click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text
Showing posts with label Sembang Hujung Minggu. Show all posts
Showing posts with label Sembang Hujung Minggu. Show all posts

Sunday, October 2, 2022

Kembara Kebun...

Apabila tugasan Jengka selesai, maka pikap perlu dikembalikan, mau tak mau kenderaan kebun perlu dicari. Kalau akses baik tiada keperluan kenderaan 4wd, Kancil sudah memadai . Tapi dah pernah cuba, musim kering sedikit mengah bila  musim basah, menjerit enjin dan berpusing tayar   nak memanjat bukit. Kebun tak luas, hasil pun tak ada, tak berbaloi membeli pikap. 

Dah timbang- timbang Kembara juga paling ekonomikal. Alat ganti mudah, kalau enjin barai nanti boleh tukar enjin seketul dari kedai potong. Minyak, road tax dan insuran pun tak mahal.

Pernah terlintas Kia Sportage lama, harga pun tak mahal,  CC 2.0 liter lebih berkuasa tapi roadtax pula mahal, dengar cerita- cerita  spare part pun mahal ermm terus lemah. 



Kini Kancil dah ada teman baru.  Nak jual  bukan boleh dapat duit balik, bikin bagi cantik dulu, jadi terus pakai sajalah. Bila dah ada Kembara, motor kebun pun dah tak perlu lagi letak disana, leceh guna motor, berboncengan susah nak kawal semasa memanjat bukit, sudahnya yang sorang lagi  lebih banyak menapak, nak bawak barang banyak pun susah. Sejak kenderaan dah boleh bawak ke puncak, berbulan motor tak diguna, habis diselubungi rumput menjalar. Kini motor dah dibawa balik.

Dah banyak  sangat pulak koleksi kenderaan buruk, nampaknya kena bagi- bagi tugasan.. Kancil untuk bawak berjogging, motor untuk ke masjid, Kembara untuk ke kebun..Fuh..taktaulah mampu ker tak, nak menten semua itu nanti...Tapi tak mengapa...biarpun koleksi buruk janji geran ada ditangan hehe..

Sunday, July 25, 2021

Biji Durian Rebus...

Biji cempedak dan nangka rebus, penulis pernah makan, yang goreng pun pernah, tapi biji durian tak pernah cuba.

Harini pertama kali makan biji durian rebus., setelah melihat perkongsian rakan di FB. Dulu di zaman anak-anak selalu dimomokkan makan biji durian akan tumbuh 'mata' ditapak kaki, jadi momokan itu terpahat sehingga dewasa. Mungkin ada yang tak berapa elok dengan menu itu...Orang dulu lebih suka berkias jika menyampaikan sesuatu kebaikan maupun keburukan. Wallahualam

Rasa biji durian tiada jauh beza dengan biji cempedak maupun nangka, sedap..., bezanya biji durian agak berlendir.

Selain  direbus, biji durian enak juga  digoreng bersalut tepung. Tak sangka ada yang berkongsi resepi di utube. Melalui perkongsian itu agak leceh terpaksa mengupas biji yang kecil itu...Boleh kot hiris begitu saja.

Eloklah  di tekala musim buahan, daripada dilupus merata, selagi boleh setiap bahagian dimanfaatkan.
 
Mujur kulit durian keras dan berduri, jika lembut, rasanya ada yang cuba memanfaatkannya juga, sebagaimana nangka dan cempedak. 

Jika buah nangka muda enak dibuat sayur,
kulit cempedak matang pula sangat enak digoreng. 

Cubalah...

Saturday, July 24, 2021

Reban Ayam Bertelur...




Dulu ayam pernah bertelur ditong yang disediakan ini, tapi entah kenapa kebelakangan ini tong tidak lagi menarik minat ayam-ayam bertelur di situ.
Mungkin panas, mungkin juga basah apabila hujan.  Lantai berjaring  reban berbumbung juga yang menjadi rebutan. 


Bumbung dipasang supaya tempias tidak mengenai sangkar. Nyamanlah kot bila bumbung telah dipasang.
Dengan penambahbaikan ini diharap ayam ayam berminat bertelur ditempat yang disediakan.


Tambahan 7 ekor ayam betina untuk telur nampaknya telah mula berhasil, 2 ekor telah mula bertelur sulung semalam, yang lain pun sedang galak bising untuk bertelur..

Keseluruhan 20 ekor ayam betina jika semuanya aktif bertelur, banyak juga dapat mengutip telur harian nanti.



Telur ayam masin pun sudah menjadi setelah direndam didalam air garam selama 20 hari..Rasanya ok setanding dengan telur itik, cuma kuning telur agak kurang menyerlah berwarna pucat berbanding telur itik yang kemerahan. Tekstur ayam juga lebih lembut berbanding itik.

Pkp.. pkp..pkp tambah lagi..

Saturday, July 3, 2021

Telur Masin Ayam Kacuk Kampung...

Sebagaimana diduga PKP dilanjutkan lagi sehingga 12hb Julai. Kes harian masih lagi tinggi melebihi 5000 jangkitan.

Jika kes harian berada dibawah 4000, baru fasa ke 2 pemulihan berkuatkuasa, untuk banyak sektor ekonomi lain dibenarkan beroperasi.

Disebalik pkp ada juga rahmatnya, jika selama ini banyak sangat kufur nikmat ketika ini berpeluang untuk kembali ke pangkal jalan. 


Pkp juga memberi peluang untuk kita mencuba sesuatu yang baru. Berkebun dalam bandar dulunya ramai yang tak ambil kesah, tapi kini ramai yang memperagakan kebun dan hasil tanaman di media sosial. Semakin bersemangat bila apa yang dibuat semacam menjadi.

Untuk penulis pula menambah induk ayam penelur, tak sangka ada pasaran untuk telur ayam kampung. Produk belum banyak tapi sudah ada yang menanya.

Kedai runcit, gerai pasar awam dan terbaru kedai jamu sentiasa terbuka untuk menerima tak kira berapa kuantiti telur yang ada.

Ada yang membeli nanti, bolehlah menampung sebahagian kos makanan ayam yang sentiasa menaik.



Kini induk telah ditambah 15 ekor lagi kepada 20 ekor. 5 ekor induk penelur sediada tidak memadai, untuk kegunaan sendiri pun belum mencukupi. 

Batch betina terdahulu mencukupi untuk kuantiti itu...Rasanya dalam sebulan dua lagi ayam dara ini sudah mulai belajar bertelur.


Sementara menunggu 15 ekor induk tambahan bertelur, belajar membuat telur ayam masin, mencari formula terbaik supaya telur masin betul-betul menjadi. Kotlah nanti telur tidak begitu laku, setidaknya telur yang banyak boleh diawetkan.



Saturday, June 26, 2021

Ternak Kelulut Dalam Taman...

Ayam sudah, ikan sudah, ada lagi spesis penternakan  yang boleh cuba diternak didalam taman perumahan iaitu lebah atau kelulut. 

Dua keperluan utama kelulut atau lebah adalah resin dan nektar...Kelulut memerlukan pokok bergetah bagi mendapatkan resin untuk penyediaan sarangnya,  manakala nektar berupa sumber makanan lebah. Keperluan ini selalunya mudah diperolehi dalam lingkungan 500m radius dlm kawasan taman perumahan lama, yang memiliki pokok buahan, sayuran, bungaan maupun bungaan liar matang. 

Jika persekitaran sesuai, berbanding penternakan lain, menternak kelulut adalah jauh lebih  mudah sebab kelulut boleh berdikari. 

Melihat perkongsian pekebun bandar luarnegara, mereka selalunya akan turut menternak lebah walaupun tinggal ditaman perumahan berkeluasan sederhana.

Berdasarkan kepada petunjuk semasa, rasanya koloni lebah/kelulut boleh diternak dikawasan rumah penulis.   Beberapa kali menemui sarang lebah di pokok-pokok sekeliling rumah.

Mungkin wujud pokok-pokok yang disukai lebah seperti pokok akasia, salam, mangga, kelapa, jambu air, limau kasturi dll.
Cuma apabila habitatnya diganggu lebah akan melarikan diri. Keadaan ini boleh dimanfaatkan dengan menyediakan habitat yang lebih kondusif untuk lebah terus betah di situ. 

Semangat membuak-buak untuk mengaplikasikan  perkongsian penternak kelulut di utube...


Sunday, June 20, 2021

Ternak Keli Dalam Longkang...

Pelebaran reban sudah. Rasanya penternakan ayam dalam taman perumahan awam dikira berjaya.




Kuota induk ayam 18 ekor khusus untuk telur pun sudah mencukupi, dijangka 3,4 bulan lagi sudah mulai memperoleh telur yang banyak. Jika terlalu bising kuantiti ayam akan dikurangkan.

Dah ada produk nanti bolehlah ringan- ringan mulut menanya orang pasar dan kedai runcit untuk buat barter trade.

Sebahagian lagi boleh guna untuk membeli makanan ayam premium untuk dicampurkan dengan makanan olahan sendiri.

Walaupun bela suka-suka, setidaknya bolehlah merasa ayam percuma kegunaan sendiri.

Untuk mencapai kitaran ideal, anak ayam baru akan dibawa masuk setelah batch sebelumnya mencapai usia lebih 40 hari, tidak mau terlalu awal membawa masuk supaya kuantiti ayam dalam sesatu masa tidak melebihi had maksima keseluruhan 40 ekor. Kebersihan dan bau segar  reban menjadi keutamaan.

Pada usia lebih 50 hari sebahagian ayam sudah boleh disembelih.


Ayam dah ok, sekarang mau menumpukan kepada ikan pula..Berbanding ayam, bela ikan jauh lebih mudah. Mahu pelbagaikan spesis selain telapia dan puyu emas.


Longkang ini boleh dimanfaatkan untuk membela ikan keli dan spesis lain yang sesuai dengannya.

Dinding longkang konkrit perlu ditinggikan untuk kedalaman ideal spesis ikan ini.

Sistem kitaran air dan pembersihan longkang boleh tiru kolam sediada, yang terbukti berkesan.

Kalau Pkp bersambung lagi dan lagi, ternak kelulut pun boleh cuba...

Pergh sudah mengalahkan duduk dikampung nih...



Wednesday, June 16, 2021

Periuk Jamu...

Banyak pokok- pokok herba yang ditanam dikeliling rumah boleh dimanfaatkan sebagai teh. Daun salam, kelor, buah dan daun mahkota dewa bahkan daun gaharu mempunyai manfaat sebagai supliment tambahan tubuh.

Cuma perlu bersederhana agar manfaat yang dicari tidak bertukar menjadi mudarat. Khabarnya herba herba ini boleh menjurus kepada ketagihan juga.


Jika sebelum ini menggunakan periuk janji boleh, kini dengan periuk kaca khas ini yang dibeli atas talian dengan harga Rm30, merebus teh/jamu akan lebih mudah...Rebus bahan dalam kuantiti banyak dan simpan didalam peti ais.


Untuk memperolehi manfaat kebaikan teh herba, ianya perlu diamalkan secara istiqamah. Sebab itu penyediaan pati teh perlu diringkaskan dengan merebus kuantiti yang banyak. Tak perlu merebus setiap kali ingin meminumnya... 

Stok pati teh boleh dicampurkan dengan air panas dan sedia untuk di minum, tambah madu sesedap rasa, gerenti terangkat untuk setiap hirupan.

Cubalah...

Friday, June 11, 2021

Sampah Bagi Yang Lain, Bernilai Bagi Yang Tahu......

Syarat utama untuk berternak walaupun skala kecil adalah minat dan gigih. Lebih- lebih lagi jika berternak di kawasan sempit dalam taman perumahan awam.

Pengurusan reban perlu betul. Perlu banyak mencuba untuk menambah baik sistem reban. Jadikan perkongsian pengalaman penternak lain sebagai panduan.

Reban kena rajin dibersihkan untuk menghindari bau dan lalat. Dulu keseluruhan lantai reban penulis di alas batu bata, alasannya untuk mudah dibersihkan, setelah dibongkar dan dibiar bertanah ternyata betul saranan penternak di utube ..Bau reban dapat dikurangkan apabila tanah mudah menyerap najis basah selain najis mudah dicerna oleh mikrob tanah.

Semburan kerap pencerna organik, mempercepatkan lagi pereputan najis untuk menghalang pelepasan bau busuk .

Selama hampir 2 tahun berternak dicelah rumah, tiada kedengaran komplen jiran-jiran, melainkan dulu bising ayam jantan berkokok. Ini mudah saja di atasi, bila ayam remaja mula belajar berkokok, memberi petunjuk minta disembelih lah tu.

Aspek pemakanan antara faktor lain yang perlu diambil perhatian jika ingin betah berternak. Kos makanan komersil sentiasa meningkat. Ayam yang dikurung berbeza dengan ayam yang di lepas bebas. Penggunaan makanan akan sentiasa meningkat apabila ayam makin membesar.
Jika bergantung seratus peratus dengan dedak komersil akan terasa beban membeli makanan ayam. Jadi alternatif makanan perlu dicari.


Mengetahui manfaat batang pisang hutan, memang tak lepas peluang bila tuan lot tanah membersih kawasannya. Umbut muda enak di gulai, yang lain dijadikan makanan ayam dan baja kompos.

Wakaf berlatarbelakangkan reban tempat penulis berhibur dimusim PKP, sambil memerhati gelagat ayam.

Gigih tak gigih, lihatlah penyediaan makanan alternatif ini. Semuanya menggunakan bahan percuma yang diperolehi dipersekitaran.

Hampas kelapa dan batang pisang, mungkin sampah bagi yang lain tapi sangat bernilai untuk yang tahu, diperam dengan pencerna organik mampu bertahan paling kurang sebulan.

Apabila peraman ini dicampurkan dengan nasi, jagung rebus, daun- daunan dan dedak komersil huh macam nak roboh reban, ayam berebut membedal ramuan.

Ayam kenyang, penternak pun girang...



Saturday, June 5, 2021

Alternatif Makanan Ayam...

Setiap kali membeli makanan ayam, sentiasa disebut makanan akan naik lagi. Beras ayam rm21 untuk 10 kilo, dah tak jauh beza dengan beras yang orang makan dalam 24-26..Jagung halus dalam Rm70+. Dedak pun dah 120 lebih untuk seguni 50 kg. Jika terlalu bergantung dengan makanan komersil, memang parah.

Alternatif mengurangkan kebergantungan 100 peratus kepada makanan komersil adalah dengan mencampurkan makanan buatan sendiri dari bahan yang boleh diperolehi dipersekitaran.


Hampas kelapa yang diperolehi dari pasar awam, diproses dan diperam dengan pencerna organik untuk meningkatkan kualiti hampas.


Yang ini memang penulis tak menyangka langsung. Batang pisang hutan dan daunnya rupanya turut disukai oleh ayam. Perkongsian penternak di Utube segera dimanfaatkan. Batang pisang, pelepah dan daun diperam dan dicampurkan dengan dedak untuk meningkatkan kualiti makanan.

Paling tak disangka umbut pisang hutan berpelepah putih turut enak dimasak gulai. Bahagian umbut muda kita manfaatkan manakala bahagian lain diberikan kepada ayam.

Setelah mencubanya rasa menyesal, banyak pokok pisang hutan yang dicantas begitu saja sebelum ini.

Gulai batang pisang sangat popular di utara tanahair.

Jom jom buat gulai batang pisang lagi..hehe

Sunday, May 30, 2021

Kucing Betina Pemburu Hebat..

Ini baru betul-betul kucing, cekap berburu. Tidak sebagaimana kucing peliharaan lain yang dah tak tau berburu sebab sudah termanja makan minum terhidang.


Harini anak burung merbuk menjadi mangsa, mujur terperasan dan sempat lagi menyelamatkan mangsa. Sebelum ini mengkarung dan tikus.

Burung akan dibela..Kotlah nanti boleh jinak, segera datang bertenggek atas bahu bila dipanggil.



Yang lecehnya mangsa buruan diangkut ke dalam rumah. Tikus dewasa yang diburu sebelum ini berlumuran darah mengotori lantai bawah meja makan. Mangsa tidak dimakan cuma dibiarkan mati begitu saja. Mujur kami perasan, jika tidak sudah pasti bangkai terbiar membusuk .

Mengkarung pun cuma dibunuh dan ditinggalkan begitu saja, sehingga kering baru perasan.

Harap-harap lepas ni Cik Tam berburu tikus dikeliling reban..

Wednesday, May 19, 2021

Dulu Gelandangan Kini Disayang..

Huhu semalaman si Abu tak dapat dikesan, tak reti mencari jalan balik setelah bersembunyi dibelukar belakang rumah. Naluri mencurigai kelibat asing masih tebal disanubari si kecik ini...




Puas si ibu mengiow memberi isyarat selamat, si kecik tetap segera menyelinap ditempat persembunyian.




Mengiow-ngiow si ibu keluar masuk rumah mencari si anak


Hah jumpa kau di salur air bumbung dapur keesokan petang harinya. Terperangkap disitu tak reti turun. Mungkin semasa mencari jalan pulang terlompat ke bumbung dapur. Belukar dibelakang rumah memang hampir sama paras dengan bumbung dapur.

Mujur bumbung boleh di akses melalui pagar tepi rumah. Setelah di umpan dengan makanan, anak perempuan berjaya membawanya turun.




Dulu gelandangan kini disayang.

Tuesday, May 11, 2021

Kucing Gelandangan...

Tak terkira dah berapa banyak kucing gelandangan atau kucing tersesat bertandang ke rumah.

Melainkan anak-anak,kami tidak begitu berminat membela kucing disebabkan trauma kucing melepaskan hajat di merata tempat..Paling trajis berak di atas katil.

Kerana itulah kami tak mau terlebih bermesra dengan kucing yang bertandang, kucing pun seolah dapat membaca kita tidak menyukai kehadirannya dan hanya melepak diluar rumah.

Yang geram tu halaman rumah menjadi tempat melepaskan hajat. Habis berbelak rumput, kekuningan mati sebab baru ditabur baja panas. Yang terlebih subur menghijau setelah beberapa minggu dibaja pun ada. Bau menyengat tak usah cerita lah..

Ini antara kucing cantik gelandangan yang bertandang ke rumah. Nampak macam bertuan dan tersesat..Baik saja perangai, apa saja diberi dimakan, tidur pun diruang kosong luar rumah...Sesekali cuba menyelinap masuk..

haippp..!! 

Dijerkah terus keluar semula..Selepas berbulan bertandang tetiba hilang tak tau ke mana..Merajuk barangkali.


Anak kucing ini berusia berusia dalam 5-6 minggu..Dah lama si ibu sembunyikan si anak. Baru seminggu dibawa keluar..Masa beranak sekitar penghujung Mac ada 3 ekor, 2 lagi umur tak panjang..
Ibu dan bapanya juga gelandangan. Dulu pantang nampak kelibat orang terus bertempiaran lari.

Sejak anak- anak berbuat baik terus melekat di rumah. Sekarang si ibu dah mengalahkan tuan rumah..Tidur terbongkang tak mengira tempat.

Si ibu hitam putih diberi nama Cik Tam.. Jantan tak bernama belang kelabu.
Dapat anak jantan kelabu seluruh badan diberi nama Abu..

Sekarang si ibu dah sibuk mengekori jantan lagi..
Itu yang tak sanggup membela kucing...huhu

Saturday, July 11, 2015

Kemalangan Maut Km 6.5 Kerinchi Link...

10 Julai 2015


Lagi kemalangan maut  melibatkan rakan motorsikal...Rakan satu grup wassap dan rakan sekonvoi ke Kemboja 2013...Dalam grup konvoi dulu ada dua orang yang mempunyai perwatakan unik sewaktu bergambar...setiap foto yang diabadikan 99.99 persen tidak akan terlepas dari menunjukkan isyarat Good dan isyarat Peace...Rakan yang meninggal  Allahyarham Mohd Nazrul bin Marof atau lebih dikenali  sebagai Tun dikalangan kami terkenal dengan isyarat peacenya. hehe. (Gambar atas kanan sekali) Rezekinya di dunia tamat pada usia 38 tahun akibat kemalangan merempuh belakang lori di Kerinchi Link awal  pagi Jumaat sewaktu menuju ketempat kerja. Semoga pemergiannya dibulan mulia Ramadhan dan dipenghulu segala hari Jumaat, beliau tergolong dalam golongan yang dirahmati. Aaminn.

Lagi kesalahan dipihak lain yang mengakibatkan penonggang motor kehilangan nyawa..Menurut saksi ditempat kejadian, pemandu lori tetiba menukar lorong dan kebetulan tempat kejadian pula berada di selekoh.. Dalam situasi itu memang tak ada apa yang mampu dibuat melainkan menekan brek sekuatnya tapi dengan keadaan yang sebegitu tiba-tiba ditambah dengan tujahan  kuasa kuda motor  Kawasaki Versys650cc amat mustahil untuk mengelak .. Pengakhirannya mangsa maut ditempat kejadian.

Banyak kes kemalangan disebabkan penukaran laluan secara tiba tiba sebegini...Kemalangan melibatkan ayah kepada rakan anak jiran juga ceritanya hampir sama saja. Cerita itu turut dimuatkan di pautan ini....,Kemalangan Maut-di-km349.1-lebuhraya-plus arah utara 2012

Berbeza dengan kenderaan ringan yang sedikit mudah meluncur  sewaktu mengubah haluan, kenderaan berat tidak begitu.. Ia ibarat tembok penghadang yang menanti untuk dirempuh apatah lagi dalam sausana jalan yang sedikit lengang...dan kenderaan dibelakang  sedang bergerak laju ...



Jika dinilai dengan lori dalam kejadian terbaru ini...ciri ciri pencahayaan langsung takada...Perlu dijadikan syarat wajib lulus Puspakom, belakang kenderaan mesti diberi pencahayaan sehingga ke bumbung kargo yang boleh dilihat dari kejauhan . Bayangkan dalam kesuraman malam atau awal pagi, kanvas lori yang berwarna kelabu seolah berpadu satu dengan persekitaran yang suram. Dengan pencahayaan yang kurang, pergerakan yang perlahan ditambah lagi secara tiba tiba mengubah haluan... mata  secerah helang pun rasanya tak mampu untuk melihat dengan jelas..Kesudahannya habislah..Bertambahlah lagi statistik kemalangan maut..

Semoga roh sahabat aku itu tenang disana.. Aminn. Alfatehah


Friday, January 2, 2015

Sumbangan Mangsa Banjir ...


30 Dec 2014



Sekarang banyak pusat pengumpulan sumbangan mangsa banjir disediakan. Peluang terbaik untuk kita menyumbang. baik dalam bentuk wang ringgit, makanan, pakaian dll. . Ambil kesempatan ini untuk mengemas dan mengosongkan almari maupun stor. Pasti banyak pakaian yang masih elok tersimpan disana., yang kekadang kita tak ingat pun pernah membeli pakaian itu.

Untiuk memuydahkan pengagihan, asingkan pakaian menurut jantina dan kategori..Dewasa, remaja ataupun kanak-kanak..


Sebagaimana mengemas stor, jika diikutkan kurang dari 30 peratus barangan akan dimanfaatkan..Selebihnya hanya terbiar begitu saja. Kebanyakan yang masih baik lagi baru, elok diberikan saja kepada yang memerlukan lebih lebih lagi dalam keadaan sekarang. Rasanya pakaian lusuh  apatah lagi yang baru sangat didambakan oleh mangsa banjir… Yang lusuh boleh dijadikan pakaian basahan untuk membersih rumah sesudah banjir. Melihat keadaan sesudah banjir rasanya berbulan pembersihan perlu dilakukan untuk  keadaan kembali normal..Jadi pakaian lusuh ini boleh dimanfaatkan untuk kerja kerja pembersihan … Jom Jom bersama mengurangkan beban…Harap-harap mangsa banjir sudi menerima..


Sunday, December 21, 2014

Suzuki Cup 2014 Final Malaysia vs Thailand..Malaysia Menang tapi Kalah..

20 Disember 2014, Sabtu

Lokasi Kompleks Sukan Bukit Jalil.

Kebetulan ke Serdang pagi itu, menyinggah ke Kompleks Sukan Bukit Jalil, bukan nak beli tiket bola tapi nak tengok karnival permotoran di sana yang diadakan di perkarangan Stadium Olahraga Bukit Jalil. Karnival tamat pada Ahad 21hb Disember 2014.  Tak sangka kehangatan perlawanan akhir bola AFF Suzuki Cup sudah menyelubungi persekitaran Kompleks Sukan, seawal jam 10 pagi...bahkan mungkin awal dari itu..Ramai peminat sudah berpusu-pusu ke stadium..


 Gerai-gerai jualan sementara yang kebanyakan menjual jersey , cenderahati , makanan dll begitu meriah mempromosi barang jualan


Dengan harga jersey serendah RM10 ,  rugi jika tidak membelinya untuk berkongsi kehangatan...Kualiti pun boleh tahanlah...




Tujuan utama menyinggah ke Kompleks Bukit Jalil adalah untuk melihat karnival ini...International Motor Fairs- IMF. Tiket tak dikenakan tapi disuruh beli air dikaunter masuk. Ermm serupa beli tiketlah... Air mineral 500ml RM2.50 disamping itu dapat tiket cabutan bertuah..

 Banyak kiosk-kiosk menjual merchandize berkaitan permotoran..Pastinya motor .., helmet.. jaket, boot dll

Pelbagai aktiviti dan pameran turut diadakan...
 Pameran motor berhias...

Jualan motor pelbagai jenama dari pengedar pelbagai syarikat...Ermm sangat berkenan dengan motor yang tengah tu Yamaha Super Tenere...Berat ok..Ketinggian ok.. Ingat minggu hadapan nak test ride.


Juga perlumbaan motor cross




Hah ...Walaupun tak tengok bola  di stadium ..Kira berbaloilah membeli dan menyarong jersi negara.. Malaysia menang 3-2  tapi tak dapat jadi juara ...Apa nak buat pusingan pertama  kalah 2-0 di tempat lawan... Kejuaraan yang seolah dalam genggaman  setelah mendahulu 3-0  dirobek dihujung perlawanan. 2 jaringan lawan  di 15 minit terakhir memusnahkan impian untuk merangkul kejuaraan..Kecundang juga dengan agregat 4-3...

No problem cuba lagi di lain temasya...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK