click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, August 31, 2025

3H2M Trengganu..

Meraikan majlis kahwin anak- anak rakan sekolah, hujung bulan Ogos  berpusing satu semenanjung.

Sabtu 23hb siang di Melaka, sebelah malam menghadiri majlis kedua di Seremban, keesokan hari Ahad ke Hospital Kluang menziarahi rakan yang sakit pula. 

Dah alang-alang ke selatan bermalam di rumah saudara di Kota Tinggi. Awal pagi bergerak ke Parit Raja dan Senggarang menyantuni pekerja gunting.

Menutup tirai bulan Ogos, 30 Ogos menghadiri majlis kahwin lagi di Kemaman Trengganu..Sesudah majlis meneruskan perjalanan ke Kuala Trengganu. 

Bila bermusafir memang tidak dapat dipisahkan dengan makan-makan.


Malam berbbq di rumah besan sulong..

Keesokan hari dapat jemputan bersarapan pagi pula. Orang nak  belanja tak baik menolak pelawaan.




Fuh beginilah suasana  di port sarapan pagi  terkenal Trengganu..Nasi Dagang Atas Tol. Trengganu memang cukup terkenal dengan Nasi Dagang dan keropok lekor.

Tak tau dimana datangnya semangat beratur para pengunjung untuk menunggu giliran . Baik hujan maupun panas sabar menunggu giliran. Kalau kita tak lah kot sanggup beratur sebegitu rupa, lebih rela pergi ke tempat lain tidak popular.. Mujur host telah membuat tempahan meja awal..jadi terlepas dari beratur, 

Minggu lepas di Warong Bam Bam Seremban pun begini, pengunjung tersangat ramai. seawal  pagi pengunjung sudah beratur di pintu masuk warong.  Begitu juga dalam singgahan sarapan di Temerloh dalam perjalanan ke Kemaman.  Mujur servis laju. Kini menu sarapan ala kampong seperti lempeng, ubi rebus dll menjadi pilihan pengunjung.  

Untuk makanan tradisi, hanya orang tempatan yang   mahir menilai ketulinan resepi ..Kita orang luar ni ermm, janji sedap dimulut sudah..

Seusai sarapan pagi kami meneruskan ronda ronda ke Air terjun Sekayu..Hulu Trengganu..




















    
  
 

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK