Jumaat 24hb Julai 2020.
Penulis kurang menggemari menanam pokok yang jangkahayatnya pendek...Pokok begini perlu penjagaan yang lebih teliti...Serba serbi kena ideal baru pokok dapat hidup dengan subur...Kerenah ini yang penulis tidak cukup sabar melayaninya.
Sayuran berdaun orang lain subur menghijau tapi penulis punya kekuningan...Pokok sayur orang lain berbuah lebat tapi penulis punya dapat hidup pun dah kira bertuah..
Beginilah percubaan penulis menanam sayuran secara aquaponic. Teruja melihat perkongsian utubers berkenaan tanaman masing masing yang hidup subur melalui kaedah yang sama.
Pokok terong nampaknya menuju kematian...Pokok cili dan pandan masih bertahan..Ulam sabung nyawa yang ditanam dari keratan batang tak disangka hidup namun masih terlalu awal untuk menilai tahap kesuburan setelah beberapa waktu ditanam nanti. Kangkung yang selalunya paling gemar kawasan berair pun kekuningan daunnya..
Kemungkinan kandungan nutrisi air kolam tidak mencukupi. Ikan-ikan yang ada tidak cukup membekalkan baja untuk tanaman. Secara zahirnya air kolam sangat jernih sebab sering bertukar ketika musim hujan ini.
Harini penulis menambah lagi ikan dikolam..30 puyu emas dan 20 talapia merah menjadikan bilangan keseluruhan ikan dikolam konkrit saiz 5'L×10'P×4'D, menghampiri 200 ekor., Pokok tak naik juga, akan ditambah lagi biar ikan bergelumangan macam ulat taik..Hehe..
Jenis sayuran yang ditanam dengan kaedah aquaponik ini sepatutnya mencukupi untuk kegunaan sendiri.
Harap harap berhasil lah...
Mudah2an bertambah subur tanamannya
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteDh tgok balik perkongsian utuber..nk kena perbaiki sistem kitaran air...perlukan penapis biologi untuk menukarkan amonia dari najis ikan kepada baja nitrat untuk dialirkan ke media tanaman..
DeleteHrp menjadi selepas ini wak
Banyak ikan peliharaannya tu.
ReplyDelete