click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, November 19, 2016

Cruising Taman Tasik Putrajaya...




Pertama kali bersantai menaiki bot Tasik Putrajaya. . Cruising  mengambil masa 30minit. Pengunjung diberikan penerangan berkaitan latarbelakang tasik dan binaan- binaan yang terdapat di sepanjang tasik.

Tasik buatan berkeluasan 650 hek dengan kedalaman sehingga 14m.



Dataran Masjid Putrajaya penuh dengan pengunjung luarnegara..


Isnin kurang sesak. Difahamkan hujung minggu ramai pelancong luarnegara dan tempatan menggunakan khidmat ini. Tiket Rm15 untuk dewasa warga tempatan dan sekali ganda untuk warga asing...








Masjid pertama dibina di Putrajaya.boleh menempatkan 15 ribu jemaah...



Masjid Sultan Mizan atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi boleh menempatkan 20 ribu jemaah.  Masjid besi disebabkan lebih 60 peratus binaan menggunakan kerangka besi.




Diberitahu jambatan melengkung itu diilhamkan dari  Harbour Bridge Sydney..


Rekabentuk jambatan lain turut diilhamkan dari jambatan tersohor Amsterdam Belanda dan San Fransisco Amerika..

 Bersama kami sekumpulan pelajar istimewa dari Banting Selangor..



Jika ingin mengetahui sejarah 40 tahun lebih Malaysia boleh membaca catatan di dinding kaca di Dataran Wawasan ini..


Secara keseluruhan pemandangan memang sangat indah. Cantik.. Bersih Kemas..Tersusun. Rekabentuk binaan memang memukau..Di sebelah malam pastinya  akan lebih indah jika binaan-binaan di hias dengan lampu lampu berwarna warni. Setakat ini belum ada lagi usaha pengindahan lampu ke atas binaan-binaan tersebut...

Kepada yang belum mencuba...apa lagi berkunjunglah ke sana...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK