Monday, June 17, 2019

Jakarta Bandung 2019-D4


Trip Jakarta -Bandung kini sedikit mudah..Hiway telah siap. Jika dulu pemanduan mengambil masa lebih 6jam, kini hanya 3jam. Maghrib tiba  di Bandong terus menuju Restoran Belacan..Dekorasi dalaman yang sangat menarik.




Sambil menjamu selera, mendengar lagu-lagu live band.



Hidangan etnik Jawa. Pakej hidangan sebegini untuk 4 orang berharga Rp350 ribu. Oklah sangat berbaloi sesuai dengan sausana restoran..

Sesudah makan meronda Jalan Asia Afrika. Gimik pocong berkeliaran diwaktu malam boleh didapati di sini.





Gimik yang sangat menarik. Artis jalanan mencari duit sampingan melalui cara yang kreatif. Pengunjung boleh memberi tip untuk artis-artis jalanan ini..

Keesokan siangnya sementara menunggu ibu-ibu berbelanja, penulis meronda sekitar Pasar Baru. Bandar Bandong secara umumnya terdapat peningkatan ketara dari sudut kebersihan..Cuaca pula agak nyaman sesuai dengan kedudukan geografi Bandong ditanah tinggi.



Masjid cina muslim Bandong..



Kompleks membeli belah Pasar Baru luas 8 tingkat..Tak dayalah mencuci mata..Penat menanti kaum ibu berbelanja penulis berurut badan. Khidmat urut satu badan Rp 100 ribu.


Rupanya masjid di atas bumbung adalah perkara biasa di Indonesia...



Pemandangan Gunung Tangkuban Perahu dapat dilihat dari bumbung kompleks beli belah Pasar Baru. Tangkuban Perahu ini bermaksud Perahu Terbalik...atau perahu yg tertangkub...Memang jika diperhati dari kejauhan bentuk gunung itu separti perahu yg tertangkub/terbalik. Untuk berkunjung ke puncak peranginan gunung ini dikenakan bayaran Rp 200ribu seorang.

Malamnya kami beredar ke Jakarta. Esok  Selasa penerbangan kembali ke Malaysia jam 9.30 pg..

Maka tamat 5H4M Jakarta Bandung...

Next teringin melawat Manila. 

Sunday, June 16, 2019

JAKARTA BANDONG 2019-D3

11pagi bertolak menghadiri majlis perkahwinan di Kelab Kelapa Gading.

 Sementara itu 8pagi bekunjung ke Ancol, teruja mengetahui kenapa Ancol tersenarai destinasi liburan wajib no 1 jika  ke Jakarta.

Berseorangan, maka Ojek menjadi pilihan. Cepat dan murah.



Sutrisno dari Cerebon menemani lawatan ke Ancol.


Motor sangat banyak seperti ulat taik di Indonesia. Sebab itu hiway di sini melarang samasekali kemasukan motor kerana bakal  menghalang kelancaran trafik.
Semua pusat tumpuan  awam Indonesia dkenakan caj masuk. Kawasan pantai, air terjun, gunung, tasik dll janji kawasan tumpuan akan dikenakan caj masuk. Caj ke Ancol ini  kami dikenakan Rp30 ribu seorang dan 5ribu untuk motor.


Berlatarbelakangkan bot-bot kecil untuk ke Pulau Seribu, lagi destinasi liburan wajib Jakarta.













Pengunjung luar daerah berkelah bahkan bermalam diruangan terbuka



Dengan penduduk Indonesia yang begitu ramai industri pelancongan mereka kekal pesat tanpa mengharapkan kunjungan orang luar...Kawasan tumpuan penuh sesak dengan pengunjung luar daerah Jakarta.

Menurut pandangan penulis, Ancol ini biasa-biasa saja..

Saat ditunggu tunggu jam 11 tiba. Majlis perkahwinan rakan anak, menemukan dua budaya negara berjiran Malaysia Indonesia.



Majlis di Kelab Kelapa Gading, Jakarta. Tetamu mendaftar diri di pintu masuk...Adat menyumbang wang terus dimasukkan ke dalam tong menggantikan salam kaut dengan tuan majlis.





Sepanjang majlis berlangsung mak ayah dan kedua mempelai berada di pelaminan untuk bersalaman dengan para tetamu



Kami mengambil kesempatan untuk bergambar dengan mempelai dan mak ayah. Kami berjiran daerah di Malaysia rupanya ...







Beza ketara majlis disini adalah tiada kerusi meja disediakan untuk tetamu kecuali keluarga terdekat dan tetamu kehormat. Makan minum secara berdiri atau carilah mana mana bangku yang ada. Stesen-stesen makanan disediakan serupa seperti ditanah air..Hidangan pastinya aneka juadah etnik Indonesia. Nasi kemangin, Soto Betawi, soto bandung, Bakso garing, soto cha go meh, sate, kambing guling, mee kangkong sekadar menamakan beberapa menu...

Pastinya jempol pak..

Sesudah majlis kami terus ke Bandong...




Saturday, June 15, 2019

JAKARTA BANDUNG 2019-D2



Benar kata orang jangan mudah terpedaya dengan cinta pandang pertama...Hari ke 2 mula menyerlahkan wajah-wajah asal Jakarta..Jika sebelum ini sungai kelihatan bersih, hari ke2 disajikan dengan sungai air hitam berbau hanyir betul-betul dihadapan hotel penginapan...Yea transformasi kearah kebaikan memerlukan masa...

Terlalu sukar dan mahal untuk menaik taraf kebobrokan yang telah berabad lama menghiasi Jakarta. Mungkin sebab inilah kerajaan Indonesia memilih untuk memindahkan ibukota Indonesia ke kawasan baru khabarnya di Kalimantan...Tempat baru yang mudah dirancang untuk mengetengahkan imej baru Indonesia.

Hari ke2 Jakarta, melawat Tanah Abang pusat beli belah borong ala Kenanga Wholesale  San Peng KL atau GM Klang...


Kedudukan tidak jauh dari pusat bandar..Hari Sabtu keadaan trafik lancar.


Pusat Grosir Tanah Abang..


Sesuai dengan keluasan pusat beli belah, kawasan parkir ditandai dengan simbol-simbol binatang untuk mudah mengenal pasti





Kompleks ini terlalu besar, terdiri dari pelbagai blok dan tingkat, setiap level mengkhususkan barangan menurut klasifikasi dikiosk-kiosk bersaiz sederhana..

Sebagaimana pusat borong lain, pakaian dan aksesori keperluan wanita mendominasi hampir segenap ruang...







Satu-satunya pusat beli belah yang  penulis  kunjungi memiliki sebuah masjid sempurna...Biasanya hanya disediakan musolla sempit yang seringkali membangkitkan aroma tidak enak..Masjid berhawa dingin  berada di aras bumbung tingkat 12 ini menyediakan tempat solat selesa.

Masjid yang dirasmikan pada 2018 ini masih kekal bersih.  Perancangan yang wajar dicontohi pihak pemaju.




Penulis terpaksa menjadi penunggu setia di foodcourt tingkat 8 sementara menanti kaum ibu berbelanja...Kaum ibu memang sangat kental melawat dari satu tingkat ke tingkat melayan halwa mata walaupun apa yang dicari taklah seberapa...Melihat apa yang dibeli memang hairan dengan kaum ibu-ibu ...Jika bapak-bapak yg berbelanja rasanya boleh dapat barangan sekontena 40 kaki untuk tempoh masa lebih singkat dari itu..

Menghampiri maghrib meninggalkan Tanah Abang dan singgah di Masjid AlIstiqlal untuk mengakhiri lawatan hari ke2..


Masjid yang disiapkan di era 70an zaman Presiden Soeharto walaupun mula dibangunkan dizaman Presiden Sukarno lagi.



 Dewan utama saja boleh menampung 16000 jemaah.

Ahad kami akan menghadiri Majlis Perkahwinan..Acara yang ditunggu-tunggu



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK