Sunday, December 23, 2018

3H2M-Kuala Kurau



3H2M kali ni membawa kami ke Kuala Kurau. Sempena cuti hujung minggu dan bersambung dengan cuti Krismas Selasa lebuhraya sesak. Sesudah menghadiri majlis perkahwinan anak jiran di Sg Buluh kami memilih jalan persekutuan  sehinggalah Simpang Pulai. Trafik jalan persekutuan lancar, disebabkan terpaksa melalui pekan pekan kecil dan lampu isyarat pemanduan keseluruhan lambat juga.. Hampir 3 jam baru tiba Spg Pulai.. Seterusnya memasuki lebuhraya... Alhamdulillah kesesakan lebuhraya sesudah Simpang Pulai terkawal. Menghampiri magrib tiba di rumah sewa anak di Kuala Kurau... Berbanding 3 jam lebih pemanduan hari biasa, hampir 7 jam  dikala cuti umum.. Ermm.




Hari Ke2.

Kuala Kurau terkenal dengan ikan- ikan segar.. Kunjungan pertama  kami harini adalah pasar awam Bt Lima...Teringin sup ikan merah dan kari sembilang... Sup ikan merah itu biasa tapi kari ikan sembilang rasanya belum pernah mencuba.. 

Di Kuala Kurau selain mee udang, kari ikan sembilang juga cukup popular,. Kebanyakan gerai memaparkan masakan kari ikan sembilang.. Itu pasal teruja mencuba.. Pasar awam takda menjual ikan sembilang...



Seusai pasar menuju Tanjung Piandang.. Ingin melihat jeti mendaratkan ikan selain pantai disini. Ternyata pantai di barat semenanjung berbeza dengan pantai di timur semenanjung.. Di Tanjung Piandang ini pantai berlumpur telah diperkukuhkan dengan batu batan dan struktur konkrit untuk mengelakkan hakisan.

Makan tengahari hari ini di Kuala Sg Gula.



 Kelihatan udang udang maupun ikan kering dijemur secara terbuka. Anjing, kucing bebas melepaskan hajat jika mahu.. Tekak mula kembang memikirkan produk ini yang akhirnya akan tiba dipinggan jua. 



Restoran terapong di Kuala Gula cukup popular dikalangan orang ramai..Pengunjung sanggup datang dari jauh untuk merasai sausana berbeza di restoran terapung  di muara sungai. Sewaktu kami tiba mat- mat motor  sedang turut menjamu selera...




Jika ingin bermalam di Kuala Gula juga boleh. Resort mini menyajikan pemandangan indah muara sungai. 



Sangkar-sangkar membela udang




Set hidangan tengahari pastinya termasuk kari ikan sembilang. Makanan sedap harga berpatutan.

Petangnya berkunjung ke Tasik Taiping pula. Cuma masa agak terbatas  untuk meneroka kawasan tasik  kerana bertolak agak lewat..Jarak juga agak jauh hampir 50km dari Kuala Kurau. Tak sampai sejam azan magrib telah berkumandang di masjid berhampiran... 








Akan berkunjung lagi kesini di masa akan datang..





Hari ke3 melepak saja dirumah sambil bermain dengan si kenit sementara menunggu anak- anak menyelesaikan tugasan di tempat kerja masing-masing. ... 

Sebelah petang kami berangkat semula ke KL.

Wednesday, December 19, 2018

Syiling oh syiling 2018




Hampir 5 tahun, tabungan syiling penuh. Harini Rabu 19hb Disember 2018 dengan penuh keterujaan memecahkan tabung.. Dalam kepala otak mengharapkan tabungan tidak kurang dari RM2 ribu walaupun congakan kasar semacam sukar untuk mencapai nilai tersebut..Tapi tak salah kan berharap.. 



Sehingga menggoncang tabung memaksa syiling  keluar untuk mencari jawapan pasti berapakah nilai tabungan selama hampir 5 tahun ini. Rupanya ada juga yang degil nak keluar.. Di telek- telek adalah dalam 80 sen. Nampaknya terpaksa dibiarkan sebagai ibu duit untuk tabungan berikutnya. 

Jika dinilai dari berat syiling, memang sangat berat.. Rasanya lebih 15 kilo. 

Menuju ke bank dengan penuh harapan... Harap- harap lebih RM 2 ribu bermain di benak pemikiran...Berangan dah nak sambar motor kapchai... Kalau di campur dengan duit kapcai lama yang dah ada orang nak beli dalam seribu ringgit dapatlah Rm 3 ribu keseluruhan. Motor terpakai baik mudah diperolehi dipasaran untuk nilai sebegini. 

Tiba dibank menunggu dengan penuh sabar kerana ada juga pelanggan yang sedang menunggu mesin syiling dibuka pukul 3.30 ptg. Dapat giliran ke 2.

Giliran tiba. Memasukkan syiling dalam mesin.. Beberapa kali mesin tergendala memaksa pegawai bertugas dipanggil untuk mengatasi masalah.. Adalah 2,3 kali . Banyak syiling nih.. 

Memerhati paparan kiraan nilai syiling terasa lambat pulak nilai menaik.. Nak lepaskan nilai seribu pun lambat sedangkan syiling didalam bekas plastik hampir habis dah.. Camana nak dapat 2 ribu kalau macam ni.. 

Betul lah.. harapan tak sama dengan realiti.. Kiraan terakhir syiling berhenti dekat Rm 1180. 25...Pergh jauh dari yang diangan-angankan..

Tak mengapalah.. Motor tetap mau dibeli.. Bajet belian motor terpaksa diturunkanlah.. Inilah satu satunya cara untuk mengingati kenangan menyimpan syiling... 

Jom jom menabung.. 

Coretan mengumpul syiling terdahulu boleh dibaca di...

Syiling oh syiling 2014

Tuesday, December 11, 2018

Jom Krabi-Hatyai 2018 D2

8hb Disember 2018 Sabtu
812 sinonim dengan perhimpunan anti icerd. Rakyat berpiket di KL ketika ini. 

Kami dalam perjalanan ke Haatyai.




Mengabadikan foto dulu di mercutanda Pantai Ao Nang. 


Pantai-pantai di tanah besar Krabi tidak begitu cantik. Keindahan pantai hanya terdapat di pulau pulau kecil yang tidak jauh dari tanah besar.. Dipantai Aonang ini hanya lokasi transit untuk pengunjung ke pulau pulau. 


Kami tidak begitu teruja dengan pantai sebab di Trengganu  sering disajikan dengan pantai pantai cantik. 

Jika melalui jalan utama Thailand pengunjung seolah diingatkan untuk berkunjung ke tempat tempat menarik.. Billboard besar dipasang menyenaraikan destinasi manarik tersebut. 

Dalam pemanduan ke Hatyai, anak sungai berair panas ini menarik perhatian kami...




Walaupun lokasi  agak terpencil, tetap  menggamit pengunjung untuk ke sini. 




Kalau kolam air panas itu biasa tapi anak sungai berair panas pada pandangan penulis adalah luar biasa. Sebab tu tak kisah walaupun masuk dikenakan caj 160B seorang 


Anak sungai berserta air terjun mini berair panas ini bercantum dengan air sungai biasa.

Satu lagi tarikan yang tersenarai tidak jauh dari hot stream adalah Emerald Pond. Kami berkunjung tapi tidak ke tasik sebab kedudukannya dlm 800m dari tempat letak kereta dan perlu berjalan kaki. Caj pula mahal 200B

Sesudah makan digerai muslim terus saja meneruskan pemanduan.

Dalam 5 ptg tiba di Klong Hae Floating Market.. Kalau ke Hatyai  pengunjung selalunya akan dibawa kesini..




Pasar hanya ada pada hari Jumaat sehingga Ahad bermula dari jam 1tghari sehingga 9mlm..



Kena dengan muslim cuti sekolah keadaan memang sesak.. Ramai sangat pengunjung Malaysia yang ke sini. 


Penginapan di pusat bandar Hatyai memang sukar diperolehi. Malam itu kami tinggal di resort yang hampir dengan Songkla. 



Resort ala ala Bali.. Tiba malam hari sausana memang  mengerikan.. Jika ada pilihan  nescaya kami berpindah tempat. 





Namun memasukinya ternyata betul ungkapan.. Jangan menilai buku dari luaran.. Sebelah dalam bersih dan kemas.. Caj pun murah 1300B satu malam.. Bilik besar untuk famili. 


Hiasan luaran dan dalaman menerapkan konsep rustic. Lesong kayu pun ada.. 



Bilik air berbumbungkan langit. Untuk yang lemah semangat pasti tak berani untuk berurusan dalam bilik air ini. Siang takut orang mengintip, malam takut berhantu.. 




Begitulah percutian kami ke Krabi dan Haatyai.. Ahad pagi sesudah sarapan di bandar Haatyai terus keluar segera ke sempadan Danok untuk mengelakkan kesesakan di imigresen.. 

Monday, December 10, 2018

Krabi Dec 2018 D1..


7hb Dis 2017

Sesudah sarapan di Haatyai terus ke Krabi. Pemanduan berpandukan google map. 


Kalau  Petronas menjuarai stesen stesen minyak di Malaysia, di Thailand PTT pula juara. Harga minyak berbeza disetiap daerah dan di siam minyak lebih mahal. Ron95 lebih 30B.

Lebih 3 jam pemanduan menghampiri Trang berhenti di Andaman Gateway. 

Replika-replika gajah dan tapir menarik perhatian pengunjung untuk singgah kesini. 


Dataran Si Trang menyajikan sejarah tanaman pokok Trang di Thailand yang benihnya dibawa dari Malaya . Baru tahu rupanya nama Trang berasal dari nama pokok.






Menurut tulisan ini tapir adalah spesis khusus daerah-daerah di malaya dan selatan thai. 







Disamping itu terdapat juga sudut penduduk asli etnik Sakai. 



Ketika ini rombongan pelajar sedang diberi taklimat berkenaan sejarah penduduk orang asli. Orang Sakai turut di jemput menunjukkan pelbagai skil mereka seperti menyumpit. 


Etnik orang asli seperti sakai senoi negrito dll  banyak mewarnai sejarah kepulauan melayu. 






Ramai pengunjung berhenti rehat disini sebelum meneruskan ke destinasi masing masing. 



Orang Malaysia sangat ramai. 

Hentian berikutnya di pasar awam sejurus memasuki daerah Krabi. Majoriti peniaga disini adalah muslim.



Keenakan makanan selatan thai memang tidak dinafikan. Memang sangat kena dengan selera penulis


Menurut sejarah selatan thai sehingga ke segenting kra dahulunya diperintah oleh kerajaan melayu. Jadi tidak hairanlah ramai muslim di daerah daerah sini. 



Turut menyinggah di Shell Fish Beach.. Fosil ikan yang dikatakan terkubur pada limestone ratusan juta tahun dulu. Ermm . Pantai berbatu bertebing curam.. 


Hasil carian internet untuk penginapan berbaloi, membawa kami  ke penginapan ini yang jauh tersorok di kebun getah. Di pekan harga hotel adalah mahal apatah lagi kami mencari bilik untuk famili.. 



Kedudukannya 10km dari pekan Ao Nang. 



Resort mini persendirian yang baru dibuka sebulan.. Patut pun serba serbi baru dan bersih. Bilik famili 1600B, memang sangat berbaloi. 



Malamnya bersiaran dan makan makan di pekan Ao Nang. Restoran muslim banyak. Masjid besar tersergam. 


Penulis yang dah banyak kali juga meronda serata Siam berpandangan Thailand kini bukan lagi destinasi percutian murah. Jika dulu hanya minyak kenderaan yang mahal kini hotel dan makanan pun turut mahal..Kalau diambil kira tukaran wang  lagi lah terasa mahalnya.

Esok kami akan pergi dan bermalam ke Hatyai . 






CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK