Tuesday, September 17, 2013

Lambaian Kaabah...

Ada yang marah-marah. Siap tulis disuratkhabar atau laman sosial mempertikaikan orang menunaikan haji  lebih dari sekali. Cuma kita nak bertanya, sudahkah orang yang mempersoalkan ini telah mendaftar haji ?  Jika sudah bila mereka mendaftar.? Ada yang baru setahun dua mendaftar sudah bising-bising.. Sesetengah tu mendaftar pun tidak..Kebelakangan ini saja ramai yang mendaftar dan kecoh bila nama tidak terpanggil. sedangkan dahulu tiada siapa kesah mahu mendaftar. Faham dengan situasi yang timbul, pihak tabung haji telah membuat peraturan baru..Perlu menunggu 5 tahun sesudah haji terdahulu sebelum boleh mendaftar untuk menunaikan haji berikutnya...

Aku sebenarnya dilema...rasa bersalah pun ada tapi nak buat macamana..tawaran dah datang..nak tolak terasa sayang...agak-agak kalau korang berada dalam situasi kami, nak buat macamana..? hehe aku garenti korang pun akan sambar. Dulu dapat tawaran pertama dikala usia pertengahan 30an, teringin merasai haji tetekala usia melewati 40an. Berbeza kot pengalaman haji orang muda dan orang agak berusia..sekembali dari haji 2004 terus kami mendaftar lagi.  Setelah sembilan tahun, tawaran datang lagi . Kira peluang baiklah...Ketentuan pulak abang  aku dan ibu saudara  isteri  meninggal dunia baru-baru ini...sedang eloklah kami membuat haji badal untuk mereka...

Kepada rakan taulan yang belum mendaftar haji silalah berbuat demikian...apa nak tunggu lagi, lagi lambat mendaftar lagi lambat tiba giliran. Dikala haji pertama dulu aku menyaksikan sendiri bagaimana jemaah haji mati dirempuh ketika melontar jamrah. Sedangkan yang muda tidak terkecuali dengan pelbagai masalah inikan pula yang berusia. Jangan sebut tidak mampu ok...kereta, phone mahal, astro, rokok malah serba serbi mahal yang tak berfaedah boleh beli, takkan haji yang diwajibkan seumur hidup sekali, kita memberi pelbagai alasan.


Kepada para sahabat dan kenalan  Kami mohon ampun dan maaf. Mohon kehalalan dunia dan akhirat. Ahad 22hb September 2013, kami akan ke Tanah Suci. Kembali 14 November 2013. Selama 53hari.. Moga dipermudahkan segala urusan haji kami Amin..






Friday, September 13, 2013

Bergolak itu baik...?

Setiap kali gunung berapi dasar laut meletus biasanya akan membentuk pulau atau anak-anak pulau baru. Nak tunjukkan bahwa pembentukan sesuatu yang baru kekadang terpaksa melalui detik yang dramatik.Sama juga dengan sesebuah organisasi, pergolakan yang tercetus kekadang mendatangkan kebaikan kerana dari situlah akan terbentuknya entiti yang baru. Serpihan-serpihan ini yang akan membesar atau sebahagiannya mungkin terus menguncup..Proses ini akan berulang. Inilah kot yang dikatakan evolusi.

Sebab itu bila menerima jawapan daripada kenalan lama bagaimana tercetusnya idea penubuhan syarikat membuat pelbagai  makanan lauk pauk segera, aku katakan padanya beliau harus berterimakasih kepada majikan terdahulu. Setidak-tidaknya beliau kini mengusahakan, memantau dan menguasai sepenuhnya syarikat yang ditubuhkan hasil perselisihan faham dengan majikan terdahulu. Jika tiada pergolakan, aku percaya semua orang akan selesa dengan apa yang ada dan takut untuk meneroka sesuatu yang baru.

Entiti serpihan  sepatutnya  lebih terurus dan lebih berdaya maju kerana  pengalaman serta penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan  entiti terdahulu. Jangan pulak kelemahan sama diulang.

Kepada kenalan lama aku itu  selamat maju jaya.



 

Thursday, September 12, 2013

Taklimat Pelajar Mesir...Putrajaya

12 September 2013
Kementerian Penggajian Tinggi Putrajaya

Pergh...sungguh ramai pengunjung yang hadir...pihak penganjur terpaksa mengadakan taklimat kepada beberapa sessi...Dewan hanya mampu memuatkan sebahagian pengunjung yang datang dari seluruh pelusuk negara untuk mendengar sendiri penjelasan pihak berkaitan mengenai nasib pelajar yang sedang menuntut di Mesir. Sessi soal jawab sesekali beremosi  menghangatkan lagi dewan yang penuh sesak dan panas.

Diluar dewan kiosk-kiosk IPTS turut disediakan  memberi penerangan pogram pembelajaran di tanah air sekiranya pelajar berhasrat membatalkan pengajian di Mesir. Ibubapa dalam dilema, pelajar dalam dilema...nak sambung dalam tanah air bukan tak boleh, tapi bagaimana dengan kos pengajian terutama yang membiayai sendiri penggajian atau membuat pinjaman.. Kos di sini bukan murah ...bukan itu saja, dengan jumlah pelajar di Mesir mencecah 11000 orang adakah institusi tempatan mampu menempatkan semua pelajar ini.



Masalah besar lagi, sekiranya sambung belajar disini pelajar bukan saja terpaksa menyesuaikan diri dengan silibus universiti tempatan, terpaksa juga menyesuaikan diri dengan sausana baru. Pelajar tahun-tahun awal penggajian mungkin kurang bermasalah tapi sangat bermasalah untuk pelajar di akhir-akhir tahun penggajian.. Sebagai contoh, di Mesir pelajar perubatan boleh terus masuk tahun 1 menggunakan keputusan SPM berbanding Asasi sains/ matrikulasi/ tingkatan 6 di Malaysia. Namun tempoh  pengajian perubatan di Mesir adalah 6 tahun berbanding 5 tahun di Malaysia.. Disebabkan silibus yang berbeza, pelajar luar terpaksa disetarakan untuk memenuhi silibus di sini. Tahun 6 perubatan  di Mesir mungkin terpaksa mengikuti pengajian tahun 4 disini bergantung dengan silibus yang digunapakai di universiti masing-masing.

Argh rugi-rugi..anak aku akan memasuki tahun 5 perubatan Universiti Alexandria, kalau pihak penaja memutuskan untuk menyambung pengajian disini  silap-silap kena mengikuti pengajian  tahun 3 disini. Jika terus belajar di Mesir hanya tinggal 4 semester untuk tamat  berbanding  mungkin 5 atau 6 semester lagi disini. Lambat lagilah nak grad.

                                   
Berbanding pelajar tajaan,. pelajar persendirian/pinjaman institusi bank dsb ditahun-tahun akhir boleh saja mengambil risiko meneruskan penggajian  disana untuk menjimatkan masa.. Pelajar tajaan jika ingin juga meneruskan penggajian terpaksa mengeluarkan duit sendiri kerana buat ketika ini pihak penaja memberhentikan sertamerta kos saraan tajaan . Dalam waktu yang singkat ini  kat mana nak cekau duit beb..huhu...

 
Inilah nikmat aman yang selalu orang terlepas pandang . Betapa ruginya negara yang bergolak. Ditarik  nikmat aman serba serbi jadi kucar kacir..Bersyukurlah Malaysia masih aman...




Tuesday, September 10, 2013

Jangan tunggu lama-lama...!

Tin..tin..diam sekejap..tin..tin..bunyi lagi...senyap lagi..bunyi lagi ..Siapalah pulak pagi-pagi buta main hon...? Kalau matahari dah menegak mungkin bunyi hon posmen atau kauriermen tapi jam belum pun  7 pagi..terpaksalah keluar menjenguk ..owhh vanmen ambik anak sekolah rumah jiran sebelah rupanya..hehe..Sejak anak-anak jarang tinggal bersama,  lama tak membangunkan anak-anak ke sekolah, itu yang rasa pelik semacam bila dengar bunyi hon bertalu-talu diawal pagi...

Ramai kekawan sebaya yang masih mengelek anak kecil, tapi kami dah macam atuk-atuk...tinggal jer berdua dirumah bila-anak-anak membesar dan membawa diri masing-masing samada di U, kolej atau asrama...Rasa rugi pulak cuma punya anak lima. Dah tak gaduh  hantar anak ke tuisyen untuk ambik UPSR...Dah tak risau  ada anak kecil yang  ditinggalkan bila nak makan angin. Untung  dulu kawin dan beranak awal. Ramai yang kawin lewat mungkin jodoh belum sampai.  Ramai jugak yang kawin awal tapi lambat dapat anak bergantung kepada rezeki masing-masing..Tapi ramai jugak yang kawin awal tapi tak nak  anak dengan alasan nak enjoy dulu...ishh golongan macam ini aku rasa rugi serugi-ruginya...

Kita nak takut apa..selagi badan sihat, rajin berikhtiar inshaAllah adalah rezeki untuk keluarga. Kepada yang sibuk bercouple tu apa tunggu lagi..nikahlah segera...!


Sunday, September 8, 2013

Ingat orang lain pun tak lingkup...?

Kita lahir di bumi yang sama, kekadang tinggal di daerah yang sama, belajar sama sekolah dan kekadang  dikelas yang sama...bermakna semua berpotensi untuk maju...maju bukan milik bangsa tertentu ..namun jika kita perhati  hampir semua premis perniagaan milik bangsa asing. Bila siasat  latar belakang, ramai pengusaha   yang berusia muda., walaupun kekadang kedai tu hanya premis yang disewa. Ini yang kekadang aku musykil. Kat mana silapnya..Kita asyik mengeluh tidak mampu memiliki premis yang berharga ratusan ribu apatah lagi jutaan ringgit.., juga sering beralasan tiada modal untuk berniaga.

Adakah bangsa lain tidak pernah gagal..? Adakah lahir saja tetiba kaya. Memang ada tapi tak semuanya begitu...Atau adakah bangsa kita tidak pandai berniaga..? Minggu-minggu kebelakangan ini aku berpeluang bersembang dengan rakan-rakan yang terlibat dengan bisnes...disamping itu turut mendengar kejayaan sesorang yang diceritakan melalui mulut ke mulut..Seronok mendengar pengalaman masing-masing dan  sangat teruja untuk mencontohi mereka . Konklusi aku adalah untuk maju kita perlu ada sikap berani...berani untuk mencuba..berani untuk meneroka, berani untuk berbeza ...berani untuk gagal. .pendek kata kena BERANI...!

Bangsa kita  boleh maju..! Semalam petang berkesempatan bersembang dengan rakan yang lama terpisah. Seorang veterinar yang kini memiliki 6 cawangan Klinik dan Pet Shop ..Mampu saja membeli premis perniagaan bernilai hampir 3 juta. Sebelum itu sebelah pagi diceritakan perihal seorang saudagar emas yang membeli rumah bernilai lebih 10 juta. Minggu lepas diceritakan perihal seorang anak muda  yang berbisness mengimport  turbin  membeli supercar Ferrari jutaan ringgit. Sejauh mana sahihnya nilai itu belakang kira, yang pastinya transaksi jutaan itu memang berlaku.. Sementara itu aku juga diceritakan oleh bekas pekerja perihal tauke muda bangsa asing yang lingkup dalam bisnes aksesori kereta. walaupun telah berniaga hampir sepuluh tahun. Meninggalkan hutang bank, gaji pekerja, hutang along, hutang pembekal ..Jadi tiada istilah kejayaan atau kegagalan hanya milik bangsa tertentu.

Aku juga pelajari, selain berani, perlu juga ada sikap daya tahan.  Kekadang awal-awal  membuka bisnes, duit akan lebur begitu saja. Kena ada pelan kontingensi.  Kalau orang lain boleh pergi jauh kenapa tidak kita...? Usahawan dikalangan kita masih terlalu sedikit. Kesilapan /kegagalan dikalangan usahawan kita mudah terserlah serta memahatkan prasangka buruk dikalangan orangramai berbanding kegagalan di pihak bangsa lain. Bilangan mereka yang ramai terlibat dalam bisness  mampu menutup taik-taik yang ditinggalkan  oleh peniaga  mereka yang lingkup. 

Kalau orang boleh, kita juga boleh ..Jom kita berubah..!






CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK