click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, December 2, 2018

Jogging Taman Botanikal Negara Shah Alam

2hb Disember 2018. Riadah harini di Taman Botanikal Negara Shah Alam... Dahulu dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam. 

Seingat penulis, pernah berkunjung ke sini dahulu ketika anak-anak masih kecil.. Hampir 20 tahun tidak ke sini, harini meluangkan masa ke sini lagi. 

Caj parking kenderaan rm3  bayaran masuk taman juga rm3 seorang. Kadar yang sangat berpatutan. 

Mengikut senaraian google Taman ini termasuk 7 tempat berjogging yang dicadangkan di Lembah Klang. 



Kawasan taman tersangat luas lebih 800 ekar. Jadi tidak mungkin dapat berkunjung kesemua tempat yang disenaraikan...Dapat berkunjung ke tempat popular sudah memadai. 


Kampung Idaman  merupakan tarikan baru ditaman ini berbanding dengan kunjungan penulis terdahulu. Rasanya rumah-rumah ini telah lama dibina berdasarkan keadaan semasa yang agak uzur. Kini dalam proses baik pulih.. Jika benar maklumat yang diberitahu  rumah- rumah ini akan dibuka untuk sewaan umum awal tahun 2019. 

Berikut sebahagian rumah- rumah yang terdapat di Kampung Idaman. 



Rumah Negeri Sembilan.. 




Rumah Trengganu



Rumah Johor.. 

Konsep yang sangat menarik. Rekabentuk rumah setiap negeri semenanjong terdapat disini... Sangat baik dipromosikan sehingga keluar negara. Keunikan sebegini yang pengunjung luar inginkan. 


Sayup kelihatan Rumah Empat Musim. Pertengahan bulan Disember ini adalah musim dingin. Destinasi popular dikalangan pengunjung tempatan. 

Taman Herba menarik perhatian penulis untuk kunjungan kali ini... Tidak menyangka pokok pokok yang sangat lazim rupanya mempunyai khasiat untuk manfaat kesihatan.. 





Maklumat pokok disertakan disetiap pokok. Sangat bermanfaat. 







Banyak pokok yang terdapat di taman herba ini... Hanya sebahagian yang penulis paparkan disini. 

Lenguh ika hanya berjalan kaki kesemua tempat.. Sewaan basikal disediakan jika ingin meneroka kawasan yang lebih luas. 




Trem disediakan untuk kemudahan pengunjung, tapi tidak meluas, hanya laluan tertentu. 


Sempena cuti sekolah ini kehadiran pengunjung boleh tahan ramai.. 



Galeria ini merupakan binaan baru berbanding kunjungan penulis terdahulu.. Difahamkan galeria ini digunakan untuk sewaan umum sebagai venue keramaian seperti majlis perkahwinan dsb. 


Rumusan kunjungan kalini. 
Secara peribadi keadaan taman terpelihara.. Kebersihan tip top.. Cuma faktor wow seolah belum ada.. Kunjungan orang ramai tidak begitu menggalakkan. Taman ini juga sangat sepi dengan pengunjung luarnegara... Sebenarnya banyak potensi boleh diketengahkan jika promosi kerap diadakan. 

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK