click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, April 14, 2014

Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Muar Johor...

12hb April 2014
Bila menuju ke selatan tanah air, jika anda teringin makan makanan laut, di manakah yang selalu terbayang difikiran anda ?. 
Selalunya Melaka. Tempat seperti Medan Ikan Bakar Serkam atau di Umbai dll memang sering jadi pilihan pengunjung.

Dah banyak kali lalu Muar, tidak pulak diketahui di Sabak Awor ini juga terdapat medan ikan bakar yang besar lagi selesa. Kebetulan terpandang papan tanda yang kecil. Kami ke sana berpandukan kepada gps. Taip saja Medan Ikan Bakar Sabak Awor.

Secara perbandingan, premis lebih tersusun dan besar berbanding tempat yang pernah kami pergi di Melaka. Barangkali promosi tidak cukup meluas untuk diketahui oleh pengunjung luar.


Apakata kerajaan tempatan meniru promosi seperti ini. Papan tanda sebegini begitu banyak didirikan apabila memasuki sesatu daerah di Thailand. Maklumat yang dipaparkan merangsang pengunjung baru untuk berkunjung ke sana., walaupun tempat yang diwar-warkan itu kekadang taklah se gah mana.


Disamping makanan laut terdapat juga penjualan barangan lain seperti pakaian dan cenderahati di premis ini...

                           

Tempoh menunggu makanan juga tidak lama...Terdapat selingan lagu berirama asli dan ghazal, lagu yang cukup sinonim dengan Muar...


Setiap gerai menawarkan makanan laut pelbagai jenis yang segar dengan harga yang berpatutan..

Persaingan mendapatkan pelanggan tak ubah seperti peraih pilihanraya meraih pengundi...namun persaingan adalah secara sihat. Pengunjung bebas memilih untuk menjamu selera digerai pilihan masing-masing, walaupun kekadang termakan juga dengan pujuk rayu peraih...


Gerai-gerai yang banyak membolehkan anda makan secara santai tanpa perlu risau pengunjung lain yang menunggu untuk mengambil tempat anda...sebagaimana di beberapa tempat lain...Tapi dalam bulan Ramadhan sausana mungkin sedikit berbeza.. Tempahan awal perlu dibuat untuk mengelakkan tidak mendapat tempat duduk.


 Harga makanan disini juga berpatutan. Bergantung kepada makanan yang dipilih...

Tempat parking ok, agak luas namun sausana agak suram. Perlu diceriakan lagi dengan lampu-lampu neon pelbagai warna untuk menambah seri premis.

Pohon-pohon neon sebegini elok dipasang setidak-tidaknya disebahagian laluan ke premis juga ditempat letak kereta.

Medan-medan selera bertaraf nasional perlu diperbanyakkan. Pengunjung tercari-cari untuk menjamu selera apabila berkunjung ke sesatu tempat. Pihak kerajaan tempatan perlu mengeksploitasi kedudukan bandar Muar yang strategik   selain memiliki muara juga sungai yang luas untuk dipromosi  sebagai tempat makan- makan pilihan pengunjung. 

Aku teringin untuk makan-makan di restoran terapong mega ., sambil menikmati panorama Bandar Maharani yang  dilimpahi  warna-warni  lampu neon disepanjang sungai...Pergh. wa cakap lu..



1 comment:

  1. Wow, I really love Ikan bakar, What more when I put my favourite sambal on top.

    https://www.imsold.com/ad/SDob84wvWA/others/others/sambal-bilis-cinta..seremban-best-/zareen1202atgmail.com

    perch!!!

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK