Wednesday, October 26, 2016

Santuari Gajah Kuala Gandah .Lanchang Pahang

Siapa yang pernah ke sini...? Yang belum pergi apakata masukkan dalam senarai lawatan anda akan datang....Jika menggunakan LPT1 keluar di exit Lanchang. Ikuti tunjuk arah papan tanda kita akan dibawa ke Santuari Gajah Kuala Gandah...Untuk ke sana laluan agak sunyi. Pastikan minyak kereta anda berisi kerana tiada stesen minyak ...

Tak silap ini santuari gajah kedua negara selain di Kenyir Trengganu.



Santuari gajah di Tasik Kenyir...Dulu kami berkesempatan singgah sekejap...Tak pasti samada terdapat aktiviti sebagaimana di santuari Kuala Gandah.





Di Kuala Gandah ini masuk adalah percuma...Namun digalakkan memberi  sumbangan seikhlas hati melalui borang yang disediakan. Santuari dibuka seawal 10 pagi...Tidak banyak aktiviti disebelah pagi...Manfaatkan waktu ini untuk melawat persekitaran santuari selain berkunjung ke galeri-galeri penerangan.




Boleh juga memberi makan gajah. Makanan boleh dibeli di gerai berhampiran.




Gerai jualan yang dhaif
Pihak pengurusan perlu menaik taraf gerai jualan ini...Sungguh mencacatkan pemandangan...seolah tidak masuk dengan persekitaran lain yang indah.

Jika  berkesempatan sebelum ke Lanchang singgahlah ke pasar pagi Ahad pekan sehari Temerloh. Di sini boleh mendapatkan sayuran kampung juga ikan sungai yang jarang terdapat di tempat lain. Ikan patin sungai hidup boleh dibeli dengan harga berpatutan.

 Meronda-ronda dulu di pekan sehari ...Tidaklah lama sangat menunggu pertunjukan sebelah petang...

Pertunjukan gajah bermula sebelah tenghari.. . Aktiviti mandi bersama gajah hanya bermula jam 2 ptg. Jika ingin bermandi manda bersama gajah caj rm10 dikenakan.

Olehkerana kami datang ke santuari di sebelah pagi jadi tidak berkesempatan melihat pertunjukan gajah.

Secara keseluruhan santuari kemas, bersih dan tersusun...landskap terpelihara kemas...  Antara tempat menarik yang seharusnya dikunjungi..Pihak pengurusan perlu melakukan promosi-promosi berterusan untuk menarik pengunjung ke sana.. Walaupun kawasan tidak luas adalah lebih bagus jika tram disediakan...Pengunjung mempunyai pilihan. Pengunjung berusia juga  yang membawa anak-anak kecil pastinya teruja menggunakan perkhidmatan ini..






Di sini terdapat juga laman herba...

Mungkin boleh pelajari dari pengurusan santuari di Thai...Di sana kawasan santuari luas dan sering dikunjungi pengunjung dalam dan luar negara...Pengunjung tidak kesah dikenakan caj masuk sekiranya aktiviti yang dipersembahkan membawa kenangan indah..



Jadi apa lagi...Jomlah terokai keindahan negara kita..












Sunday, October 23, 2016

Air Terjun Chemerong..Ulu Dungun Trengganu


Lokasi Hulu Dungun. Sejam setengah perjalanan dari Kuala Trengganu...Jika menggunakan LPT keluar di exit Bukit Besi kemudian menuju ke Ajil mengikuti jalan lama.. Dari simpang jalan utama Bukit Besi-Ajil perlu memandu 35km lagi.

Dari kejauhan boleh melihat air terjun Chemerong


Menurut nota yang disediakan ...Air Terjun Chemerong adalah tertinggi di Malaysia...Ada juga terbaca  tertinggi di asia...Mungkin tertinggi menurut kategori tertentu..  Kategori mengalir dari ketinggian yang tinggi barangkali..

Jika air terjun dari  tebing yang tinggi rasanya Air Terjun Sandang Gile atau Teo Kalep Lombok Indonesia lagi tinggi...

 Air terjun Teo Kalep
Air terjun Sandang Gile...

Untuk sampai ke kawasan air terjun tertinggi perlu mendaki sejam pendakian.

Gunung ini antara puncak yang sering didaki oleh pendaki gunung




Memasuki kawasan hutan lipur Chemerong dikenakn bayaran rm2 seorang...Jika ingin mendaki dikenakan bayaran rm5...Maklumat terkini jika ingin mendaki gunung perlu ditemani tour guide. Untuk memudahkan bantuan jika sesuatu tidak diingini terjadi..Disamping itu dapat memastikan pendaki menjaga etika di gunung terutama aspek menjaga kebersihan taman.

Kawasan rekreasi di kaki gunung  terpelihara..Prasarana memuaskan.

Gerai makan ada..tempat persalinan bersih..khidmat sewa pelampong pun ada..




Jika keberatan mendaki  ke puncak...berkunjung saja air terjun di kaki gunung..Rendah saja..Terdapat kemudahan tempat perkhemahan...wakaf.. juga bekalan air bersih..



Air yang jernih lagi dingin...

Jomlah apa lagi.. Ajaklah keluarga atau teman-teman berkunjung ke sini menikmati keindahan alam .

Wednesday, October 19, 2016

Lombok Bali-Pantai Areguling dan Kute

19hb Sept 2016 Hari terakhir  di Lombok..

Majoriti masyarakat Lombok berketurunan sasak...Melawat  rumah tradisi mereka di selatan Lombok.. Keunikan rumah tradisi dibina berdinding dan berbumbungkan  lalang  dan buluh..lantai pula dari adunan tanah liat dan taik lembu.. .







Berpeluang juga melihat aktiviti tradisional menenun  dan membuat tembikar...Tertarik dengan tenunan samping. Berpandukan motto Biar menyesal membeli daripada menyesal tidak membeli,maka bertukar tangan duit 300 ribu dan kain sampin..Lagipun harini hari terakhir..sebelum ini memang tiada membeli apa-apa buah tangan lagi.



Sesudah itu menuju ke Pantai Areguling dan Pantai Kute...Mat salleh juga ramai...Diperhatikan ramai mat salleh yang telah bermastsutin di sini...Dimaklumankan rumah-rumah di puncak bukit itu kebanyakannya dimiliki oleh warga asing..Berbanding kawasan barat ternyata prasaran di kawasan pantai  di selatan  tidak begitu baik...



 Di Pantai Areguling dan Kute ramai pedagang jalanan...Kelihatan peniaga kanak-kanak  begitu yakin berjual dengan pengunjung termasuk  Mat salleh...Mereka menjual buah-buahan..cenderahati juga pakaian...Mereka akan berkerumun  sekiranya kita menunjuk minat untuk membeli.Di pantai ini ternyata barangan mereka lebih murah...Kain sampin yang dibeli di rumah tradisi tadi hanya berharga 150k disini ...






Inilah antara aktiviti penduduk tempatan di pantai...bermain terup.. Untuk mengujakan lagi permainan..siapa yang kalah akan digantung pemberat ditelinga..

Memandangkan hari masih muda hasrat melihat matahari terbenam dibatalkan..Tak sanggup menunggu lebih lama...Sekembali ke Mataram menyinggah ke lombong emas... Lombong emas terbuka...Kelihatan lori-lori  kecil mengangkut tanah dan batuan ke halaman rumah penduduk setempat  untuk proses pemisahan emas mentah. Teruja melihat penduduk kampong menggunakan kaedah tradisional memisahkan deposit emas mentah dari batuan. Ternyata bukan kerja mudah, Melihat kepada hasil diperolehi, hanya yang cekal mampu membuat kerja ini.



Kembali bermalam di Mataram...

20 Sept 2016..

Dah tak sabar kembali ke tanah air...Cukuplah ekspedisi kali ini..10H8m...Kos keseluruhan tak termasuk oleh- oleh dalam RM 1620 seorang...Untuk tempoh tersebut dapat melawat Bali dan Lombok rasanya sangat berbaloi...

Namun untuk grup yang kecil adalah lebih puashati jika dapat menguruskan sendiri urusan penginapan  ..makanan dan jadual lawatan...  Kenderaan bersama pemandu saja perlu disewa   Kita tiada masalah komunikasi dengan penduduk setempat..Pemandu kenderaan boleh bertindak sebagai  jurupandu..Lagipun Lombok dan Bali taklah sebesar mana.. Dengan cara ini kos boleh lagi dijimatkan selain lebih memenuhi citarasa kita.

Secara keseluruhan lawatan..Kira boleh lahh..

Sehingga bertemu lagi dilain ekspedisi..

Monday, October 10, 2016

Lombok Bali- Day 6

Sekembali dari air terjun petang terus ke Gili Trawangan...Gili bermaksud pulau menurut dialek tempatan. Ke sana menaiki bot laju..Perjalanan selama 15-20 minit.





Sebelum meninggalkan kawasan pergunungan..menikmati masakan tempatan ...



Notis ini ditemui di  masjid.....

Diperhatikan di Bali maupun di Lombok.juga di Indonesia amnya .masyarakat luar didapati dapat mengadaptasi budaya tempatan..Dari segi pertuturan ramai warga luar yang terikut-ikut dengan dialek bahasa tempatan... Ramai wargaluar yang fasih berbahasa Indonesia..Sewaktu lawatan Pulau Jawa dulu kagum melihat Mat Salleh fasih berbahasa Jawa .!..Sepatutnya keunikan ini  yang patut kita tiru...Kita tidak perlu ghairah menukar nama- nama tempatan kononnya untuk diantarabangsakan...Orang luar hadir ingin melihat keunikan sesatu tempat..Mereka tercari-cari keunikan itu. Jika telah tiada keunikan maka   tiadalah  keistimewaan tempat yang dilawati...


.





Tepian pantai di gili memang sesak..Meriah betul dengan orang ramai..Mungkin kebetulan hari itu  hujung minggu. Sebagaimana kawasan tumpuan di Bali..banyak premis diusahakan oleh Mat Salleh..Mengambil kesempatan dari pengunjung mat salleh yang ramai barangkali


Aktiviti di Gili adalah snorkeling. Terdapat 2 pakej... Persendirian dan awam..Caj persendirian tentulah lebih mahal 1-1.2 juta seorang..Menaiki bot kecil dengan maksimum peserta seramai 8 orang..Jika memilih pakej awam caj 100 ribu termasuk makan tengahari..Menaiki bot besar yang boleh memuatkan lebih 50 peserta... Cuma waktu bermula, sekitar jam 10.30 pagi  cuaca telah agak panas berbanding  persendirian seawal 8 pagi. Jika masa lawatan terhad pilih saja yang persendirian...





.




Peserta dibawa ke 3 lokasi berhampiran Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air....Peserta diberikan masa 20-30 minit  untuk setiap lokasi...Jika anda bukan seorang yang serius bersnorkeling tempoh ini jauh dari memadai...Untuk lokasi pertama ramai perserta yang begitu teruja..namun untuk lokasi berikutnya sudah terbit rasa jemu dan ramai  yang hanya memerhati orang lain bersnorkeling dari bot.

.

Peserta turut dibawa ke Gili Air untuk berehat dan menikmati makan tengahari...Sesudah itu peserta kembali menyambung bersnorkeling...Snorkeling tamat 3 petang..


Kembali ke Lombok. Esok hari ke 7  lawatan terakhir Lombok. Kami akan melawat selatan Lombok untuk meninjau budaya masyarakat Sasak..Majoriti masyarakat Pulau Lombok terdiri dari etnik Sasak..Di sana terdapat muzium masyarakat Sasak yang memaparkan kehidupan tradisi masyarakat tempatan. Selain itu akan melawat pantai  ..Diberitahu pantai disitu cantik...Betulkah cantik..tunggu laporan selanjutnya...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK