16hb Feb 2014
Panorama dari bilik hotel tingkat 4...
Pagi ni hujan di
KB setelah hampir 2 bulan bumi di sini gersang. Urusan kerja meminta bantuan rakan disana menaiki kereta.
Tapi entry ini aku tak mau cerita pasal kerja. Sesudah selesai urusan kami ke
lokasi melatih beruk memetik kelapa. Sedang elok kebetulan rakan yang membawa
kami di KB sangat kenal dengan pemilik
pusat latihan itu. Pusat latihan berada
di Melor Kota Bahru. Bertambah elok lokasi latihan berada dalam perjalanan ke K. Trengganu., destinasi
kami berikutnya. Disebabkan tiada temujanji awal, jurulatih tidak
dapat bersama kerana berada di luar daerah. Jika tidak dapatlah keterangan lebih
lanjut dari beliau.
Haha beruk yang ini bernama Mamat...Motor aku juga yang dipilih hehe...Pernah beraksi dihadapan kamera Tv3
juga Astro Awani...
Impresi pertama aku ketika mula tiba di sana. Sayang..! Sayang ! dan Sayang..! . ..Pusat latihan ini pernah
mendapat liputan akhbar dan TV. Berok yang ada pernah beraksi di hadapan kamera. Tapi kenapa tiada tindakan susulan untuk
menjadikan pusat latihan ini sebagai destinasi pelancongan. Pusat latihan kekal dhaif walaupun telah mengeluarkan beribu-ribu berok terlatih. Alangkah elok jika dinaik taraf tempat sebegini dan persekitaran
supaya lebih menarik untuk kunjungan pengunjung. Wujudkan mini teater dilengkapi tempat duduk
ala-ala stadium mini untuk pengunjung melihat aksi jurulatih dan berok
beraksi. Modul-modul latihan tambahan selain
kebolehan memetik kelapa seperti beraksi
menghiburkan pengunjung boleh saja tiru dari sekolah berok di Thailand. Gimik dan promosi berterusan diperlukan. Bantuan pihak berkaitan amat ditagih untuk mengeksploitasi keunikan yang dimiliki.. Walaupun berbayar nanti tapi orang ramai
tidak kesah sekiranya lawatan itu memberi kepuasan dan menjadi kenangan. Aktiviti
sebegini akan menjana ekonomi setempat.
Keratan akhbar Ahad 16hb Feb 2014. Aku sangat bersetuju dengan pandangan penulis ini...Pihak berkaitan perlu memainkan peranan dengan lebih aggresif lagi.
Selesai melawat
dan pekena air nira di gerai berdekatan kami sambung perjalanan ke K.Trengganu.
. Kami pilih jalan pantai. Aku sangat
suka menikmati panorama sepanjang laluan ke K. Trengganu..Bersih, kemas dan
cantik ditambah keadaan permukaan jalan
yang sangat baik. Tanpa sedar jarom motor mencanak melintasi 150km/jam...Pergh
kena perlahankan tonggangan kerana banyak binatang ternakan juga penduduk
kampong beraktiviti di kiri kanan jalan...
Malam kami
menginap di Merang Suria Resort. Caj RM138 untuk bilik standard dengan dua
katil single.
Keesokan hari
kami akan melawat tempat membuat kapal di Pulau Duyong. Satu lagi tempat unik yang sepatutnya diketahui ramai...
Beruk nie kalau dilatih, selain panjat kelapa juga boleh untuk panjat petai. Memang patut dikomersialkan pusat latihan nie..berapa kos melatih tu kang?
ReplyDeleteKos melatih hanya rm200 shj..hehe ada berok yang nak dilatih ker ABN...?
ReplyDelete