Sabtu 11hb Julai 2020.
Setelah beberapa waktu tertangguh kerana kekurangan bekalan DOC (Day Old Chicken)/ benih ayam, harini sabtu bermulalah episod bersejarah membela AKK secara komersil.
Berbanding ayam broiler, membela AKK agak ringkas..Reban Akk tidak perlu canggih, cukup ada tempat berteduh dan selamat dari pemangsa itu sudah memadai...Ayam yang diberikan makan dan minum secara berkala hanya memerlukan keluasan sekaki persegi setiap ekor untuk membesar dengan selesa.
Reban kami cukup simple dibuat menggunakan khemah yang dikelilingi metal deck dan jaring, manakala alasnya dihamparkan dengan sekam padi. Untuk permulaan ini pelaburan perlu dikawal dengan penuh berhemah...
Reban pembekal di Kuantan
Ketika ini agak sukar mendapatkan DOC kesan PKP dan harga juga lebih mahal dari biasa.. Anak ayam yang kami dapat daripada pembekal di Kuantan telah berusia hampir sebulan dan rata rata berat sudah melebihi 600g., Ada juga yang telah mencecah sekilo.
5.30 pagi Sabtu 1500 ekor ayam berpindah reban, walaupun kurang dari target 2500ekor, disesuaikan dengan bajet asal, disebabkan ayam-ayam ini telah pun besar dan dah tentu harganya lebih mahal. Untuk permulaan rasanya memadai, yang penting langkah pertama membawa masuk ayam tercapai.
Jika betul penjagaannya ayam-ayam ini akan mencapai berat ideal 1.2-1.5 kg untuk dipasarkan ketika hariraya haji ini.
Bak kata pepatah kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya...Kalau tak dicuba mana kan tau untung dan ruginya. Usaha sudah dilakukan, selepas ini kami hanya mampu bertawakal. Kepada Allah kami berserah..
Tahniah
ReplyDeleteSemoga usaha penternakan ini membuahkan hasil yang lumayan
Amin yrb al amin..tkasih wak
Delete