Saturday, December 4, 2010

Reunion-Antara kebaikan facebook

Homestay aku baru-baru ini menerima kunjungan tetamu seramai 40 pasangan yang buat reunion..Seronok aku tengok..Reunion seperti ini banyak jugak aku baca di laman face book. Sangat elok tu untuk mengeratkan silatulrahim, mesti dah lama tak jumpa kekadang tu mencecah 25 tahun baru dapat dikesan semula..gara-gara berFB lah ni..

Aku dapat bayangkan apa perasaan peserta bila mula-mula bertemu semula di alam nyata.. sebelum ni kan hanya bersua di alam maya.. Selalu-selalulah perubahan fizikal yang hangat jadi topik perbincangan disamping sembang pasal anak-anak dan kerjaya...Di alam maya boleh le sembunyikan perubahan fizikal..Foto album sebelum publish ramai gak yang mengedit supaya nampak menarik belaka ..bila dah bersemuka tu mesti ramai yang terkejut berok..

Pembawakan diri pun dah berbeza..orang pompuan masa solo dulu bawak handbag kecik-kecik belaka. Satu, mungkin duit pun kurang,.jadi tak perlu bawak handbag besar....sekarang duit semakin berkepok..isi lampin anak lagi .,botol susu dsb.,sebab tu handbag memang dah jarang guna ..beg sandang jadi pilihan pulak..lagipun senang jugak bawa stok minyak angin untuk ringankan lenguh-lenguh pingang dan lutut..

Dan kalau korang perasan lagi bila berposing mesti menyenget untuk sembunyikan badan yang makin melebar tuh..kalau tak pun separuh badan mesti sembunyi belakang pasangan untuk kelihatan slim..ha ha taktik lama tu...orang lelaki tak boleh berposing menyenget macam nih sebab nanti lagi ketaralah nampak perut yang semakin memboroi ..kah..kah.kah..

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK