Monday, December 20, 2010

Ingatkan Dah Hebat Rupanya Ada Lagi Hebat...Part 2



25km berkayuh kaki dah mula kejang...tak larat takpa boleh naik lori..


Aku pun berkenaan touring bike ini..



Pak Usop...




Pengiring bermotor jauh dihadapan...Jalan..,berhenti, jalan.. berhenti...ish.ish


Ok aku sambung semula apa yang aku tulis tak habis semalam..

Pencapaian Dato Hassan pun takda apa-apa kalau nak dibandingkan dengan Dato Malik yang dapat berenang Selat Inggeris dan macam lagi laut lain… Atas darat penat boleh le rehat..boleh berjulur kaki, baring-baring sambil minum kopi panas…kalau penat dalam laut ..?

Pencapaian Datok Malik takda apa-apa kalau dibandingkan dengan Adik Salman dan kakaknya yang cross Selat Inggeris dan macam laut jugak…Tulang pun tak habis tumbuh lagi..Berenang menyeberangi selat Melaka baginya dah macam berTTS macam geng motor buaat..

Pencapaian diorang pun takda apa-apa kalau nak dibandingkan dengan Dato Mansor yang keliling dunia naik kapal layar..berbulan melayan ombak dan angin kuat sorang-sorang sampai patah tiang layar..

Pencapaian Dato Mansor pun takda apa-apa kalau nak dibandingkan dengan remaja perempuan Australia 16 tahun yang keliling dunia ..naik kapal layar diperbuat dari botol plastik terbuang…Yang perempuan terlebih handal, yang lelaki nak buang telor pulak…aauww..!


Kejayaan remaja perempuan Australia ni pun takda apa-apa kalau nak dibandingkan dengan Manoharan dan geng yang menawan puncak Everest.. Nak capai jarak 100m pun dengar khabar ambik masa lebih lapan jam sebab kesukaran yang amat..Ya ampun..!. Di tanah tinggi disamping kesejukan yang melampau, oksigen pun kurang...Kalau berpenyakit semput jangan le berangan nak ke sana..

Pencapaian Manoharan takda apa-apa kalau nak dibandingkan dengan Sdr Muqarabin yang menawan Everest beberapa kali dan tujuh puncak dunia lain…! Walaupun ko Kobin..tapi ko tough guy..


Pencapaian Muqarabin pun takda apa-apa kalau nak dibandingkan denga Dato Muzafar yang sudah sampai ke orbit …Perjalanan kat bawah ni kalau teringin takda sapa yang halang…tapi nak keluar dunia..Pemilihan sangat ketat, hanya yang terpilih dapat pergi, banyak latihan dan prosedur nak kena ikut..Kecik aje tengok dunia dari atas…macam bola pingpong…kata orang yang pernah naik ke orbit lah..

Pencapaian Dato Muzzafar pun takda apa-apa kalau dibandingkan Neil Amstrong yang sudah ke bulann..!. Sekarang naik Soyuz canggih..dulu entah-entah masa mendarat di bulan terpaksa keluar kaki untuk membrek...he.he..

Aku rasa kalau nak disenaraikan pencapaian hebat orang lain berbanding kita memang banyak boleh ditulis..tapi aku percaya pencapaian terhebat manusia dan tak akan dapat ditandingi oleh sesiapa ialah perjalanan Nabi Muhammad SAW ke Sidratul Muntaha..

Moral cerita ini adalah ..tak payahlah nak tunjuk kerek (he.he..korang tau ke kerek tu apa..?..lebih kurang berlagak lah) tentang pencapaian yang dicapai…Ingatkan dah hebat rupanya ada lagi hebat..!

Aku pun hebat jugak sebab tulis panjang-panjang , tapi belum tentu ada orang baca.. he he ..

2 comments:

  1. Ada orang tulis mesti ada orang baca,lagi la kalau tulisan tu bernas

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK