click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text
Showing posts with label TIPS SEMPOI. Show all posts
Showing posts with label TIPS SEMPOI. Show all posts

Friday, December 6, 2013

Syiling oh Syiling..Jangan Pandang Sebelah Mata...



Selama hampir tiga  tahun aku jadi pengutip duit syiling. Di tepi mesin basuh, dalam kereta, atas lantai, tepi tingkap  dsb. 5 sen, seposen dan segala duit syilinglah…Mentang-mentang duit syiling ramai tak terliur. Sambil -sambil tu mana –mana kembalian duit syiling bila berbelanja turut aku sumbatkan dalam tabung . Bila penuh tabung nanti aku dah berangan  nak beli motor hehe ..Motor baru mungkin tak dapat  tapi kapchai terpakai rasanya cukup...Masa tu nanti mesti ada yang cakap..’asyik-asyik beli motor..motor...motor..tak rasa membazir ker..?’  Nampak tak..?  masa duit tu bersepah-sepah  takder siapa pun cakap yang syiling tu sangat berharga.. Bila dikumpul dan cukup  untuk membeli barangan yang kita suka , pandai pulak cakap membazirlah, itulah, inilah bla bla.. Moral cerita ini jangan perlekeh duit syiling. Tahukah anda seseorang tidak layak digelar jutawan walaupun memiliki 999999.99 , kurang 1 sen untuk cukup sejuta.

Tapi aku sedih. Tabung aku telah hilang..Tabung yang aku beli di sempadan  Thailand/Myanmar semasa ride Segitiga Emas 2010 dikebas pencuri yang memecah masuk rumah dengan mengumpil gril pintu belakang ketika kami di Mekah baru-baru ini..Macam aku tulis di atas…masa syiling bersepah tak ramai terliur..bila dikumpul dan banyak, duit syiling yang berat ni pun turut dirembat. Korang congak-congaklah berapa nilai syiling dalam tabung buluh aku itu.. Tabung bergarispusat 7 inchi x 15 inchi tinggi. Berbaki 1 inchi untuk penuh…Aku rasa dalam 2 ribu mungkin ada…lepaslah untuk kapchai terpakai…

Walaubagaimanapun aku  bersyukur, mungkin dengan duit syiling itu  menyebabkan pencuri itu gembira. Setidak-tidaknya mereka keluar tidak dengan tangan kosong. Mungkin tanpa duit syiling itu entah apa-apa lagi yang akan diangkutnya.  Kunci MPV aku juga turut ditinggalkan saja di tepi pagar. Mungkin baginya sudah cukup berbaloi dapat merembat tabung syiling, PS3 dan ipod anak aku. Walaupun rumah aku habis digelidah, nampaknya tiada barangan lain yang hilang kecuali 3 barangan diatas…

Syiling oh Syiling …Aku kena jadi pengumpul syiling lagi…Nak beli motor…!





Friday, October 5, 2012

TIPS SEMPOI -selimut motor

SELIMUT MOTOR



Korang sayang motor korang kan...Jadi elok diselimutkan motor kesayangan anda. Bila berselimut ni kuranglah berhabuk, taik cicak pun takdalah merata-rata melekat kat motor...Selamat jugak dari bercalar-calar tempat ayam, kucing dsb  bertenggek , . Selimut motor kalau korang beli kat kedai motor pasti mahal, yang kecik pun tidak kurang RM150. Sebab aku lambat dapat tips ni, selimut besar motor aku je cecah RM400.

Kepada yang baru saja sambar motor elok saja korang beli selimut kereta..Jangan bazir duit..Selimut kereta kancil harga tak sampai pun RM50...Berapa banyak dah jimat......InsyaAllah cat motor  korang akan sentiasa berkilat dan tahan lama...ha ha..

Selamat mencuba...

Thursday, June 14, 2012

Pergh...! laju gilerr...!



 Gambar sekadar hiasan..bukan laluan Pekan -Rompin..disana tak sempat pusing kepala ..Zuup...Hilang...! apatah lagi nak ambil gambar...

Kalau di lebuhraya PLUS ke utara pemanduan kami diganggu oleh gerombolan konvoi motorsikal bermarshal, laluan antara Pekan - Rompin  pada pagi Ahad 10hb terganggu pula  oleh tonggangan laju giler mat-mat motor perang...pergh..! keadaan jalan sepanjang pantai memang cantik dan berliku, sebab itu barang kali mat-mat motor perang menguji skil dan power motor masing-masing...Aku yang gayat memerhati dari dalam kereta mengetap gigi saja melihat aksi mereka mengambil konar tajam dan terlindung dengan tiba-tiba kedapatan kenderaan menongkah arus dihadapan.. gilerr...!

Tapi taklah semua yang bawak laju sembrono macam tu..sebahagian ada yang menonggang berhemah. Sampai konar terlindung  mengambil sedikit waktu, yakin selamat baru membuat pintasan..Cuma hati jangan mudah terbakar dengan mamat yang tiba dahulu dengan pelbagai kutukan nanti...Sebab itu kepada penonggang baru, anda kena tebalkan telinga sekiranya ingin menyertai kumpulan seperti ini. Lagi anda layan lagi teruja mereka menyakat anda... tips mudah- buat taktau saja....atau lagi mudah mufarakah saja dari kumpulan ini...he he...peganglah moto ini..."Apalah guna keterujaan 10-15 minit, sekiranya kesengsaraan akan ditanggung disepanjang hayat."

Untuk merasai kemeriahan konvoi seperti ini cubalah join atau pasang telinga semasa mereka berhenti minum/makan nescaya banyak maklumat atau tips berguna yang boleh dikongsi berama..Cuma kekadang sesetengah rider sembang saja lebih..bawak 200 ke atas saja...sering bertukar ganti padding lutut..pergh...asyik-asyik cerita nak upgrade motor lebih power bla bla..lagi orang khyusuk dengar lagi seronok menggoreng..walaupun kekadang sampai hangit bau temberang...! ha ha...








Monday, February 27, 2012

Lagi cerita pasal basikal...


Aku tak boleh tahan dah, semalam sepetang Ahad pergi dari satu kedai ke satu kedai...Tujuan..? he he nak cari basikal. Basikal jalanan lah pulak. Dulukan dah beberapa kali aku cuba bawak MTB lalu jalanraya..macam tak best je...

Amacam cantik tak basikal baru aku...? Budak-budak muda mesti tak suka sebab aku pilih kaler orang tua..Kaler Gold  ko..! Rakan -rakan ada cadangkan supaya beli set tayar saja, boleh tukar ganti dengan basikal sediaada, tapi bila dah fikir-fikir, aku rasa idea tu hanya molek secara teori dan garenti tak boleh pakai secara praktikal. Alaa sekali dua rajinlah bertukar ganti tayar, lepas tu aku yakin salah satu set tayar mesti duduk dalam stor...lagi membazir. Set tayar depan belakang lekeh-lekeh RM200 lebih. Bila check basikal ni  semalam  harga dalam RM690, belum tawar lagi.


Hari Isnin tadi, ronda lagi kedai basikal di Batu Cave, jumpa set basikal sama..Tawar punya tawar dapat turun sehingga RM580..ok not bad. Terus sambar sebab hati dah berkenan dan menepati bajet aku bawah seribu..Kebetulan kawan yang temankan aku beli MTB merah ni pun nak datang ke kedai..Argh sebelum dia racun, lebih baik aku bayar terus..Susah kalau dengar pandangan orang lebih-lebih nanti., garenti bajet lari..ha ha..Macam Mtb merah ni dulu..bajet sebenarnya bawah 3k, bila keluar basikal , harga sama dengan10 biji basikal baru aku tu..huh giler dah lebih mahal dari kapchai...

Dah alang-alang ada dua set basikal, aksesori pun kena le cari dua, kecuali blinker. Senang terus pasang kat basikal tak ubah-ubah. Dua set aksesori ni selepas diskaun dapatlah harga RM95. Dijumlahkan semua basikal dan aksesori RM675. Bolehlah tu..Tak sampai sebulan nanti dapatlah cover balik duit beli basikal ni...he he.. selamat dari bayar tol dan jimat duit minyak sebab naik motor sebulan..RM600, itu aku kira kalau 20 hari je guna motor dengan selamat duit tol  RM15 sehari. Duit minyak jimat Rm15juga  berbanding kereta... Tak ke dah RM600? .. baki RM.75 lagi.?.argh aku tak hisap rokok..dah jimat 200 ringgit..! Perokok lain dah tentu kena keluarkan jumlah tu  kalau sehari mereka tutoh sekotak rokok harga RM10 sekotak..ha ha..

Entah naik basikal murah atau mahal taklah berbeza sangat pun. Syok je aku kayuh petang tadi..Lainlah kalau kita penonggang profesional, boleh mengoptimumkan kelebihan teknologi terbaru. Sebab tu kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan basikal ni, jangan dengar sangat pendapat rakan dan jurujual.. beli berpada-pada je..Yang selalu terjadi, kawan beli kita beli, murah taknak..yang mahal saja jadi pilihan.. kawan upgrade lagi mahal, kita ikut upgrade..semata-mata tak nak ketinggalan ..kawan berkayuh pagi petang, kita simpan pagi petang..apa barang beb..


Blinker ni bukan saja berguna ketika berbasikal tapi amat berguna ketika bermotorsikal. Semasa berkonvoi diluar negara blinker seperti ini dapat memberi tanda pengenalan kepada rakan terutamanya diwaktu malam..siang boleh nampak sesama rakan, bila malam semua kenderaan lain turut berlampu maka susahlah untuk mengenali rakan kecuali bila grup kita memasang set seperti ini..Mudahlah untuk kita mengenal pasti rakan yang lain...Lip..lap..lip..lap..ha ha...kawan aku didepan tuuu...!

Tuesday, January 24, 2012

Bila tekak kurang berselera...


Kami berkelah di FRIM Kepong sempena cuti panjang nih...pesanan kepada para pengunjung, jangan lupa buang sampah ditong disediakan ok...

Disesetengah negara orang, makanan kurang untuk dimakan, tapi aku percaya di Malaysia makanan berlebihan sehinggakan kekadang hilang selera menghadap makanan yang banyak diatas meja. Ada tips mudah untuk mengatasi masalah ini...pergilah berkelah...! lepas puas berendam nescaya semua akan melahap makanan yang dibawa..biskut kering yang selama ni kurang dapat perhatian, turut akan dibedal sama..ha ha..sausana baru dan kepenatan berkubang barangkali...

 Medan Ikan bakar di Jeram...pergh sentiasa dipenuhi pengunjung. Dah pukul 11 malam pun masih ada pengunjung baru tiba...!

Atau carilah kawasan tumpuan ramai seperti medan ikan bakar dsb...makanan yang tak sedap pun rasa begitu sedap...sedap sebab perut semakin lapar,  menunggu makanan yang dipesan lambat tiba dimeja..almaklumlah orang ramai...dihantar pulak satu persatu..sementara tunggu menu berikut tiba makanan yang dihantar telah licin...

He he...nak tau keberkesanan tips ini cubalahh..!

Friday, December 9, 2011

Duty Roaster...





He he..ada korang buat peringatan macam ni kat anak-anak korang...?. Zaman serbih canggih ni, setakat ingatan secara lisan tak berapa nak menjadi..kena peringat di skrin saver komputer., bila budak budak nak guna komputer segera terpandang tugasan masing-masing...Bila masing-masing ralit mengadap komputer segala pesanan entah kemana...beberapa malam pintu rumah kami ternganga tak berkunci, gara-gara lupa. Kita nak kunci awal, kata ada yang nak keluar masuk rumah...ish.ish.. Semua tugasan anak-anak..tugasam mak bapak...?..ha ha..mak bapak sibuk mencari rezeki...!

Friday, October 14, 2011

Jom Riadah...!





Tup..tup..tup..esok dah Sabtu lagi. Alhamdulillah sekarang ni aku tengok  semakin ramai orang ambil berat pasal kesihatan... Pagi-pagi sekitar taman perumahan atau taman rekreasi semakin ramai orang berjogging. Seawal 5.30 pagi mereka dah mula keluar rumah. Cuma kekadang terlintas jugak dalam kepala hotak aku  kalau setakat inginkan keluar peluh, sebenarnya tak perlu pergi jauh-jauh,  dalam rumah atau keliling rumah pun banyak aktiviti yang boleh kita lakukan . Kita saja yang terlepas pandang...sebagai contoh mengemob lantai...kalau nak peluh menceceh-ceceh, cuba lakukan riadah ini dengan iringan irama lagu rancak,  kalau tak cukup dalam rumah, boleh sambung ke kaki lima..masalahnya aktiviti berfaedah ini bukannya kita nak buat sendiri tapi diserahkan ke bibik...! bibik la yang sihat.

Berapa ramai yang lakukan aktiviti mencuci jamban dihujung minggu...kekadang mangkok tandas rumah kita dibiarkan bertepek dengan daki, dinding tandas dan lantai dibiarkan berkarat dengan kotoran., manakala kita rajin beriadah diluar rumah. Padahal  banyak lemak tepu dalam badan boleh cair, kalau kita melakukan aktiviti ini..nak lagi berjurai-jurai peluh, tutup rapat pintu tandas dan mulakan menyental lantai, mangkok, dinding...pergh garenti rasa seperti di sauna..nak lagi best biar berlenggeng...

Aktiviti mencuci kereta pun boleh menyihatkan badan...jadi daripada kita bermalas-malas hantar kereta untuk mat bangla cuci lebih baik cuci sendiri..dah habis kereta, basuh motor..tak penat lagi sambung cuci basikal, berstamina lagi teruskan cuci lantai parking.. haa kan lagi bermanfat daripada berjoging diluar..

Kekadang kita sanggup berpanas beriadah diluar tetapi membiarkan laman rumah kita macam belukar..ada pokok dibiarkan tak terurus..ada laman sekakang kera, rumput tak berpotong..atau nak senang panggil  mat indon potong.. padahal kalau potong sendiri bukan ke beriadah juga namaya. Badan sihat duit jimat..

Dan riadah yang ini, lagi orang  terlepas pandang, padahal riadah lengkap yang penuh khasiat untuk jasmani dan rohani. Riadah yang dianugerahkan oleh Allah kepada umat manusia iaitu solat. Untuk berjoging sanggup kita keluar rumah awal pagi tapi untuk riadah solat berjemaah dimasjid, amat berat  kita melaksanakannya. Untuk lebih berkhasiat  apakata kita lupakan kunci kereta atau motor sebaliknya capai saja basikal  ke masjid... balik masjid boleh teruskan ronda taman...ha..ha khasiat tambahan jasmani dan rohani..!

Lagi best aktiviti diatas kita buat, beriadah diluar pun kita buat...

Aku tulis ni pun untuk peringatan diri aku juga..Jom sihat..!




Sunday, October 2, 2011

Ergh.. Mana kereta aku ni...?! ha.. ha..

 Petunjuk  pakir Mid Valley..


Siapa pernah terlupa letak kereta di mana.., angkat tangan...! ha ha..jangan tak mengaku pulak...banyak kes 'kehilangan' kenderaan dilapurkan ke pihak pengendali parkir awam besar seperti di KLIA atau pusat membeli belah KLCC, Mid Valley  dll.  Aku pun pernah berjam mencari kereta aku di Alamanda Putrajaya. Puas keliling, tingkat bawah hingga atas namun tak berjumpa...ish..ish Fenin..! Bila ingat -ingat balik rupanya kereta berada di parkir sayap selatan bukannya sayap utara... hah patut pun berpeluh cari tak jumpa...ini baru sesat di negara sendiri..bayangkan kalau di negara orang...macam jemaah haji yang nak ke Mekah tu...

Untuk mengatasi masalah sindrom lupa terutama bila nak bawa anak-anak berjalan dihujung minggu ni..apakata cuba kaedah ini...

1. Jangan tunjuk handal menghafal rujukan lokasi, nanti bila dah ralit berbeli belah atau menyelesaikan urusan kerja, takut-takut terlupa . Nak senang tulis saja no rujukan yang tercatat pada tiang-tiang. Jangan lupa tulis blok mana...! Macam aku kena dulu tu no rujukan di tiang sama tapi rupanya blok berbeza...!

2. Kekadang pen pulak tak bawak jadi senang snap saja gambar rujukan lokasi menggunakan phone/kamera anda...untuk lebih  senang diingati ambil saja gambar sepanjang laluan anda...ha ha.. kalau terlupa juga tayangkan lah semula foto-foto anda kepada pengendali parkir tersebut...Takkan diorang lupa juga kot..

3. Nak lagi canggih gunakan GPRS.

Hah kalau sesat cari tak jumpa  juga, balik naik teksi sajalah..ha ha..




Friday, August 5, 2011

100000km...Ride rivew

Bila aku check-check balik tripmeter motor-motor aku BM-65000km..!, Piaggio x9 masa jual dulu 30000km, V strom pun dah melebihi- 5000km..pergh 100000km lebih beb..! itu tak campur ride dengan motor kapchai ...semua mileage ni aku kumpul dalam masa 2 tahun 3 bulan saja...Dapat lesen motor 11/5/2009 .Tarikh ni juga motor BM aku keluar dari showroom..psst..psst..bulan pertama je 4 kali aku tumbang bodo..Sebelum daripada tu mana pernah aku bawak motor ..setakat naik motor kat kampong beli suratkhabar tu adalah...

He..he.. aku kategori lambat panas laa..orang lain semua dah menyampah bawak motor tapi aku baru nak mula...Sebab tu masa nak beli motor pertama  dulu aku tak tanya sapa-sapa...terus saja sambar 1200cc.. kalau tanya mesti semua nasihat jangan terus beli cc besar nanti susah nak handle...argh mujur aku tak tanya...berapa lama dah habiskan takuk-takuk cc motor di pasaran 70, 100, 125, 135.., 150..200..dsb argh lambat-lambat..! lagipun  nak jual balik motor bukan senang macam  jual kacang putih .. Nak jual motor kecik pun susah.. inikan pulak nak jual motor besar.....lainlah kalau korang sanggup potong harga..argh buat apa..!

Kepada sesapa yang hati berbelah bagi nak beli motor cc kecik dulu ke besar.., tiru saja macam aku...jangan tanya-tanya... tau-tau motor ada depan rumah...ha ha...

Friday, July 22, 2011

Tahukah anda...?

Cuba korang ingat berapa banyak sikat yang korang dah beli..,.sekejap-sekejap hilang...begitu juga dengan ketip kuku.. lebih-lebih lagi bila anak ramai..bila tanya semua tak mengaku..., biasanya bila nak guna masa tuu lah cari tak jumpa..dan bila cari barang lain masa tuu lah, tak satu- satu bendalah ni terjumpa...bila dikumpul menimbun banyaknya....tapi sejak aku cuba cara ini..ia sungguh berkesan...seingat aku dah lebih sepuluh tahun sikat aku tak hilang-hilang..he he...



Tapi sekarang aku ada masalah baru..cermin mata, handphone dan kunci pulak yang selalu hilang...ish..ish handphone tu kalau kat mode biasa senanglah jugak nak cari...yang leceh bila bateri habis atau terletak dalam 'silent mode'...sikit punya haru nak mencari...ada sesapa nak bagi tips kat aku ha..ha...

Sunday, February 27, 2011

TIPS SEMPOI..lapik stand motor



HE.HE tips sempoi yang mungkin kelihatan ringkas tapi berguna..
Penutup bekas makanan plastik sebagai alas stand motor atau basikal anda.. pastinya dapat menghalang kesan karat dan kesan calar pada lantai parking anda yang menyakitkan mata. Amat bergaya berbanding alas serpihan batu atau kayu...

Selamat berkitar semula...ha ha..

Wednesday, January 12, 2011

Tips sempoi-topeng muka




Ha.ha amacam, ok tak..? Aku dapat idea ni masa aku ride ambik skuter aku dari Sedili dulu. Masa pergi aku terlupa bawa topeng muka. Sepanjang perjalanan balik selain panas, terasa kebas muka kena rempuhan angin yang terlepas dari windscreen skuter .

Harga murah tak sampai RM 2 dan sempoi topeng muka segera. Aku beli serkop tudung wanita. Gunting dan buka simpulan benang bahagian atas. ha ha ..selesai..pastu sarungkanlah pada kepala sampai paras mata.

Kelebihan topeng guna serkop ni senang nak bernafas sebab banyak rongga udara berbanding kain topeng yang aku beli sebelum ini..sesuai jadi penapis halang/kurangkan habuk memasuki rongga pernafasan. Lebih senang diguna berbanding sapu tangan sebab gerenti tak melurut.

Kalau mau tiru cubalah...

Tuesday, November 30, 2010

TIPS SEMPOI-hilangkan mengantuk

Aku rasa semua orang pernah menghadapi masalah ini. Ubat paling mujarab sudah tentu adalah tidur..Tapi kekadang disebabkan keadaan memaksa kena juga teruskan perjalanan. Jadi tips ini mungkin membantu..Aku suka makan kuaci masa memandu...

Kalau bawak motor sudah tentu tips ini tak boleh guna...Cuba yang ini..he he..boleh diguna samada naik kereta atau motor hatta bawa kapal terbang sekalipun...
Makan cili padi...Mesti mengelupur tahan pedas.. hilanglah rasa mengantuk...kalau tak jadi jugak tonyohkan kat mata, confirm cerah biji mata...kah.kah.kah..!

Selamat mencuba..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK