Wednesday, August 29, 2012

Hu-hu selamat tinggal Mersing...

Hampir sebulan setengah anak aku berehat di rumah setelah menjalani pembedahan membuang sebahagian usus yang rosak. Alhamdulillah secara zahir  beliau  nampaknya telah pulih, walaupun luka didalam perut tidaklah pula diketahui keadaan sebenar..Kesan luka pembedahan disebelah luar telah sembuh sepenuhnya. Temujanji dengan doktor pada 14 September 2012 nanti mungkin akan mendapat gambaran lebih jelas akan keadaan kesihatan sebenar beliau.

Anak aku nampaknya dah tak menyabar untuk mendaftar semula ke sekolah, dan aku pun sebenarnya dah tak menyabar nak menghantar dia balik semula ke sekolah. Sekarang ini dia sedang bercuti sakit lagi. Naik rimas bila anak tidak bersekolah..selimut dan bantal lebih rapat menjadi teman berbanding buku pelajaran...Selepas subuh, kalau tak dikejut alamat waktu zuhor baru nak celik mata..langsung tidak disentuh buku pelajaran...celik mata menghadap buku maya ...Facebook...ishh

Lagi tak menyabar sebab anak aku dapat pindah sekolah baru..MRSM FELDA, Trolak Perak..Jarak dengan rumah pun tak jauh dalam sejam perjalanan... Walaupun pada asalnya dimaklumkan oleh pihak MARA, MRSM berhampiran seperti MRSM Kuala Kubu, Selangor, MRSM Lenggong, MRSM Serting Negeri Sembilan, MRSM di Melaka, hatta MRSM Felda , Trolak  tiada kekosongan..pendek kata semua MRSM..tiada kekosongan! tapi aku skeptikal..mana mungkin dengan alasan kukuh yang kami ada begitu mudah permohonan kami ditolak...MARA kini mengambil pendekatan tidak melayan sebarang pertukaran sekolah sebenarnya...


Anak aku memerlukan perhatian rapi keluarga sekurang-kurangnya untuk 6 bulan pertama selepas pembedahan...makanan perlu berpantang, ubat-ubatan perlu diberi perhatian ..jika dia disekolahkan berhampiran dengan keluarga akan  lebih mudah kami melawatnya  dihujung minggu. disamping itu lebih mudah  membawa keluar untuk membuat rawatan susulan jika perlu.. Demi kebaikan pihak sekolah juga sebenarnya.



Aku mengambil inisiatif berjumpa sendiri dengan pihak sekolah, walaupun aku tahu tindakan aku itu tidak mengikut saluran yang betul...,   MRSM paling berhampiran dengan tempat aku adalah MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor dan MRSM FELDA, Trolak Perak.. Aku ingin berbicara dari hati ke hati dengan pihak sekolah tentang masalah kami..bukan saja-saja ingin bertukar sekolah. Jika bukan masalah kesihatan, aku tidak akan merayu sedemikian rupa...Aku nyatakan, anak-anak aku yang lain semuanya sekolah berjauhan...sulong di Kuantan, Pahang, kedua di Pasir Salak, Perak, ..ke empat di Besut Trengganu, dan jika sihat nescaya anak kelima ini aku biarkan saja bersekolah di Mersing Johor..Hanya anak aku ke tiga sekolah berasrama berdekatan dengan rumah.

Hasil pertemuan, sebenarnya tiada masalah untuk pihak sekolah menempatkan  pelajar yang menghadapi masalah kesihatan seperti anak aku..Mereka akan patuh dengan arahan. sekiranya pihak ibupejabat memutuskan untuk menghatar anak aku ke sekolah tersebut, Tidak timbul masalah penuh sehingga langsung tiada ruang untuk berbincang...Setelah bertemu dengan kedua-dua pihak sekolah, aku berjumpa semula dengan pegawai di ibupejabat mara tingkat 19, aku memutuskan untuk memindahkan anak aku ke MRSM, Trolak. dan Alhamdulillah permohonan aku diterima..Anak aku akan mendaftar pada Isnin, 3 September 2012 depan..

Hu-hu selamat tinggal Mersing dan tunggu kehadiran kami Tolak...









Sunday, August 26, 2012

Remaja dan Motor...

Sekarang aku dah tahu bagaimana untuk menolak minat remaja mendekati motor anda.  he he bukan menarik minat yea, kalau ramai yang terpikat  susah juga mau melayannya nanti. Kalau remaja atau orangramai dah tak berapa minat maka kuranglah perhatian dan kuranglah calar balar motor anda. Tetapi bagi mereka yang ingin menjadi glamer semasa bermotor silalah pilih kriteria dibawah semasa membeli atau menaiktaraf motor anda nanti.. ..Program Mat-mat motor bersama remaja pada 12hb Ogos 2012 di Masjid Cahaya Iman Bandar Country Homes Rawang, Selangor baru-baru ini berjaya membuktikannya...berdasarkan sambutan yang diterima kebanyakan remaja memilih kriteria berikut untuk berebut menonggang motor yang dipamerkan...hangat tak hangat sambutan adik-adik tahfiz yang berserban pun teruja menonggang motor-motor  jenis ini...


1. Berita bagus untuk mat-mat motor yang memiliki motor jenis sport atau teringin menaiktaraf ke motor jenis ini. Motor jenis sport atau naked menduduki ranking teratas. Z750, er6f mendapat perhatian hebat..Dek kerana terlebih sambutan, pemilik terpaksa melayan permintaan adik-adik sehingga berlaku kemalangan terhadap er6f kerana terempuh kereta tok imam yang kebetulan memasuki petak kereta..  Tok Imam muda ni sepatutnya meletakkan kereta jauh dari venue yang dikhaskan kepada mat-mat motor petang tu...bagi peluanglah kepada Mat-mat motor melayan adik-adik, tok imam.....Mujur tiada kecederaan, hanya pintu kereta Nissan Selphy  Tok Imam terkemek saja...
 Timbalan Nazir Masjid selaku penganjur dan pengelola majlis..Tn Dr Rahman pun berminat dengan motor ini...

2. Untuk menarik perhatian lagi sila pasang ekzos yang kuat..lagi bingit lagi remaja suka...he he...

3. Motor-motor berikut tersangat kurang sambutan ..

Kesian kepada pemilik  motor yang bertong...hu hu..Kebetulan motor-motor aku termasuk dalam kategori ini...Dahla rupa buruk... bunyi pulak seloww ...mana ada ummp pakcik..ha ha...

Terimakasih kepada geng motor yang memberi sambutan terhadap pogram diaturkan.. Walaupun puasa, sokongan kalian sangat dihargai. Sebanyak 16 biji motor pelbagai jenis turut serta dalam pogram ini ...Target asal adalah 20-30 bikers. Bulan puasa nih memang selalunya motor turut letih, seletih tuan punya...kebanyakan bikers merehatkan motor masing-masing sehinggalah selepas bulan puasa.., lagipun ramai bikers membuat persiapan raya untuk anak-anak dan isteri  dan memohon keuzuran pada tarikh tersebut........Peserta terjauh adalah Pok Li BMW RT1200 dari Salak Tinggi . Terimakasih tak terhingga kepada Abg Mat GTR1400 Tasik Puteri   kerana membawa ramai bikers..


Tak lupa kepada Brader Khir FJR1300 dari Shah Alam...Walaupun motor anda jenis bertong tapi tetap hot dikalangan remaja kerana bunyi ekzos anda POWERRR...!

 Bikers diraikan  dengan majlis berbuka puasa dan menerima cenderahati dari Timbalan Nazir Masjid..

Kepada Razali BMW GS1200 berkopiah dan berbaju putih, terimakasih kerana meluangkan waktu walaupun bapa anda baru saja keluar dari IJN...Jangan bersedih kerana motor anda kurang hot dikalangan remaja...ha ha..



Kepada bikers  lain walaupun nama tak tersebut tapi nama anda tersemat dihati...

Terimakasih sekali lagi...

Saturday, August 25, 2012

Ziarah Raya...

"Asalamualaikum..asalamualaikum...!..Ciik...kami datang nak beraya..."..!.

Ucapan salam sebegini akan kerap berkumandang di hadapan pagar rumah anda, mungkin untuk 1-2 minggu lagi...3-4 orang anak anak kecil minta izin untuk beraya...Beraya sambil mengharapkan duit raya sebenarnya...Orang nak beraya takkan ditolak..lagipun tetamu datang  membawa rahmat...Bila dah didalam suka aku korek rahsia bebudak ini..duduk mana..? makayah kerja dimana...dah beraya rumah keberapa bla..bla..dan tak lupa aku tanya..rajin solat tak...? dan sedihnya jawapan yang diterima hampir sama...kadang-kadang ...solat subuh apatah lagi..., dan secara jujur  ada yang menjawab, mak ayah pun ada yang tak solat...

Bila fikir-fikir apa bezanya kita dengan orang bukan islam, kalau solat sebagai tiang agama pun langsung kita tak ambil peduli. Kalau beginilah senarionya tak hairanlah gejala sosial dikalangan orang islam semakin membarah...kecurian, ragut, rogol, buang anak bunuh diri dsb semakin membimbangkan. Solat sebagai benteng utama telah dirobohkan. Budak budak kecil meniru apa yang digambarkan oleh makayah mereka. Kalau makayah selewat jam 7 pagi masih berselubung dalam selimut, jangan harap anak anak kecil akan bangun lebih awal dari itu...

Aku bimbang sebenarnya..sebagai ayah kepada anak-anak yang sedang membesar apalah sangat yang boleh kami buat...dihadapan mata bolehlah membebel, tetapi bila berjauhan, pergaulan dan persekitaran sangat membentuk peribadi anak-anak...dan sungguh malang  persekitaran sekarang dikelilingi dengan remaja-remaja yang kurang menitikberatkan solat...seteguh mana iman seseorang akan terhakis jua sekiranya sentiasa dikelilingi oleh anasir-anasir negatif ...


" Oklah pakcik kami nak balik...kami nak taubat...".. Pergh...bebudak nih ! entah faham entah tidak apa yang diucapkan...


Jomlah mak ayah. Kita  mainkan peranan masing-masing . Insyaallah masyarakat dan persekitaran kita akan menjadi lebih selamat..Amin...

Thursday, August 23, 2012

Selamat kembali ke Ibukota...

Jalanraya tidaklah sesak tapi banyak dengan kenderaan..Pantang ada halangan, keadaan aman segera berubah menjadi kesesakan yang teruk. Dalam keadaan begini belang sebenar pemandu terserlah..Penyakit kronik paling ketara yang aku tengok adalah memotong Q ikut lorong kecemasan. Dari sekecil-kecil kancil sehingga sebesar-besar lori/bas semua tak terkecuali...dari nilai harga kenderaan ribuan ringgit hingga ratus ribuan  ringgit mereka mempunyai perwatakan yang sama..Pentingkan diri sendiri...!

Nampaknya puasa sebulan  masih belum mampu mengubah perangai lama kita...Ingatkan dah sebulan berpuasa disianghari dan berterawih pula dimalam hari dapat mengubah kita menjadi insan yang  lebih baik..rupanya belum lagi..Tak taulah mengapa hati kita begitu keras untuk berubah...moga tak begitula yea..

Jalanraya turut dikongsi dengan pengguna yang lain. Sepanjang perjalanan kami dan anda juga barangkali pasti tidak terlepas pandang akan kelibat pengguna-pengguna jalanraya yang lain.. sebahagiannya menemui ajal di atas atau di tepi-tepi jalan..Bangkai anjing, kucing, ayam, monyet, babi, kucing hutan dsb turut mewarnai pinggir-pinggir jalan..dan seekor ayam betina menjadi mangsa gelesen kereta aku lebaran kali ini...hu hu..

Kepada perantau, selamat kembali ke ibukota...Besabar dan selamat sampai ke distinasi..Semoga hari ini lebih baik dari semalam..Amin..

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hariraya...

Hampir seminggu aku tak menjengah blog ini. Mempunyai urusan dikampung. Entah kebetulan atau suratan sewaktu aku bermalam dikampung, abang aku mengalami komplikasi kekurangan gula dalam badan yang  kronik. Aku tak dapat bayangkan apa akan terjadi sekiranya aku tiada di rumah ketika itu. Abang aku yang menghidap diabetis, tinggal bersama  ibu dan ayah yang telah berumur. 2 hari berulang alik ke hospital menguruskan beliau dihospital.

Balik ke KL, terima berita pula sahabat motor aku  kembali ke rahmatullah pada Rabu 15 Ogos 2012 akibat barah hati. Jenazah telah dikebumikan pada hari yang sama selepas solat isya di Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes. Rawang..Ahad sebelum itu sempat kami menziarahi beliau di Sime Darby Medical Centre Subang Jaya.  Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang beriman.

Korang bayangkan bulan-bulan kebelakangan ini hospital menjadi tempat aku berulang alik. Menguruskan  anak, abang dan menziarahi teman yang terlantar dihospital betul-betul menginsafkan aku...Bila berada dihospital, dapatlah melihat ragam pesakit tak kira tua atau muda ..juga dapat melihat insan-insan ceria menerima kehadiran orang baru... dalam masa sama berkesempatan juga  melihat  waris-waris meratap hiba bila insan tersayang pergi untuk selamanya...

Beginilah kehidupan.. Insan datang dan pergi..Aku teringat dimusim-musim perayaan sebegini. Di waktu petang setelah ayam memasuki reban segera kami mengunci pintu reban supaya senang kami menangkap ayam untuk disembelih..Kadangkala ayam yang ingin disembelih berjaya melepaskan diri..Sememangnya telah dihajatkan ayam akan disembelih maka kami adik beradik akan mengejar ayam tersebut ..kejar dan kejar..berapa lama ayam tersebut mampu bertahan yang akhirnya kepenatan dan  berjaya ditangkap...Maka tamatlah riwayat ayam tersebut..Begitu juga  dengan hidup kita manusia...Bila telah tiba waktu tersebut malaikat Izrael tetap akan menghambat dan menyabut nyawa  samada bersedia atau tidak...tidak akan tertangguh walau sesaat...Penyakit-penyakit yang menimpa hanyalah assebab, padahal itu semua peringatan kepada kita..hidup ini hanya sementara...Semua orang pasti akan menjejaki insan-insan yang telah kembali ke alam satu lagi...

Oklah geng, tak terlalu awal rasanya untuk mengucapkan Selamat Hariraya Aidilfitri. Maaf zahir Batin..mana tau sepanjang aku menulis ada tulisan yang menyinggung perasaan anda sekalian. Ramai yang telah mula bercuti dan meninggalkan kota menuju ke desa.

Mulakan dengan Bismillah..semoga selamat perjalanan.


Friday, August 10, 2012

Raya dan Mercun...

Samada aku yang tak tengok berita atau memang kes kecederaan dek kerana mercun  kurang tahun ini, aku tak pasti...atau hebahan kecederaan kurang..pun mungkin. Barangkali juga sebab raya masih lama lagi, ..? Di taman aku, di akhir-akhir Ramadhan ni dentuman bunyi mercun ada juga didengari, tapi tak sebingit tahun-tahun sudah. Tak taulah di tempat- tempat lain..Sementara kes kecederaan masih sedikit dan tak serius elok saja pihak TV berlumba-lumba tayangkan peristiwa lampau untuk tatapan orangramai...biar orangramai gerun dengan implikasi bermain mercun nih...kudung tangan..mata buta,,putus jari...barulah datang kesedaran. Tayangkan semula kejadian yang baru terjadi dengan kecederaan parah,..baru menyentap perasaan...Kalau ditunjukkan mangsa yang  telah siap dirawat atau telah sembuh erm tak memberi kesan kepada jaguh-jaguh mercun...

Heran sungguh manusia nih, lagi dilarang lagi tu lah nak dilawan.....tak kira  melayu, cina india atau lain-lain pantang hariraya,  ruang udara pasti bingit dengan bunyi mercun ..hangin betul...Masa raya cina sebelum-sebelum nih aku pernah adukan kepada pihak polis , tapi macam takda beza...yang bermain lebih ramai dari yang mencegah..masa polis peronda lalu senyaplah sekejap tak lama lepas tu berdentum lagii....Lebih sakit hati mereka bermain mercun berangkai..bunyi gegak gempita ...Degil betul hantu yang nak dihalau...!

Kenapa erk, mercun diharamkan di negara ini tapi bekalan sangat mudah diperolehi...di bazar Ramadhan selamba saja mereka berjual mercun dan bunga api. Walaupun bunga api dikatakan tidak merbahaya, tapi kalau jatuh ke tangan bebudak yang terlebih kreatif, boleh jadi bom bunga api tu...kebanyakan punca kemalangan bermula dari sinilah...mau lagi power, diadun dengan pelbagai ramuan belerang...meletup kalu, baru tunjuk muka sedih dan beri nasihat jangan tiru macam dia..piiraah..! Kalau dah parah tercedera baru nak menyesal, apa barang..! Skrip sama diulang-ulang untuk tahun berikutnya...

Kepada mak bapak jom pastikan anak kita tidak terjebak dengan permainan tidak berfaedah ini...Duit yang nak dibazirkan tu lebih baik dihulurkan ke mangsa  pelarian Rohingya Burma...jauh lebih berfaedah..!

Thursday, August 9, 2012

Jom Meriahkan Akhir Ramadhan...

Ramadhan menghampiri penghujungnya. Alhamdulillah kehadiran jemaah di masjid taman aku untuk berterawih nampaknya walaupun berkurangan tapi masih lagi 3/4 penuh berbanding di awal Ramadhan. Tazkirah yang disampaikan saban malam barangkali meninggalkan kesan dihati sanubari pendengar. Namun alangkah bagus sekiranya kesedaran ini turut diterjemahkan untuk solat 5 waktu bukan saja di bulan Ramadhan bahkan terbawa-bawa sehingga di luar Ramadhan nanti. Kalaupun tidak dapat berjemaah di masjid kariah masing-masing kerana berada di tempat kerja, elok saja berkunjung ke masjid-masjid berdekatan tempat kerja. Nabi sudah menjanjikan golongan pemuda/orangramai yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid-masjid akan terlepas dari kepayahan maha dahsyat di Mahsyar nanti.

Dan lagi aku terbaca solat berjemaah amat baik untuk kesihatan..Wow..! Mengapa dan bagaimana, artikel berikut mungkin membantu..Klik Sini

Sempena di penghujung Ramadhan ini elok rasanya kita mengambil kesempatan mencari redha Allah dengan menghidupkan malam-malam terakhir dengan perbanyakkan solat malam-solat tahajud, solat taubat, solat hajat, berzikir dsb..Buatlah solat yang ringkas tapi istiqamah adalah lebih baik dari berhangat-hangat taik ayam..Boleh kot kita bertekad mengorbankan sedikit tidur malam untuk mendapat redha Illahi. Aku ingatkan untuk diri aku juga. Dulu kalau bola Euro2012 atau sekarang Olimpik2012 kita boleh bersengkang mata, kenapa  tidak di malam sepuluh akhir Ramadhan ini. Banyak pihak masjid-masjid kini  menganjurkan qiyamulail. Elok rasanya kita turut serta.. Mana tau dipertemukan dengan Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari seribuu bulan

Ya Allah berilah kami kekuatan untuk mencari redhaMu...Amin..

Friday, August 3, 2012

Remaja dan Motor...

"Pihak masjid mintak tolong aku kumpulkan rakan yang memiliki motor besor...12hb Ogos 2012 Ahad depan mohon rakan-rakan free kan diri bersama motor masing-masing..ada sedikit pogram bermotor bersama remaja di Masjid Country Homes Rawang bermula 4ptg sehingga iftar...Antara aturacara , Taklimat keselamatan semasa bermotor dikalangan remaja dan orang ramai dan kemuncak membawa pembonceng yang berminat merasai pengalaman menonggang motor besar berserta sedikit fees. Semua kutipan akan disalurkan ke tabung masjid untuk pogram remaja seterusnya. Pusing-pusing tempat parking jer.. Juadah berbuka disediakan..Kalau dapat 20 biji motor pelbagai jenis sudah cukup bagus..motor tong, superbike, DP, kangkang..retro/klasik supaya dapat memenuhi citarasa penonggang yang berbeza...mohon hadir yea.."


Mesej yang aku postkan di FB aku...moga mendapat respond baik dari rakan-rakan motor lain...


Motor kangkang menjadi pilihan adik ini...

He he..teringin jugak aku tengok motor mana yang akan mendapat pilihan pengunjung. Aku nak mintak pihak masjid menyediakan resit bayaran supaya senang  mengenal pasti motor jenis mana yang menjadi pilihan popular pengunjung. Jadi kepada sesiapa yang baru berjinak-jinak dengan alam permotoran bolehlah menggunapakai trend ini  semasa ingin menyambar motor baru nanti. Kekadang pilihan mat-mat motor  ni kan pelik, ramai yang membeli terarah kepada trend semasa...bukannya kepada keperluan/citarasa individu itu sendiri. Ada ketika motor sport jadi pilihan...sekarang ni aku nampak motor retro pulak mendapat tempat .. begitu juga dengan jenama motor... MotoGP turut mencorakkan trend pembeli... dulu semasa Rossi sedang top dengan motor Yamaha, berduyun-duyun orang cari Yamaha...Tahun berikutnya Honda pulak mengambil tempat.. sekarang ni Lorenzo sedang mendahulu carta perlumbaan , mencanak semula jenama Yamaha dipasaran...sikit hari lagi kalau Zulfahmi naik podium, aku percaya KTM pulak mendapat tempat dihati pengguna...

Jom-jom meriahkan sausana Remaja dan Motor  di taman aku...

Nasib si kereta tua...





Teruk penyakit kereta aku nih..Hampir 3 bulan tersadai  di bengkel...Mula masuk awal Mei..sekarang awal Ogos.., nampak macam boleh bawa keluar minggu ni, bila nak keluar terpaksa tangguh lagi kerana ada perlu  dikemaskan lagi...Kebocoran pada radiator pulak..Minggu lepas 2 valve patah semasa sedang diuji selepas enjin berjaya di overhaul sepenuhnya..Huh...rasa macam nak terus tinggalkan saja dekat bengkel ...






CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK