Tuesday, December 14, 2010

Peribahasa dan Bidalan Masakini...


Plaza Tol Lebuhraya Templer Park-Assam Jawa Dalam Pembinaan.


Karam Singh Walia banyak simpan bidalan-bidalan..yang aku tak pernah dengar pun ada. Syok tengok dia dengan penuh perasaan mengutarakan bidalan-bidalan...Siap dihayun tangan kiri berserta lima jari beliau ke atas-ke bawah...jangan tersilap sudah lah Bang Karam..takut nanti bila terlebih emosi tertunjuk satu jari tengah pulaak ke atas.. he.. he..

Aku ingat nak jugalah mencipta bidalan dan ingat nak beri kat Abang Karam untuk mempromosikan...aku ingat boleh meletop...

Macamana dulu terciptanya bidalan pun aku kurang pastilah..tapi napa erk sekarang takda nukilan terbaru ...

Bidalan dulu seperti Aur dengan Tebing, Ibarat Melepaskan Anjing Tersepit dsb aku rasa terbit hasil pemerhatian pencipta tentang peristiwa disekeliling beliau..

Bidalan aku pun terbit hasil pengamatan aku jugak..he.. he . Bidalan aku ni memberi maksud seiras-iras dengan Ibarat Aur dengan Tebing jugaklah...jadi nanti lebih banyak pilihan. Guna yang satu itu je boring pulak dengar kan..Ok ini dia..

-Ibarat Rojak dan Cendol.

-Ibarat Jalan Baru dan Tol Plaza...

Ha..ha..amacam..ok tak?!...

3 comments:

  1. Ada lagi tuan,

    - bagai udang di sebalik mee

    - masuk lif, angkat sendiri

    he he...sekadar merapu malam-malam...

    ReplyDelete
  2. bagai rojak dan cendol tu memang menarik bang...

    bila boleh kita melawat rojak dan cendol yg sedap2

    ReplyDelete
  3. bakayaro...bole-bole..n set date da ajak geng lain..ada kesempatan leh layaan..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK