum-forum motor aku ingat lebih kurang macam tulah.. Xpdc bermotor ke China pun paling kurang RM15k seorang diperlukan, itu belum campur kos nak pos motor ikut laut lagi.. Kalau ikut jalan darat confirm tak lepas nak masuk Korea Selatan melalui Korea Utara, macam kat Myanmar jugak., lagipun sekarang kan hubungan sedang tegang antara KU dan KS....Argh mahallah..lebih baik aku ambik jalan pintas.. Naik tikar terbang...Aku tambah 4 ribu lagi dah boleh bawak anak beranak, 6 orang termasuk aku...

Bab berjalan dengan famili ni aku langsung tak ambil kesah sangat..biar bini aku yang uruskan...lagipun malas nak berbalah...aku nak macam ni, dia nak macam tu... Malas nak fenin-fenin laahh. aku mengalah je...Tapi kalau belanja mahal-mahal aku rejek..ha.. ha ..

Kembara kali ini aku cuba lebih menghayati persamaan dan perbezaan antara kembara bermotor ikut jalan darat dan kembara ikut jalan udara...Coretan kembara pun ingat nak suruh je anak-anak aku yang tulis...sedang eloklah tu..6H5M. Aku pun nak rahsiakan diari diorang tu, aku nak post dalam blog aku...Anak aku yang ikut 4 orang dan sorang lagi tak dapat ikut sebab belajar di Mesir. Aku nak sentuh berkenaan perjalanan keseluruhan saja.. Aku nak cerita ikut perspektif berbeza...tunggu yea..

Monday, December 20, 2010

Ingatkan Dah Hebat Rupanya Ada Lagi Hebat...Part 2



25km berkayuh kaki dah mula kejang...tak larat takpa boleh naik lori..


Aku pun berkenaan touring bike ini..



Pak Usop...




Pengiring bermotor jauh dihadapan...Jalan..,berhenti, jalan.. berhenti...ish.ish


Ok aku sambung semula apa yang aku tulis tak habis semalam..

Pencapaian Dato Hassan pun takda apa-apa kalau nak dibandingkan dengan Dato Malik yang dapat berenang Selat Inggeris dan macam lagi laut lain… Atas darat penat boleh le rehat..boleh berjulur kaki, baring-baring sambil minum kopi panas…kalau penat dalam laut ..?

Pencapaian Datok Malik takda apa-apa kalau dibandingkan dengan Adik Salman dan kakaknya yang cross Selat Inggeris dan macam laut jugak…Tulang pun tak habis tumbuh lagi..Berenang menyeberangi selat Melaka baginya dah macam berTTS macam geng motor buaat..

Pencapaian diorang pun takda apa-apa kalau nak dibandingkan dengan Dato Mansor yang keliling dunia naik kapal layar..berbulan melayan ombak dan angin kuat sorang-sorang sampai patah tiang layar..

Pencapaian Dato Mansor pun takda apa-apa kalau nak dibandingkan dengan remaja perempuan Australia 16 tahun yang keliling dunia ..naik kapal layar diperbuat dari botol plastik terbuang…Yang perempuan terlebih handal, yang lelaki nak buang telor pulak…aauww..!


Kejayaan remaja perempuan Australia ni pun takda apa-apa kalau nak dibandingkan dengan Manoharan dan geng yang menawan puncak Everest.. Nak capai jarak 100m pun dengar khabar ambik masa lebih lapan jam sebab kesukaran yang amat..Ya ampun..!. Di tanah tinggi disamping kesejukan yang melampau, oksigen pun kurang...Kalau berpenyakit semput jangan le berangan nak ke sana..

Pencapaian Manoharan takda apa-apa kalau nak dibandingkan dengan Sdr Muqarabin yang menawan Everest beberapa kali dan tujuh puncak dunia lain…! Walaupun ko Kobin..tapi ko tough guy..


Pencapaian Muqarabin pun takda apa-apa kalau nak dibandingkan denga Dato Muzafar yang sudah sampai ke orbit …Perjalanan kat bawah ni kalau teringin takda sapa yang halang…tapi nak keluar dunia..Pemilihan sangat ketat, hanya yang terpilih dapat pergi, banyak latihan dan prosedur nak kena ikut..Kecik aje tengok dunia dari atas…macam bola pingpong…kata orang yang pernah naik ke orbit lah..

Pencapaian Dato Muzzafar pun takda apa-apa kalau dibandingkan Neil Amstrong yang sudah ke bulann..!. Sekarang naik Soyuz canggih..dulu entah-entah masa mendarat di bulan terpaksa keluar kaki untuk membrek...he.he..

Aku rasa kalau nak disenaraikan pencapaian hebat orang lain berbanding kita memang banyak boleh ditulis..tapi aku percaya pencapaian terhebat manusia dan tak akan dapat ditandingi oleh sesiapa ialah perjalanan Nabi Muhammad SAW ke Sidratul Muntaha..

Moral cerita ini adalah ..tak payahlah nak tunjuk kerek (he.he..korang tau ke kerek tu apa..?..lebih kurang berlagak lah) tentang pencapaian yang dicapai…Ingatkan dah hebat rupanya ada lagi hebat..!

Aku pun hebat jugak sebab tulis panjang-panjang , tapi belum tentu ada orang baca.. he he ..

Saturday, December 18, 2010

Ingatkan dah hebat rupanya ada lagi hebat…



Sabtu baru ni aku ke Majlis Daerah Tampin, sengaja bermotor sebab dah seminggu motor aku berselimut..tak maulah motor aku meragam nanti…macam orang jugak ..lama sangat melepak berlemak satu badan .. Aku datang agak lewat, masa aku datang xpdc dah nak bergerak pun..tapi sempat lagi lah dengar paluan kompang…


Barisan pengiring xpdc

Perhati betul-betul…XPDC berbasikal ke Padang Besar sejauh 800 KM…!. Pergh.. Seramai 20 orang dilepaskan tetapi hanya 13 orang akan menggalas cabaran ke Perlis ini..Semangat macam ni yang aku nak tiru…naik malu aku kat mamat berbasikal nih..kami yang main motor ni pun kekadang pusing-pusing kat situuu jugak…PD, Karak ..Air Keroh.…alamak.., aku ingat motor kalau boleh cakap pun akan cakap …Apa Baraang..!




Bila aku sembang-sembang dengan diorang, memang banyak tempat diorang dah berbasikal…jarak pun semakin jauh dan jauh. Aku rasa diorang pun takkan berhenti setakat itu saja selepas xpdc ini…dan aku percaya mereka akan menyeberang ke negara jiran untuk xpdc akan datang…sesuai dengan sifat manusia yang sukakan cabaran baru…


pakai selipar aje pun jadik..


He.he.. dapat token Rm100, Sori ye kekawan..'nak close up' duit ter 'close up' perut..

Bila aku fikir balik apalah sangat pencapaian kita berbanding orang lain…pencapaian geng-geng motor nampaknya takda apa-apa kalau nak dibandingkan dengan geng basikal ini..geng-geng motor duduk dan pulass berbanding diorang yang terpaksa mengerah tenaga..kalau jalan rata atau menurun bukit boleh la bersiul..cuba naik bukit tengah-tengah hari buta…!






Lori pengiring..

Ini yang aku nak sentuh dalam artikel aku kali ini.. Kalau kita rasa pencapaian kita dah cukup hebat..Tunggu dulu…!.

Ingat tak kalau 10 tahun dulu dapat bermotor besar ke Siam dah kira hebat…siap boleh bertepong tawar , berkompang dan boleh panggil tv..tapi sekarang geng kapchai pun dah bersepah ke sana..dan tak lama lagi geng basikal pulak…

Sekarang ni kalau geng motor berdegar-degar cerita pernah ke Siam, mesti geng bermotor yang pernah ke Mekah tersenyum kambing..

Tapi pencapaian geng bermotor ke Mekah pun takda apa-apa sebab cuma tempoh jarak 15000 km kalau nak di banding dengan geng bermotor Versys 1Malaysia yang ke London, lebih 22000 km ..

Pencapaian geng Versys ke London sebenarnya takda apa-apa kalau dibandingkan dengan Sdr Hadi yang berkapchai Modenas ke London sorang-sorang.. Takda sapa sponsor.. promosi dan gimik pon takda..tau-tau sampaii..!

Pencapaian Sdr Hadi sebenarnya takda apa-apa berbanding pencapaian Dato Hassan yang berbasikal keliling dunia sorang-sorang…kita boleh?


Alamak semakin panjang pulak tulisan aku ..aku sambung besoklah yea..Ikuti sambungan artikel ini di post akan datang..





Friday, December 17, 2010

Haram kahwin gadis satu kampong...Dimana kewajarannya..?

Inilah yang dikatakan apa yang tersirat dan tersurat...Amaran..! Jangan buat tindakan melulu sebelum anda membaca keseluruhan artikel ini..Mulanya aku memang terkejut dengan dengan post yang kawan aku tulis dalam forum permotoran..Biar betul...sumber mana diperolehi...perkara halal haram jangan buat main-main..tapi sesudah aku baca dan meneliti kewajaran pengharaman dinyatakan aku redha dan sokong...

Aku copy sebijik post tersebut untuk penilaian pengunjung..


"Haram menikahi gadis satu kampung.

JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.
Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin,
JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun 2009:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS
SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat
sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan
bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan
terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM
untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa
sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan : Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi
gadis satu kampung?

Pegawai Kanan : Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang
wanita sahaja sudah berat, apalagi satu kampung...!! !"

hehehehehe.. .


Terkena aku..maklumlah lurus bendol..ha.. ha..

Thursday, December 16, 2010

5 Golongan Manusia...Kita Di Mana..?

Perkara baik elok dikongsi...,jadi aku ingin memanjangkan apa yang aku dengar semasa kuliah ustaz kat masjid taman aku...Semoga aku dan teman-teman memperolehi manfaat ..



Untung di dunia..Untung diakhirat

Harta yang dipinjamkan didunia tidak melalaikan mereka untuk taat kepada perintah Allah.., bahkan menggunakan harta untuk kepentingan agama dan orangramai seperti memperbanyakkan amal jariah dll...Selagi manfaat dinikmati pengguna, pahala akan dikreditkan ke akaun penderma walaupun sesudah mati...Kalau kita perasaan, ramai hartawan yang suka berderma, kekayaan mereka semakin berlipat ganda... membenarkan apa yang dijanjikan oleh Allah - 'Zakat dan Sedeqah menyuburkan harta..'

Untung di Dunia..Rugi di Akhirat..

Kesenangan dan kemewahan yang dikecapi didunia semakin menyesatkan diri dan alpa bersiap untuk menghadapi kehidupan di akhirat yang kekal abadi...Harta dimiliki menjadikannya sombong dan takbur tanpa mengambil pengajaran bahwa kehidupan umpama roda sentiasa berpusing...Semasa diatas jangan dipandang hina insan yang dibawah...silap percaturan nikmat diberi ditarik balik...mana nak letak muka..

Rugi di dunia..Untung di akhirat...

Zahirnya kehidupan didunia serba kekurangan tetapi redha dan berusaha mentaati perintah Allah...Diakhirat pulak ringan hisab berbanding orang yang berada..

Rugi..di dunia..Rugi diakhirat..

Sudahlah didunia melarat tapi hidup dilumur dosa dan noda...Kaya sombong berbaloi...miskin pun sombong memang tak sedar dirilah...

Tak rugi didunia...Tak rugi di akhirat

Kehidupan binatang yang melata...untung jugak yea tak..?


Tahun baru hijrah sudah berlalu, tahun baru masehi akan menjenguk...yang pasti Dunia kata pergi..Kubur kata mari...Alamaaak...!

Hentian Bas Berwajah Baru...


Korang perasan tak hentian bas sekarang ni berwajah baru..Ada papan tanda logo bendera 1Malaysia la... Ingat kan taman tempat aku je yang ada pasang papan tanda seperti ini, rupanya sepanjang aku lalu di daerah Sg Buloh dan Sepang pun serupa...Mungkin tempat lain pun macam ini juga kot..harap teman-teman lain dapatlah maklumkan diruangan komen dibawah ok..Baguslah, nampak lebih bersih dan kemas. Kepintaran sebegini yang sepatutnya kita tiru...cetusan idea mengeksploitasi slogan terkini.. 1Malaysia. Bayangkan kalau satu papan tanda berharga RM1000..ada berapa banyak hentian bas seMalaya.. congak je lahh..Pergh..bijak--bijakk..!

Cuma yang aku khuatir entah berapa lama permukaan papan tanda ni dapat bertahan. Aku harap takdalah nanti tangan-tangan gatal menampal berbagai-bagai iklan di sana..Tapi kalau ikut sejarah sebelum-sebelum ni memang macam itulahh...Kekadang tu pelik juga erk kenapa dah jelas terpampang no talifon, takkanlah pihak penguatkuasa tak dapat bertindak ke atas perosak-perosak harta awam nih..

Aku saja nak meneka apa agaknya iklan yang akan ditampal nanti...

-iklan pinjaman peribadi

-teman rumah diperlukan

-kerani akaun diperlukan segera

- Lori untuk disewa

-krim ubat kuat he he..

haa..korang tambahlah apa lagi...

Wednesday, December 15, 2010

MTB- Taubat Sambal Belacan...

Diari aku yang ini tanpa gambar..korang cipta jelah bayangan sendiri berdasarkan coretan aku nih..Gambar yang aku ambik semua terpadam oleh anak aku yang gumbira sangat sebab phone lama aku cakap nak bagi kat dia...dia bgtau semua gambar dah bluetooth ke handphone baru aku...aku check takde punn....menyesal cakap nak bagi, kalau ku tau cakap nak bagi pinjam je...

"Sungguh..aku ingat nak gantung basikal dulu buat sementara...habiis dah pantang jumpa hujung minggu dan cuti umum..mesti kayuh basikal...Rasa boring tu menjenguk jugak sesekali...tapi dalam aku melawat blog-blog MTB dan memberi komen tentang sikit aktiviti diorang, tak lama lepas tu dapat mesej ajak kayuh di Trek Country Homes. Amboi..! cepat sungguh respond..Homeground aku nih...nak aku tolak ,aku yang saja gatal-gatal pelawa...jadi aku balas ON lah...Jadi Hari Ahad baru ni pukul 8 dah kami sambut kedatangan geng Tasik puteri...Bila tengok satu,satu kereta sampai bawak basikal atas bumbung atau belakang kereta, entah napa tetiba je semangat aku datang balik...

Sebagaimana tulisan aku sebelum ni dalam 'The power of IT', memang terbukti mudah menyebarkan maklumat pada zaman ini...tekan punat je sudah tersebar maklumat...aku ingat kalau kita berpatah balik guna burung merpati untuk hantar mesej.,entah-entah berbulann baru perasan mesej yang kita hantar...sebab tu jangan salah guna kemudahan ini...lagi besar dosa yang ditanggung nanti..



Geng biasa aku, Acong dan Shukri pun ada jugak... jumlah semua riders hari tu saja ada 12 orang...kira ramai tu..termasuk 3 orang remaja dalam lingkungan 13-15 tahun..tambah lagi semangat aku nak beli basikal baru.., Untuk anak akuu la..!

Selepas sarapan dan taklimat ringkas, kami mula lah gerak ke trek.
ha.ha pengesahan penyertaan ...seorang rider mendapat cop mohor dimuka apabila tersembam semasa menurun bukit selepas perkampongan orang asli....tentunya akan dikenang sampai bila-bila. Kalau takda insiden macam ni mesti hambar je aktiviti..yea tak ? Aku tengok lajuu semedang diorang nih, mentang mentang le darah muda..haa kan tayar belakang dah potong tayar depan...dah cakap dah tak nak dengor..turun bukit jangan brek...masa naik bukit baru brek...!

Yang best main MTB nih, penat je boleh lepak bawah pokok...belum berani nak layan road bike takut berbelang dan berkarat kulit yang memang dah berkarat...he.he, samping itu boleh sembang macam-macam topik dengan nyaman..tapi yang tak best bila berehat lama sangat sampai naik lemau badan, malas nak kayuh semula...

Kalau korang perasan hampir setiap aktiviti berbasikal mesti tak lekang cerita tukar tiub tayar bocor...tengok..! bocor lagi.., patutlah getah naik harga sampai lebih RM7.00 sekilo...Jadi kepada penoreh-penoreh diluar sana jangan lah marah kalau-kalau kami terlangar cawan getah...kami merajuk nanti..ha ha..bayangkan kalau kami satu Malaya berhenti kayuh untuk seminggu...Agak-agak ada kesan tak ?.., kalau satu dunia..? aku ingat merudum semula harga getah nanti..

Dalam kebun pun sekarang boleh bersosial..semakin ramai geng berbasikal semakin bertambah kontek no dalam handphone aku..aku target dapat ingat dua kenalan baru setiap kali berkayuh pon dah ok..Ride kali ini selain geng Tasik putri, kami jumpa Geng IhsanIbu..

Peniaga tersenyum aja bila ramai geng basikal singgah gerai diorang...sumbangan menjana ekonomi lagi...bila perut tengah lapar...semua sedap,semua lazaat...

Walaupun dah melebihi 20km masih bersemangat adik-adik nih untuk sambung kayuh. Lepas rehat di R n R Rawang arah Utara.,kami meredah semak untuk jalan pintas ke Emerald West..baru betul-betul cross country...Aku saja cadangkan ikut jalan ini untuk melalui Bukit Emerald yang menguji kekentalan stamina riders...tapi adik-adik nih selamba je kayuh naik bukit curam...Betul ke dik selamba? Empat orang confirm kandas...

Keseluruhan aku gumbira dengan kayuhan kali ini...dekat 35km jugaklah cover...Kepada adik-adik lain tuh jangan serik yea..ha..ha.."

Soalan Lazim Bila Bermotor Besar...

ini artikel terdahulu yang aku post semula...sebab tertarik dengan diskusi di sbm yang bercerita pasal top speed...mungkin ada yang belum baca..sekadar berkongsi pengalaman..


Aku pasti anda juga sering diajukan soalan ini.. Apa jawapan anda ..dan apa reaksi anda jika respond mereka menguji ke'macho'an anda.. he he..
sekadar berkongsi..

1. Berapa laju motor boleh pergi?

Dalam kepala orang bila bermotor besar mesti bawak laju..Bawa motor ni ikut berani.,kalu berani lebih dua ratus pun boleh, tapi aku takdalah bawa laju., sebab aku takuut..! bila jumpa korner lagi slow aku bawak..aku tak kesah mamat kapchai nak potong, dipersilakan..sebab aku nak bawa motor lama lagi...ngeri aku dengar eksiden sana,eksiden sini..

2. Berapa harga motor ni..?

Soalan ini aku selalu serba salah nak jawab. Kalau jawab harga betul tentu kena kutuk sebab pakai motor mahal-mahal bila hujan pun lepak bawah jambatan..naik pulak boleh berdua je,lebih baik beli mpv...ha.ha.
Susahlah macam ni, mamat yang beli ferari pun kira kurang bijak jugak lah sebab beli kereta mahal-mahal pun sangkut jugak kat jam.., lebih baik beli kancil atau kapchai..

Kalau aku jawab tipu pun kekadang tu kena juga sebab diorang pun rajin bertanya kat mamat motor lain..saja diorang nak tanya..

3. Minyak penuh tangki berapa bang..?

Dekat 40 ringgit. fuyo..! mahalnya..macam isi tangki kancil ...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK