Wednesday, February 26, 2014

Apalah rm80 berbanding Rm 8000..!

Tarikh: 26 Hb Feb 2014.
Mileage motor  : 89700km...
Masalah: ABS tidak berfungsi

Aku perhati semakin ramai yang memiliki motor besar. Aku perhati semakin banyak syarikat yang menjual motor besar juga. . Pantai Bharu Holding, Gmart Corp sekadar menyebut beberapa nama .  Kalau dulu syarikat hanya menumpu kepada penjualan kereta kini mengembangkan sayap mengedar motorsikal juga. Masing-masing merebut peluang memenuhi citarasa orangramai yang semakin minat terhadap motorsikal berkuasa tinggi.

Seiringan dengan pertambahan bilangan motorsikal besar, aku perhati bengkel motor besar juga semakin banyak. Aku bangga kerana bengkel diusahakan oleh orang kita. Bukan setakat bengkel bahkan turut menjual motorsikal juga.

 Salah satu bengkel yang akan menjadi kunjungan aku selepas ini adalah Fazro Motorrad di Glenmarie. Terdapat juga Two Wheel Garage yang diusahakan oleh Sdr Azman Baharudin yang menawarkan khidmat servis juga pusat jualan motorsikal pelbagai jenama.. Fazro Motorrad  lebih mengkhususkan membaikpulih dan menjual motor BMW. Pemilik  Sdr Rashidi Rais @ Garry adalah bekas mekanik di Auto Bavaria Glenmarie. Aku ingin menumpang kepakaran beliau untuk menjaga motor aku selepas ini. Aku percaya dengan penyelenggaraan berkala ditangan orang yang pakar  motorsikal boleh saja bertahan lama. Sedangkan kapalterbang mampu terbang diudara walaupun berusia puluhan tahun, inikan pula kenderaan dua roda yang hanya bergerak dijalanan. Syarat..? Kenderaan mesti diselenggara oleh mereka yang arif...


 Baru baru ini ABS motor ini bermasalah. Lampu ABS sentiasa menyala. AutoBavaria sudah, Fazro pun sudah....



Walaupun sensor berserta kabel ditukar, lampu Abs tetap menyala...


Semua diagnosis terarah kepada pam ABS rosak ..!.. Kos pam dalam RM8k..! upah dan barangan lain..?

Dalam perjalanan balik didapati  lampu ABS tidak lagi menyala. Kemungkinan pam masih berfungsi cerah...! Puas menanya pengalaman rakan rakan . Aku ke bengkel di KL, mencuba sesuatu yang baru..Mana tau serasi...Diberitahu terdapat angin dalam sistem pam. Pergh  rupanya motor pun turut  bermasalah angin dalam badan. Tak sampai beberapa minit diberitahu sistem telah dibaikpulih sepenuhnya. Aku harap begitulah...Setiba dirumah sistem ABS nampaknya ok. Esok aku nak ke Sungkai, kasi test jauh sikit.. Aku harap sistem berkekalan ok...!

Tak mengapalah..Terbang RM 80. ..Apalah sangat berbanding lapan ribu...!


Monday, February 24, 2014

Kak Pah Dalam Kenangan...

24hb Febuari 2014

Tertulis sudah isteri rakan biker Sdr Rosli Kadir @ Pok Li yang selalu aku panggil Kak Pah 46 meninggal dunia  jam 8.30 pagi tadi di Prince Court Hospital Kuala Lumpur akibat sakit barah payudara yang dideritai sejak 6 tahun lalu.  Jenazah dibawa balik di kediaman beliau di Taman Dahlia Bdr Salak Tinggi jam 12 tgh hari tadi dan selesai disemadikan sesudah asar di Tanah Perkuburan Islam Bdr Baru Salak Tinggi. Semoga rohnya dirahmati dan  berbahagia di alam sana. Kami rakan bikers mengucapkan salam takziah kepada beliau, semoga tabah menghadapi dugaan ini. Yang pergi telah pergi, yang hidup perlu teruskan penghidupan.. Al Fatehah

Friday, February 21, 2014

Pulau Duyong...


Sambungan entry Semalam di KB

Isnin 15 Feb 2014

Harini terpaksa berpatah balik ke KB. Ada urusan yang tak selesai semalam. Seawal 5.30pagi aku  berada di atas motor. Memesan rakan  supaya menunggu saja di hotel. Jarak ke KB dari tempat penginapan  di Merang Trengganu dalam 140km. Pergi balik campur pusing-pusing mencari tempat yang dituju adalah kot dalam 300km lebih. Aku jangkakan dalam jam 11 akan sampai semula ke Merang.

Masjid kayu Ulul Albab Jerteh Trengganu...

Betul jangkaan lebih kurang tepat. Dalam 10.30 aku tiba semula di Merang Trengganu..Awal pagi tak boleh membesit, takut-takut ada binatang ternakan bergelimpangan tidor atas jalan raya. Setibanya di KB jalan sudah mula sesak. Itu antara faktor jangkaan kelewatan. Merehatkan diri sebentar terus sambung ke K.Trengganu. Singgah di Masjid kayu Jerteh Trengganu sebelum menuju tempat membuat kapal secara tradisional di Pulau Duyong. Lokasi tak susah..Menanya seorang dua, terus dipelawa mengekori mereka ke tempat yang dimaksudkan.





Pemilik tiada. Beliau ke luar daerah. Bersembang dengan pekerja saja. Banyak kapal nelayan atau  kapal layar telah dihasilkan disini. Tempoh penyiapan bergantung kepada saiz kapal tapi kebiasaannya dalam tempoh 6-8 bulan yang menggunakan pekerja 5-6 orang. Kebetulan terdapat sebuah kapal nelayan dalam pembinaan bernilai lebihkurang 200 ribu.




Antara kapal layar yang telah disiapkan  bernilai lebih 2 juta adalah ditempah oleh pemilik warga Jerman dan  Kraftangan Malaysia. Saiz kapal layar lebih kurang tertera digambar ini. Kami berpeluang menyelinap masuk ke dalam perut kapal layar...



Dilengkapi lebih 8 bilik tidur , tandas, ruang memasak dan makan...
 Pergh memang syok untuk berlibur dilautan sambil memancing...



Istimewanya pembuatan kapal disini  iayanya dibuat bergantung sepenuhnya kepada kemahiran tukang kapal,  berpandukan  sedikit  lakaran ..berbanding pembuatan kapal secara moden yang bergantung sepenuhnya dengan lukisan-lukisan  pembinaan..Namun produk mampu membelah samudera setanding bahkan lebih baik dari produk yang dihasilkan secara moden...Inilah kehebatan senitukang melayu sebagaimana diceritakan oleh Ar Mastor, pengkaji senibina warisan Melayu. Aku harap terdapat inisiatif dari pihak pihak berkaitan untuk mengetengahkan kehebatan senibina ini kepada orangramai.




Penyelenggaraan kapal juga dibuat disini.



Hampir waktu zuhor kami beredar. Balik ke KL melalui Lebuhraya Pantai Timur. Masuk lebuhraya. tekan gear..Pulasss. .Pergh...Berdasarkan papan tanda jarak ke KL hanya 440KM...Sekiranya menonggang secara santai sepatutnya tak sampai 3 jam boleh tiba. Berbanding sekarang lebih 5 jam..Walaupun telah beberapa kali menggunakan laluan ini, tonggangan kali ini  sangat mengujakan..Teruja..? yea kami sangat teruja..Rupanya sebahagian lagi seksyen  lebuhraya telah dibuka . Kali terakhir, lebuhraya hanya dibuka sehingga persimpangan Bukit Besi, Jabor Trengganu..tapi kali ini dua lagi persimpangan telah di buka iaitu Persimpangan Kuala Dungun dan Persimpangan Paka...Aku tak pasti bila iayanya mula dibuka kerana tidak terdapat sebarangan pengumuman berkenaan ..atau aku yang tak termaklum...?



Tonggangan santai. Hampir magrib tiba di rumah. Harini mencatatkan perjalanan lebih 800km..pergh...

Harap-harap baki seksyen lebuhraya yang belum dibuka boleh dilalui dalam tahun ini juga. Seronoklah meneroka ke Pantai Timor lagi nanti hehe...

Sekian diari perjalanan kali ini...Kembara Australia April 2014 menanti...




Tuesday, February 18, 2014

Semalam di KB...(samb)

16hb Feb 2014



Panorama dari bilik hotel tingkat 4...

Pagi ni hujan di KB setelah hampir 2 bulan bumi di sini gersang. Urusan kerja  meminta bantuan rakan disana menaiki kereta. Tapi entry ini aku tak mau cerita pasal kerja. Sesudah selesai urusan kami ke lokasi melatih beruk memetik kelapa. Sedang elok kebetulan rakan yang membawa kami di KB sangat kenal  dengan pemilik pusat latihan itu.  Pusat latihan berada di Melor Kota Bahru. Bertambah elok lokasi latihan berada  dalam perjalanan ke K. Trengganu., destinasi kami berikutnya.  Disebabkan tiada temujanji awal, jurulatih tidak dapat bersama kerana berada di luar daerah. Jika tidak dapatlah keterangan lebih lanjut dari beliau.




 Sebahagian berok yang terdapat di sini, sebahagian lagi diletakkan ditempat berasingan. Ada yang baru dihantar dan perlu diasingkan kerana masih  aggresif...




Haha beruk yang ini bernama Mamat...Motor aku juga yang dipilih hehe...Pernah beraksi dihadapan kamera Tv3 

                               
                               juga Astro Awani...


Impresi  pertama aku ketika mula tiba di sana. Sayang..! Sayang ! dan Sayang..! . ..Pusat latihan ini pernah mendapat liputan akhbar dan TV. Berok yang ada pernah beraksi di hadapan kamera. Tapi kenapa tiada tindakan susulan untuk menjadikan pusat latihan ini sebagai destinasi  pelancongan.  Pusat latihan kekal dhaif walaupun telah mengeluarkan beribu-ribu berok terlatih. Alangkah elok jika dinaik taraf tempat sebegini dan persekitaran supaya lebih menarik untuk kunjungan pengunjung. Wujudkan mini teater dilengkapi tempat duduk ala-ala stadium mini untuk pengunjung melihat aksi jurulatih dan berok beraksi.  Modul-modul latihan tambahan selain kebolehan memetik kelapa seperti  beraksi menghiburkan pengunjung boleh saja tiru dari sekolah berok di Thailand.  Gimik dan promosi berterusan diperlukan.  Bantuan pihak berkaitan amat ditagih untuk mengeksploitasi keunikan yang dimiliki.. Walaupun berbayar nanti tapi orang ramai tidak kesah sekiranya lawatan itu memberi kepuasan dan menjadi kenangan. Aktiviti sebegini akan menjana ekonomi setempat.



Keratan akhbar Ahad 16hb Feb 2014.  Aku sangat bersetuju dengan pandangan penulis ini...Pihak berkaitan perlu memainkan peranan dengan lebih aggresif lagi. 

Selesai melawat dan pekena air nira di gerai berdekatan kami sambung perjalanan ke K.Trengganu. . Kami pilih jalan pantai.  Aku sangat suka menikmati panorama sepanjang laluan ke K. Trengganu..Bersih, kemas dan cantik  ditambah keadaan permukaan jalan yang sangat baik. Tanpa sedar jarom motor mencanak melintasi 150km/jam...Pergh kena perlahankan tonggangan kerana banyak binatang ternakan juga penduduk kampong beraktiviti di kiri kanan jalan...




Malam kami menginap di  Merang Suria Resort. Caj RM138 untuk bilik standard dengan dua katil single.

Keesokan hari kami akan melawat tempat membuat kapal di Pulau Duyong. Satu lagi tempat unik yang sepatutnya diketahui ramai...




Monday, February 17, 2014

Semalam di KB...





Tarikh : 15 hb Feb 2013
Destinasi: Kota Bahru
Tujuan:  Urusan Kerja sambil melawat tempat menarik bersama seorang rakan biker juga rakanniaga Ar Mastor. Rakan yang aku sangat serasi untuk berkonvoi bersama

Bertolak 7 pagi. Tempat berkumpul R n R Rawang. Sausana sungguh meriah disini terutama hujung minggu , bertambah meriah kerana ramai tertumpu di sini disebabkan R  n R Jejantas Sg Buloh ditutup kerana kerja-kerja naik taraf . Bertemu dengan  ramai bikers yang kebetulan singgah disitu untuk bersarapan sambil menunggu rakan-rakan tiba. 


Tidak diduga bertemu dengan rakan biker hebat Cikgu Mat yang baru kembali dari berkapchai solo menjelajah  negara -negara Afrika  pada Disember 2013. Kebetulan dalam berjalanan ke KB juga tetapi ke Ipoh terlebih dahulu.


Diperkenalkan dengan En Abdullah juga (kanan sekali) seorang biker berasal dari Kuala Pilah  kini bermastautin lebih 15 tahun di Cape Town setelah berkahwin dengan melayu Afrika Selatan  dan menjalankan bisnes membekal minyak masak disana. Rakan Cikgu Mat yang dikenali melalui FB hasil carian rakan untuk penjelajahan Afrika beliau . Dirumahnya  beliau menginap sewaktu berada di Cape Town. Sedang elok, aku pun jika berkelapangan dan punyai rezeki memang  berangan untuk ke sana.. Hehe En Dollah tunggu kami yea kami nak tumpang tidor juga nanti. Leka bersembang jam 10 baru bergerak.


Singgah Petronas Simpang Pulai untuk berehat dan mengisi minyak. Melelapkan mata sebentar. Betemu dengan ramai bikers yang menuju Cameron Highland.. Hujung minggu begini ramai biker melepaskan gian bermotorsikal. Ibarat kelkatu yang mengerumuni cahaya lampu diwaktu malam sesudah hujan. Sempat bersembang dengan biker dari Naratiwat. yang kebetulan ke CH tapi bersama rombongan bas




Malang tak berbau. Rakan aku Ar Mastor tergolek sewaktu memasuki perkarangan masjid di Lojing. Hilang kawalan sewaktu memasuki selekoh berpasir. Tiada kecederaan dan kerosakan serius. Sesudah solat sambung perjalanan. Musuh utama mat motor selain pengguna kenderaan tidak bertimbangrasa  adalah keadaan jalan yang tidak diselenggara dengan baik.




Pemandangan antara Lojing dan Gua Musang. Habis gondol gunung ditarah. Kesan kebakaran itu pula tak diketahui samada disengajakan  atau terbakar. Memang disetengah tempat api masih marak. Kemungkinan terbakar pun yea disebabkan cuaca yang panas lagi kering sekarang


Singgah berehat lagi di gerai tepi jalan 30 km ke Gua Musang. Rakan aku tergolek lagi sewaktu membuat pusingan U. Pergh..! Naik motor besar  beginilah .., nampak mudah walhal susah, silap sikit tergolek. Mujur jalan lengang ketika itu..
 






Terserempak dengan gerombolan peminat kereta antik Toyota KE dan sezaman dengannya. Aku terfikir kereta buruk aku elok saja disimpan. Akan tiba juga nanti kereta itu akan menarik perhatian orang ramai. Seperti kereta antik yang ditemui itu.








Pemandangan menarik berlatarbelakangkan gunung batu kapor yang sangat banyak di Gua Musang. Alangkah bagusnya jika terdapat papan tanda gergasi tertera nama Gua Musang untuk pelancong luar mengabadikan kenangan. Kebanyakan tempat-tempat luar yang pernah kami lawati  kekadang tu tiada yang menarik tetapi gimik dan promosi menjadikannya destinasi wajib setiap kali orang luar berkunjung ke sana.






 Kordinat lokasi masjid -   5Deg 57' 36.2" N 102Deg 15' 00.7" E

Magrib tiba di Nilam puri. Singgah solat di salah satu binaan tertua yang masih wujud di Nusantara. Untung berjalan bersama pengkaji sejarah AR Mastor. Beliau merupakan arkitek yang sangat berpengalaman luas dalam senibina melayu. Masjid berusia lebih 600 tahun., masjid sezaman dengan binaan  Masjid Agong  Cerebon Yogyakarta, Indonesia, juga Masjid Demak Demak Jawa Tengah. Mengekalkan rekabentuk dan binaan asal walaupun telah dipindahkan dari lokasi asal dari muara sungai Kg Laut Tumpat . Asalnya binaan dibuat tanpa sebatang paku...!! Sayang dan  terkilan binaan bersejarah lagi hebat tidak dieksploitasi sebagai ikon pelancongan. Disebabkan kurangnya promosi, aku pasti ramai yang tidak tahu akan wujudnya binaan hebat ini.

Malam menginap di Holiday Villa Wakaf Che Yeh. Caj RM220 semalaman.

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK