Saturday, July 25, 2020

Serai Seikat...

Ahad 26hb Julai 2020. 


Harini penulis melawat reban ayam di Kuala Selangor. Sementara menunggu anak buah tiba, melepak kat warong sambil menikmati kopi ais...Disini cuaca pagi panas, perit mengiggit kulit  tapi selalunya sebelah petang hujan. Suasana kampong tenang dan damai..Kehijauan pokok-pokok kelapa sawit menghiasi persekitaran.



Dalam pada melilau melihat orang lalang, penulis tertarik dengan belian pakcik ni dikedai runcit sebelah warong..serai layu... Adoii. Segera penulis memeriksa harga serai ...Seiikat serai 5 btg sebesar jari kelingking berharga seringgit.

Penulis berpendapat pembelian ini walaupun mungkin nilainya kecil tapi sangat membazir.. Pokok pokok asas macam serai, kunyit, halia dan segala macam pokok herba boleh ditanam sendiri.. Kawasan kampung tanah kosong banyak..cucuk tepi parit pun boleh hidup. Lagipun jangka hayat pokok pokok herba sangat panjang.

Sekarang kempen bumihijau sedang dipromosikan oleh kerajaan diharap rakyat menyahut saranan itu..




Thursday, July 23, 2020

Tanam Sayur Kaedah Aquaponic...

Jumaat 24hb Julai 2020.

Penulis kurang menggemari menanam pokok yang jangkahayatnya pendek...Pokok begini perlu penjagaan yang lebih teliti...Serba serbi kena ideal baru pokok dapat hidup dengan subur...Kerenah ini yang penulis tidak cukup sabar melayaninya.

Sayuran berdaun orang lain subur menghijau tapi penulis punya kekuningan...Pokok sayur orang lain berbuah lebat tapi penulis punya dapat hidup pun dah kira bertuah..


Beginilah percubaan penulis menanam sayuran secara aquaponic. Teruja melihat perkongsian utubers berkenaan tanaman masing masing yang hidup subur melalui kaedah yang sama.

Pokok terong nampaknya menuju kematian...Pokok cili dan pandan masih bertahan..Ulam sabung nyawa yang  ditanam dari keratan batang tak disangka  hidup namun masih terlalu awal untuk menilai tahap kesuburan setelah beberapa waktu ditanam nanti. Kangkung yang selalunya paling gemar kawasan berair pun  kekuningan daunnya..


Kemungkinan kandungan nutrisi air kolam tidak mencukupi. Ikan-ikan yang ada tidak cukup membekalkan baja untuk tanaman. Secara zahirnya air kolam sangat jernih sebab sering bertukar ketika musim hujan ini.

Harini penulis menambah lagi ikan dikolam..30 puyu emas dan 20 talapia merah menjadikan bilangan keseluruhan ikan dikolam konkrit saiz 5'L×10'P×4'D, menghampiri 200 ekor., Pokok tak naik juga, akan ditambah lagi  biar ikan bergelumangan macam ulat taik..Hehe..

 Jenis sayuran yang ditanam dengan kaedah aquaponik ini sepatutnya mencukupi untuk kegunaan sendiri.

Harap harap berhasil lah...







Pokok Kantan...

Penangan covid19 seluruh dunia tak nampak tanda makin reda. Kes aktif di tanahair pernah turun sehingga 60 lebih, kini melonjak semula kepada 120 kes lebih. Jika orang ramai alpa dengan SOP tidak mustahil PKP bakal dikenakan lagi..

Mengambil iktibar hilang sebahagian besar punca pendapatan semasa pkp, punca pendapatan baru perlu dipelbagaikan. Sektor sektor berikut didapati kurang terjejas dan sentiasa diperlukan dalam apa jua suasana baik semasa ekonomi suram apatah lagi ketika ekonomi cergas...

Semasa lockdown sektor berkaitan makanan dan kesihatan termasuk dalam sektor perlu dan dikecualikan dari perintah kawalan pergerakan.

Penternakan komersil salah satu cabang sektor makanan  yang telah penulis ceburi..Walaupun kuantiti ternakan belum memberangsangkan sebab masih dalam fasa menimba pengalaman tapi nampaknya cabaran boleh ditempuh.


Berikutnya sektor penanaman yang ingin diterokai. Penulis minat dengan penanaman pokok yang mudah hidup dan  tak rumit dijaga. Tanaman yang memiliki kitaran singkat seperti sayuran memang penulis  tak pandai dan tak cukup sabar memberi memberikan tumpuan.

Pokok perlu ditanam sekali, dan mampu hidup bertahun...Penjagaan betul pokok mampu mengeluarkan hasil berterusan. Kajian penulis mendapati pokok kantan memenuhi kriteria itu.. Pokok ini kurang musuh dan boleh hidup dicelah celah pokok kontan lain. 6 bulan sesudah ditanam pokok sudah boleh mengeluarkan hasil.

Penulis nak mencubanya bermula dengan keluasan seekar dibawah pohon sawit matang., menyewa tanah sebelah reban ayam..Penternakan boleh memberikan sumber baja. Kos permulaan menyediakan pengairan yang baik mungkin akan melibatkan kos yang sedikit tinggi.

Musim hujan sekarang memang sedang elok memulakan tanaman ...Hasil carian internet, anak benih boleh diperolehi tidak jauh dari tempat penulis..  Pokok ditanam pada jarak 2m×1m . Harga anak benih rm4 sepokok dan mungkin masih boleh dirunding lagi.., untuk permulaan ini 200 pokok sudah memadai. Dah matang nanti boleh biakkan lagi tanaman. Upah menanam dan menjaga diharap tak begiti mahal...

Jom jom..Biarkan peliharaan dan tanaman yang menjanakan duit siang dan malam untuk kita...

Mari mari bertani..hehe .






Monday, July 20, 2020

Nikmat Kebebasan...

Selasa 21hb Julai 2020


Hariini hari pertama ayam- ayam dibiarkan bebas dihalaman rumah., menikmati pancaran cahaya matahari pagi. Selama ini hanya bermain dilingkungan pagar sempit reban dengan penerimaan pancaran matahari yang terhad.



Bila dilepaskan bebas, tahi-tahi yang ditinggalkan bolehlah menyuburkan pokok-pokok keliling rumah.. Kuranglah juga bau tahi ayam bila  tidak lagi tertumpu diruangan sempit reban. Cuma  akan timbul sedikit masalah lain, tahi-tahi yang ditinggalkan dihalaman bersimen...Kenalah rajin membersih.

Membela diruangan sempit memang kena sedikit rajin membersih reban untuk mengelakkan bau yang menyengat.



Paling kurang dua hari sekali tahi-tahi ayam perlu dibersihkan. Penggunaan alas suratkhabar memudahkan kerja-kerja membersih. Buangan percuma yang akan dicampurkan dengan sisa organik dapur akan menghasilkan baja yang subur. 



Ayam pun perlu kerap ditukarkan lampin. Ini yang dikatakan takda kerja cari kerja..Sebelum bini bising komplen bau, kita mengabdikan diri mencuci hehe..



Sunday, July 19, 2020

Cara Cangkuk Pokok Jambu Ball..

Isnin 20hb Julai 2020

Jambu ball atau jambu keling antara spesis  jambu yang sangat 'rare' sebab sukar untuk mendapatkan pokok dan buahan ini. Rasanya ramai yang tak kenal dengan pokok jambu ini..

Seingat penulis dulu dikampung ketika musim buah sering membeli jambu ini di kampung jiran sebelah..Masa tu membeli 50 sen dah dapat berkarong plastik..Sempat juga memetik pucuk daun jambu dan dicicah dengan garam...Berkerut dahi dan kening menahan kelat-kelat masin...

Dilaman rumah penulis terdapat sebatang pokok jambu ball yang sedang membesar.. Dulu ditanam dari anak pokok pemberian orang... Rasanya dah ada lebih 4,5 tahun, batang sebesar betis orang gemuk dewasa..Nampak seperti pokok muda lagi dan tak nampak tanda untuk berbuah..



Untuk membiakkan lagi pokok ini penulis telah mencangkuk dahan yang rimbun, nak dibuang begitu saja sayang, kebetulan mengganggu pagar reban ayam yang bakal dibina dibawah pokok ini.


Percubaan terdahulu  berjaya mencambah di 3 anak dahan dan telah dipindahkan ke media bertanah polibag.

Penulis pernah juga mencuba mencangkuk pokok menggunakan media air...Tidak semua pokok yang dicuba sesuai. Dilaman rumah penulis ini terdapat beberapa spesis pokok bunga yang sesuai dicangkuk dengan cara ini.



Pokok bunga  ini dah cuba tapi tak sesuai menggunakan kaedah cangkuk air...Masa guna kaedah cangkuk tanah dulu ok berjaya.

Nak cangkuk pokok bunga wangi ini banyak-banyak untuk ditanam keliling reban.




Pokok bunga ini nampaknya sesuai menggunakan kaedah cangkuk air...Pokok bunga berwarna merah tak pasti namanya..

Maaf yea penulis hanya tau menanam saja..Nama-nama pokok tak hafal..hehe..



Saturday, July 18, 2020

Kolam Air Panas Kerling, Hulu Selangor

Berada di daerah Hulu Selangor, melalui Jalan Tg Malim -Kuala Lumpur, tersenarai 2 tempat ini di batu tanda pinggiran jalan, Kolam  Air Panas Kerling dan Santuari Ikan Kelah Sg Chiling sebagai destinasi menarik yang perlu dilawati jika berkunjung ke daerah tersebut.

Santuari Ikan Kelah dan Air Terjun Sg Chiling sememangnya sangat menarik, penulis singgahi secara tidak sengaja ketika dalam perjalanan  ke puncak Bukit Frazer dulu, tapi lawatan ke Kolam Air Panas Kerling ada sikit menghampakan.



Kunjungan Jumaat, Kolam Air Panas Kerling sunyi...tak pasti dihujung hujung minggu..


Mujur penulis telah merendahkan jangkaan ketika memutuskan untuk melawat tempat itu semasa pergi ke Pekan Kuala Kubu Bharu Jumaat lepas. Walaupun prasarana dibina tapi melihat keadaannya sekarang, kawasan ini seolah terbiar. Rugi berbelanja tapi dibiarkan tidak berjaga.

Dahlah ke sana main agak- agak sebab petunjuk arah tidak mesra pelawat, terutamanya ketika disimpang-simpang. Sebelum tiba hati cuak samada menuju ke tempat yang betul kerana melalui jalan kecil berbelukar dikiri kanan jalan...

Ini yang penulis malas pergi ke tempat yang  kononnya menarik, sepatutnya berkunjung ke sana hati akan girang tapi selalu yang terjadi adalah sebaliknya, hati pedih melihat tempat tidak bermaya dan tidak begitu terurus..



Penulis beri 1 bintang saja..


Thursday, July 16, 2020

Korban ke 2...

Jumaat 17hb Julai 2020

Rutin biasa pagi hari memberi makan ikan, ayam dan membersih reban, sesudah tu memerhati gelagat ternakan..Rasa terhibur juga... 

Semalam beli dedak ikan seguni...harga belian kuantiti kecil melampau sangat, sekilo 6.50 sedangkan beli seguni 20kilo cuma rm60...Jenuh 150 ikan talapia nak menghabiskan stok dedak seguni ini.


 Bau reban batch kedua ini masih mengganggu.  Hari ini masuk hari kedua penulis menukar menu makanan. Penulis mencampurkan  halia, kunyit, lengkuas, bawang merah, bawang putih, garam, gula dalam sayuran diperam bersama adunan yakult dan beberapa ramuan lain. Nampaknya ayam2 berselera melahap hidangan. Moga bau dapat dikurangkan. Sebagaimana reban batch pertama, bau walaupun ada tapi tidak begitu menyesakkan hidung. 

 Seminggu lalu penulis  memberi dedak pelet 100 peratus kepada anak ayam batch ke2 ini sebab masih kecil, gabungan bau dedak dan taik ayam menghasilkan aroma yang menyesakkan hidung.. 






Semalam khamis sejurus sebelum zuhur, seekor anak ayam menjadi korban ke2 peliharaan penulis...Sejak dibeli ayam kelihatannya tidak begitu sihat..dah cuba rawat tapi tewas jua


Beginilah saat akhir ayam sebelum menghembuskan nafas terakhir..Semasa nazak kaki meronta ronta kekejangan sebelum pergerakan semakin longlai..

Berbaki 13 ekor ayam batch kedua ini...huhu



Saturday, July 11, 2020

Ayam Kacuk Kampung (AKK) Komersial...


Sabtu 11hb Julai 2020.

Setelah beberapa waktu tertangguh kerana kekurangan bekalan DOC (Day Old Chicken)/ benih ayam, harini sabtu bermulalah episod bersejarah membela AKK secara komersil. 


Berbanding ayam broiler, membela AKK agak ringkas..Reban Akk tidak perlu canggih, cukup ada tempat berteduh dan selamat dari pemangsa itu sudah memadai...Ayam yang diberikan makan dan minum secara berkala hanya memerlukan keluasan sekaki persegi  setiap ekor untuk membesar dengan selesa. 



Reban kami cukup simple dibuat menggunakan khemah yang dikelilingi metal deck dan jaring, manakala alasnya dihamparkan dengan sekam padi. Untuk permulaan ini pelaburan perlu dikawal dengan penuh berhemah...

Reban pembekal di Kuantan

Ketika ini agak sukar mendapatkan DOC kesan PKP dan harga juga lebih mahal dari biasa.. Anak ayam yang kami dapat daripada pembekal di Kuantan telah berusia hampir sebulan dan rata rata berat sudah melebihi 600g., Ada juga yang telah mencecah sekilo.


5.30 pagi Sabtu  1500 ekor ayam berpindah reban, walaupun kurang dari target 2500ekor, disesuaikan dengan bajet  asal, disebabkan ayam-ayam ini telah pun besar dan dah tentu harganya lebih mahal. Untuk permulaan rasanya memadai, yang penting langkah pertama membawa masuk ayam tercapai. 

 Jika betul penjagaannya ayam-ayam ini akan mencapai berat ideal 1.2-1.5 kg untuk dipasarkan ketika hariraya haji ini. 

Bak kata pepatah kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya...Kalau tak dicuba mana kan tau untung dan ruginya. Usaha sudah dilakukan, selepas ini kami hanya mampu bertawakal. Kepada Allah kami berserah..



Wednesday, July 8, 2020

Bela Ayam Ruangan Sempit...

Rasa tidak berbaloi membela ayam sedikit. Masa yang diperuntukkan setiap pagi dan petang tersangat singkat..Masa diperlukan untuk membuat makanan peram kegunaan seminggu pun tidak jauh beza jika membuat untuk kuantiti yang lebih banyak. Penggunaan makanan pelet juga tidak membebankan disamping  boleh dijimatkan lagi dengan penggunaan makanan tambahan yang dibuat sendiri.

Tak sabar menanti induk bertelur, penulis  membeli anak  ayam 14 ekor lagi. Dalam satu -satu masa penulis bercadang memiliki 14 anak ayam, 14 remaja dan 6 induk bersesuaian dengan keluasan reban yang telah ada. Jika induk bertelur nanti telur-telur ayam  sebahagiannya akan dieram untuk mewujudkan kelangsungan bekalan anak- anak ayam.

Pintu buluh reban puyuh terpaksa diganti kerana diserang bubuk.

Reban puyuh kini diubahsuai untuk dijadikan Reban Anak Ayam dan Induk (RAI) disapu syelex supaya lebih berketerampilan dan tahan lama.

Hasrat membela puyuh terpaksa dibatalkan, ramai yang cakap burung puyuh kuat makan selain bising 24 jam.

Dua tingkat atas boleh menempatkan 7 ekor anak ayam setiap tingkat, manakala bahagian bawah yang diubahsuai boleh menempatkan 6 ekor induk..Pagar ketinggian 6 kaki akan dibina disekeliling reban untuk ayam induk berkeliaran.




Reban Ayam Remaja (RAR) juga di syelex.


Dah alang alang membela, ayam-ayam remaja akan disembelih ketika mencapai usia 40-50 hari dengan itu Reban Ayam Remaja  (RAR) akan sentiasa bersedia menerima 14 ekor ayam remaja baru dari Reban Anak Ayam dan Induk ( RAI). 



Anak ayam berusia seminggu menjadi penghuni baru reban puyuh yang diubah suai. Anak-anak ayam akan dipindahkan dari RAI ke RAR ketika mencapai usia 21hari.

Sementara menunggu induk-induk sediada  bertelur, anak ayam baru  dibeli., jadi taklah menunggu  lama untuk mewujudkan rantaian lengkap.


Bau dan lalat direban adalah terkawal ketika ini..Pembersihan berkala dan penggunaan makanan diperam menggunakan EM nampaknya berkesan.

Jika belaan bersistematik ini berjaya tak perlulah membeli ayam luar lagi selepas ini., melainkan jika perlu.

Jom jom bela ayam. Kawasan sempit bukan alasan.





Pemberi Minuman Ternakan Automatik...

Rabu 8hb Julai 2020

Jika post sebelum ini penulis berkongsi idea membuat bekas pemberi makanan ayam secara automatik, post kali ini penulis kongsikan idea membuat pemberi minuman automatik pula..semuanya menggunakan bahan terpakai.

 Tebuk lubang disisi muncung botol supaya air lebih mudah keluar.


Pemberi minuman ayam automatik telah siap berfungsi. Sebaiknya bekas air menggunakan warna kuning atau merah, katanya ayam-ayam lebih menyukai warna-warna tersebut...tapi jika tiada, warna apa saja pun boleh..

Bekas minuman diletak diluar pagar supaya air minuman tidak mudah dikotori., selain itu dapat menghindari air  minuman tertumpah dan membasahi reban...Reban yg kering dapat menjamin kebersihan dan sangat tidak disukai lalat.

Tidak perlu risau lagi untuk berjalan diluar kawasan., kebajikan ayam tetap terpelihara..

Saturday, July 4, 2020

Pemberi Makan Ayam Automatik



Memberi makan dan minum ternakan ketika kita berada diluar kawasan sering memberi masalah kepada penternak kecilan.

Sebenarnya ada kaedah mudah untuk mengatasi masalah itu...Buat Pemberi makan ayam automatik/ chickens auto feeder. 



Dengan modal kecil makanan ayam boleh disimpan didalam tong bertutup dan makanan ayam sentiasa tersedia selagi didalam tong masih berisi makanan...


Elbow bersaiz 3 inchi dipotong di bahagian belakang untuk membolehkan pelet turun dengan sendiri secara tarikan graviti untuk memenuhi ruangan mematuk.

Dengan cara ini makanan pun tidak bersepah semasa ayam mematuk makanan.

Sekiranya ternakan diberi makan pelet sepenuhnya, bekas makanan boleh ditinggalkan saja di reban..tapi bagi penulis, bekas ini hanya digunakan semasa ketiadaan sesiapa dirumah  sebab penulis turut memberi campuran  makanan basah  seperti makanan lebihan dan sayuran yang diperam kepada ayam jadi kaedah ini kurang sesuai.

Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan..Jom jom menternak ayam



Thursday, July 2, 2020

Chicken Without Sex..


Ayam bujang dan dara penulis sedang menikmati sarapan pagi...

Dulu jika mencari terjemahan ayam dara dalam bahasa Inggeris akan keluarlah perkataan chicken without sex..hehe..

Selalu tengok gerai-gerai berjual ayam  dara berempah, wujud tandatanya apakah itu ayam dara. Ayam  kacuk kampung berusia 30-50 hari yang selalunya dipanggil ayam dara.. . Berat dalam lingkungan 1-1.5kg, ketika ini daging sangat ideal untuk dibuat masakan..rasanya enak , tak terlalu lembut maupun liat..

Kalau baka ayam kampung asli rasanya lagi enak tapi selalunya pembesaran agak lambat dan usia melebihi 2 bulan untuk mendapat berat sedemikian.

Harini Jumaat banyak gerai gerai berjualan di perkarangan masjid..Jom jom cari ayam dara berempah sebelum Jumaat ini..Keenakannya pasti terangkat..




CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK