Mula-mula menghadiri kursus adalah untuk mencukupkan syarat memohon bantuan Jabatan Pertanian membina telaga bawah tanah di kebun.. Kos membina telaga dianggarkan dalam 15ribu.
Dikebun sepenuhnya mengharapkan tadahan air hujan. Tanpa air sempurna pokok mengharapkan 100 peratus air hujan. Walaupun tidak hujan seminggu, tananam sensitif air seperti durian akan ada yang mati diawal penanaman.
Modul teras kursus pertama yang dihadiri berkenaan tanaman melalui kaedah Fertigasi meja.
Kursus kedua berkenaan pembuatan baja kompos dan penyediaan cairan sebatian organik membiak mikroorganisma untuk merawat tanah.
Pembajaan adalah pembaziran sekiranya tanah tidak dirawat. Penggunaan baja kimia berterusan akan memberi kesan tidak baik pada tanah dan tanaman. Tanah yang sihat akan membantu penyerapan nutrient tanaman.
Modul sampingan sama iaitu penyediaan..
1. Racun organik pengawalan serangga, hama dan kulat.
2. Sabun pelekat untuk membantu menyerap racun yang disembur pada tanaman dengan kebih berkesan.
Penyediaan baja dan racun organik adalah murah dan berkesan.
Sekiranya bergantung sepenuhnya dengan racun kimia, kos menjadi tersangat tinggi sehingga ke satu tahap perasit, serangga dll menjadi kebal. Penggunaan pelbagai racun kimia yang tidak terkawal akan membunuh semua organisma baik untuk kesuburan tanaman..
Kursus adalah percuma selain disediakan tempat tinggal, makan minum sepanjang kursus.
Setelah menghadiri kursus ternyata banyak manfaat diperolehi seperti ilmu terkini pertanian selain mewujudkan rangkaian kenalan rakan kebun..
Apa lagi..jomlah menambah ilmu..terbuka kepada semua..
No comments:
Post a Comment