click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, December 19, 2010

Ingatkan dah hebat rupanya ada lagi hebat…



Sabtu baru ni aku ke Majlis Daerah Tampin, sengaja bermotor sebab dah seminggu motor aku berselimut..tak maulah motor aku meragam nanti…macam orang jugak ..lama sangat melepak berlemak satu badan .. Aku datang agak lewat, masa aku datang xpdc dah nak bergerak pun..tapi sempat lagi lah dengar paluan kompang…


Barisan pengiring xpdc

Perhati betul-betul…XPDC berbasikal ke Padang Besar sejauh 800 KM…!. Pergh.. Seramai 20 orang dilepaskan tetapi hanya 13 orang akan menggalas cabaran ke Perlis ini..Semangat macam ni yang aku nak tiru…naik malu aku kat mamat berbasikal nih..kami yang main motor ni pun kekadang pusing-pusing kat situuu jugak…PD, Karak ..Air Keroh.…alamak.., aku ingat motor kalau boleh cakap pun akan cakap …Apa Baraang..!




Bila aku sembang-sembang dengan diorang, memang banyak tempat diorang dah berbasikal…jarak pun semakin jauh dan jauh. Aku rasa diorang pun takkan berhenti setakat itu saja selepas xpdc ini…dan aku percaya mereka akan menyeberang ke negara jiran untuk xpdc akan datang…sesuai dengan sifat manusia yang sukakan cabaran baru…


pakai selipar aje pun jadik..


He.he.. dapat token Rm100, Sori ye kekawan..'nak close up' duit ter 'close up' perut..

Bila aku fikir balik apalah sangat pencapaian kita berbanding orang lain…pencapaian geng-geng motor nampaknya takda apa-apa kalau nak dibandingkan dengan geng basikal ini..geng-geng motor duduk dan pulass berbanding diorang yang terpaksa mengerah tenaga..kalau jalan rata atau menurun bukit boleh la bersiul..cuba naik bukit tengah-tengah hari buta…!






Lori pengiring..

Ini yang aku nak sentuh dalam artikel aku kali ini.. Kalau kita rasa pencapaian kita dah cukup hebat..Tunggu dulu…!.

Ingat tak kalau 10 tahun dulu dapat bermotor besar ke Siam dah kira hebat…siap boleh bertepong tawar , berkompang dan boleh panggil tv..tapi sekarang geng kapchai pun dah bersepah ke sana..dan tak lama lagi geng basikal pulak…

Sekarang ni kalau geng motor berdegar-degar cerita pernah ke Siam, mesti geng bermotor yang pernah ke Mekah tersenyum kambing..

Tapi pencapaian geng bermotor ke Mekah pun takda apa-apa sebab cuma tempoh jarak 15000 km kalau nak di banding dengan geng bermotor Versys 1Malaysia yang ke London, lebih 22000 km ..

Pencapaian geng Versys ke London sebenarnya takda apa-apa kalau dibandingkan dengan Sdr Hadi yang berkapchai Modenas ke London sorang-sorang.. Takda sapa sponsor.. promosi dan gimik pon takda..tau-tau sampaii..!

Pencapaian Sdr Hadi sebenarnya takda apa-apa berbanding pencapaian Dato Hassan yang berbasikal keliling dunia sorang-sorang…kita boleh?


Alamak semakin panjang pulak tulisan aku ..aku sambung besoklah yea..Ikuti sambungan artikel ini di post akan datang..





4 comments:

  1. Tadi dalam pukul 5:00 petang berselisih dengan satu kumpulan berbasikal kat Kodiang, Kedah menuju ke Arau, Perlis.

    Saya rasa ada dalam 10 orang dan semuanya berpakaian berwarna biru dan diiringi dengan sebuah 4x4.

    Tak tau pulak dari kumpulan mana sebab saya dalam perjalanan menuju ke Jitra.

    ReplyDelete
  2. geng tampin ni baru sampai telok intan barangkali..

    ReplyDelete
  3. mereka ikut jalan federal ker bang? baru best tengok panorama..

    ReplyDelete
  4. yea...ikut jalan persekutuan dan negeri..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK