click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, February 18, 2014

Semalam di KB...





Tarikh : 15 hb Feb 2013
Destinasi: Kota Bahru
Tujuan:  Urusan Kerja sambil melawat tempat menarik bersama seorang rakan biker juga rakanniaga Ar Mastor. Rakan yang aku sangat serasi untuk berkonvoi bersama

Bertolak 7 pagi. Tempat berkumpul R n R Rawang. Sausana sungguh meriah disini terutama hujung minggu , bertambah meriah kerana ramai tertumpu di sini disebabkan R  n R Jejantas Sg Buloh ditutup kerana kerja-kerja naik taraf . Bertemu dengan  ramai bikers yang kebetulan singgah disitu untuk bersarapan sambil menunggu rakan-rakan tiba. 


Tidak diduga bertemu dengan rakan biker hebat Cikgu Mat yang baru kembali dari berkapchai solo menjelajah  negara -negara Afrika  pada Disember 2013. Kebetulan dalam berjalanan ke KB juga tetapi ke Ipoh terlebih dahulu.


Diperkenalkan dengan En Abdullah juga (kanan sekali) seorang biker berasal dari Kuala Pilah  kini bermastautin lebih 15 tahun di Cape Town setelah berkahwin dengan melayu Afrika Selatan  dan menjalankan bisnes membekal minyak masak disana. Rakan Cikgu Mat yang dikenali melalui FB hasil carian rakan untuk penjelajahan Afrika beliau . Dirumahnya  beliau menginap sewaktu berada di Cape Town. Sedang elok, aku pun jika berkelapangan dan punyai rezeki memang  berangan untuk ke sana.. Hehe En Dollah tunggu kami yea kami nak tumpang tidor juga nanti. Leka bersembang jam 10 baru bergerak.


Singgah Petronas Simpang Pulai untuk berehat dan mengisi minyak. Melelapkan mata sebentar. Betemu dengan ramai bikers yang menuju Cameron Highland.. Hujung minggu begini ramai biker melepaskan gian bermotorsikal. Ibarat kelkatu yang mengerumuni cahaya lampu diwaktu malam sesudah hujan. Sempat bersembang dengan biker dari Naratiwat. yang kebetulan ke CH tapi bersama rombongan bas




Malang tak berbau. Rakan aku Ar Mastor tergolek sewaktu memasuki perkarangan masjid di Lojing. Hilang kawalan sewaktu memasuki selekoh berpasir. Tiada kecederaan dan kerosakan serius. Sesudah solat sambung perjalanan. Musuh utama mat motor selain pengguna kenderaan tidak bertimbangrasa  adalah keadaan jalan yang tidak diselenggara dengan baik.




Pemandangan antara Lojing dan Gua Musang. Habis gondol gunung ditarah. Kesan kebakaran itu pula tak diketahui samada disengajakan  atau terbakar. Memang disetengah tempat api masih marak. Kemungkinan terbakar pun yea disebabkan cuaca yang panas lagi kering sekarang


Singgah berehat lagi di gerai tepi jalan 30 km ke Gua Musang. Rakan aku tergolek lagi sewaktu membuat pusingan U. Pergh..! Naik motor besar  beginilah .., nampak mudah walhal susah, silap sikit tergolek. Mujur jalan lengang ketika itu..
 






Terserempak dengan gerombolan peminat kereta antik Toyota KE dan sezaman dengannya. Aku terfikir kereta buruk aku elok saja disimpan. Akan tiba juga nanti kereta itu akan menarik perhatian orang ramai. Seperti kereta antik yang ditemui itu.








Pemandangan menarik berlatarbelakangkan gunung batu kapor yang sangat banyak di Gua Musang. Alangkah bagusnya jika terdapat papan tanda gergasi tertera nama Gua Musang untuk pelancong luar mengabadikan kenangan. Kebanyakan tempat-tempat luar yang pernah kami lawati  kekadang tu tiada yang menarik tetapi gimik dan promosi menjadikannya destinasi wajib setiap kali orang luar berkunjung ke sana.






 Kordinat lokasi masjid -   5Deg 57' 36.2" N 102Deg 15' 00.7" E

Magrib tiba di Nilam puri. Singgah solat di salah satu binaan tertua yang masih wujud di Nusantara. Untung berjalan bersama pengkaji sejarah AR Mastor. Beliau merupakan arkitek yang sangat berpengalaman luas dalam senibina melayu. Masjid berusia lebih 600 tahun., masjid sezaman dengan binaan  Masjid Agong  Cerebon Yogyakarta, Indonesia, juga Masjid Demak Demak Jawa Tengah. Mengekalkan rekabentuk dan binaan asal walaupun telah dipindahkan dari lokasi asal dari muara sungai Kg Laut Tumpat . Asalnya binaan dibuat tanpa sebatang paku...!! Sayang dan  terkilan binaan bersejarah lagi hebat tidak dieksploitasi sebagai ikon pelancongan. Disebabkan kurangnya promosi, aku pasti ramai yang tidak tahu akan wujudnya binaan hebat ini.

Malam menginap di Holiday Villa Wakaf Che Yeh. Caj RM220 semalaman.

4 comments:

  1. Kang...nampak sedap jugak jalan ke KB tu. Mana best berbanding jalan biasa ikut K.Lipis ke Gua Musang? Dengarnya jalan baru telah dibuka berperingkat..

    ReplyDelete
  2. ABN...dua-dua laluan mempunyai keunikan tersendiri, selalunya saya lalui kesemua jalan itu untuk melengkapkan satu loop...Tapi sekarang bila LPT sebahagian besar dah buka jarang melalui k.lipis...sebab nak cepat..hehe...

    ReplyDelete
  3. motor superbike jika terjatuh, kos baiki tinggi tak??jika motor cub pun bole tahan jugak kosnya..
    cam tak apa2 kesan dari kejatuhan@ tergolek kat jalan
    As-salam

    ReplyDelete
  4. Tiada kerosakan serius Mohd, hanya engine guard bengkok, lampu signal patah dan kesan calar pada tangki selain tabung brek minyak pecah..tapi bersiap sedialah gak dalam seribu dua ribu hehe

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK