click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, May 31, 2011

Menikmati panorama ke Meulaboh...



Pemandangan yang sangat indah...beratus-ratus gambar kami abadikan di sepanjang laluan pantai barat Sumatera di daerah Aceh...tak puas mata memandang...Laut/gunung/sawah bersulam satu mewujudkan panorama yang sangat menarik...
Pertama kali aku menyantuh air lautan Hindi...laut ni tenang..tapi jangan disangka ...dalam manusia sedang leka...air yang tenang tiba-tiba menjadi ombak yang ganas...Kawasan ini turut terkena badai tsunami..
Arghh terasa kesegaran....he he..

Nampak tak jarak dipapan tanda tuu.?jarak ke Meulaboh 220km. kalau tanya orang tempatan pasti dijawab 2hari, dua malam pak baru sampai..!



Line melintang jalan tu sebenarnya masalah kamera...hati-hati bila jumpa jalan elok seperti ini...di sana lembu bersembang sambil baring-baring di tengah jalan raya...



Ish..ish aku naik malas nak upload gambar, dah berjam cuba, cuma banyak ni yang dapat muat naik..kena jangkitan ride di Sumatera barangkali..jarak 22km ambik masa 2 jam lebih nak sampai...entah bila boleh aku tunjuk keadaan jalan yang merentap semangat kami kalau begini gayanya...jalan yang aku tunjuk ni betul-betul mengabui mata dan perasaan. Bukan semua molek-molek seperti di gambar...Tetapi beginilah keadaan jalan di Aceh, sebahagian besar baru saja di baik pulih..masa ni mula le terbayang kalau bawa motor sendiri...guna kapcai ni tau-tau aja la..dapat pecut 100km/jam tu dah kira bagus...purata kelajuan kami kalau keadaan jalan baik hanya 80km/jam saja.. laju-laju kebas ponggong beb..! lagipun nak perah motor gila-gila, perjalanan kami jauh lagi..takut motor meragam ditengah jalan pulak..
Perghh mendamaikan...

Wa pun tak tau nak berposing macamana lagi..sudah nya menegaak jelah ..banyak sangat gambar yang kami ambik sepanjang laluan ini...Bau bauan hutan sangat menyegarkan...Jalan dan laut bersebelahan saja dipisahkan oleh tebing yang curam dan dalam....gayat kalau toleh ke bawah...


Ride di Sumatera, tak perlu risau pasal petrol...kami pun takda bawa tong minyak tambahan...Kalau isi tangki penuh di stesen minyak, masa jarum minyak masuk line merah, insyaallah akan jumpa stesen minyak lagi..walau kekadang tu rasa cuak juga sebab bila masuk kawasan tanah tinggi biasanya sunyi sepi, keliling hutaan pulak tu..takut-takut minyak habis kat tengah-tengah hutan... dan bila menuruni bukit melalui kawasan lembah biasanya terdapat perkampungan/pekan. petrol yang dijual di tepi jalan pun banyak...harga mahal sikit la...

Nantilah aku sambung sebab dah beberapa hari internet lembab semacam....

Monday, May 30, 2011

Lagi kesan Tsunami di Banda Acheh...



Petang tu kami pusing-pusing keliling Banda Acheh. Kami ingin mencari masjid-masjid yang kekal teguh berdiri walaupun kebanyakan bangunan disekelilingnya banyak yang ranap. Sebelum ini hanya melihat keajaiban ini melalui akhbar dan internet sahaja. Kami ingin mendekati sendiri untuk melihat keagungan Ilahi... Sebenarnya banyak lagi masjid yang terselamat tetapi kami kesuntukan waktu untuk melawat kesemuanya. Cukuplah dengan 3 foto terkini masjid ini untuk tatapan bersama.
Masjid ini lebih kurang 50m saja dari  kapal yang tersadai dan di jadikan tugu...

Masjid Baitul Rahman di Pusat Banda Acheh...di perkarangan ini banyak mayat bergelimpangan dulu...

Masjid  Baitul Rahim di Uleelheue masih tetap utuh . (sebut Ule ley) Kedudukannya hanya 100m dari muara sungai. Allahuakhbar..!

Rumah dua tingkat disebelah bengkel ini turut terselamat. Kami yakin banyak nyawa turut terselamat disini..

Kami mengambil kesempatan servis 'kereta'dibengkel ini . Aku turut menukar tayar hadapan. Pemilik bengkel pernah kerja di Georgetown., P.Pinang selama 8 tahun. Sebagai salam persaudaraan hanya harga barangan dikenakan caj.


Sambil-sambil tu buat stretching badan...mana cewek acheh ni..? ha ha...

Siap servis motor terus ke Lampulo. Disini terdapat tugu peringatan juga. Sebuah kapal nelayan dihanyutkan ombak dan tersangkut di bumbung rumah penduduk. Seramai 56 orang termasuk kanak-kanak terselamat dengan memanjat kapal yang tersangkut ini. Sebelum itu semasa berada di tingkat dua rumah, ketinggian air hampir mencecah paras leher... . Di atas kapal inilah mereka tak henti-henti berzikir dan berdoa serta melaungkan azan semasa ombak sedang galak membadai....Diceritakan oleh mangsa-mangsa bahwa sewaktu mereka kelaparan dan kehausan tetiba datang setandan kelapa muda yang hanyut berhampiran kapal mereka untuk dikongsi. Suratan atau kebetulan...? Bencana bermula jam 8 pagi, pukul 4 ptg baru mereka turun dari kapal, itupun air masih diparas lutut lagi.




Berlatarbelakangkan pemandangan rumah-rumah yang dibangunkan semula....


Dari pelabuhan perikanan inilah berhanyut-hanyutan kapal-kapal nelayan dilambung ombak. Kedudukan pelabuhan dari kapal yang tersangkut lebih kurang 300m..

Esok lepas suboh kami akan menuju ke bekas kawasan bencana di Maelaboh pulak. Malam menginap di Hotel Lading semalam 330000 Rupiah....!



Saturday, May 28, 2011

Tinggalan tsunami di Banda Acheh....


En sulaiman tanpa baju dan pemuda kanan sekali adalah sisa-sisa tsunami. Yang dikanan tu masih kanak-kanak lagi semasa kejadian.Rumah dibelakang tu adalah peninggalan tsunami yang terselamat. manakala yang lain ranap samasekali... Di rumah itu ramai nyawa terselamat termasuk isteri En Sulaiman yang sedang sarat mengandung...
Rata-rata mangsa ditemui tidak menyangka air akan naik begitu jauh ke daratan. En Sulaiman tergelak-gelak mentertawakan orang yang berteriak mengatakan air laut menghampiri kampung mereka. Kedudukan kampung adalah 8km dari pantai. Mana mungkin air laut boleh sampai ke situ. Mereka tidak pernah mendengar dan melihat fenomena tsunami sebelum ini.


Tiba-tiba ombak besar mengganas didepan mata, masing-masing bertempiran cuba menyelamatkan diri. Menurut mereka adalah mustahil untuk lari dari ombak besar kerana ombak datang dari segenap penjuru seolah-olah mengepong mereka. En sulaiman bagaikan antara hidup dan mati tersangkut dicelah-celah runtuhan bangunan tidak sempat ke tingkat atas rumah. Isteri beliau dan beberapa orang lain sempat berlari ke tingkat dua rumah milik penduduk setempat. Rumah digambar inilah tempat mereka berlindung . Mereka hanya mampu berdoa, berzikir dan melaungkan azan bila kelihatan ombak berulang-ulang menghampiri tempat perlindungan mereka. Yang ajaibnya apabila mereka azan ombak yang ganas tiba-tiba mengecil..Masyaallah.!

Sekarang ini mereka tinggal dirumah yang didirikan oleh kerajaan atas bantuan dana antarabangsa..Isteri En Sulaiman adalah yang berkain biru kotak-kotak...


Makcik Supi ni turut terselamat. Ombak bergulung-gulung bagaikan dalam mesin basuh. Air hitam pekat berlumpur. Patut pun ramai mangsa yang terbunuh dijumpai tanpa pakaian di badan., kesan putaran ombak. Bergenang air mata bila mengimbau semula kejadian 7 tahun dulu, mengambarkan betepa azabnya malapetaka yang menimpa..



Ketinggian ombak mencecah 15m, menghampiri pucuk kelapa, jadi tidak hairanlah kalau kapal ini turut hanyut dibawa ombak sehingga 8km dari pelabuhan. Sekarang kapal  ini diabadikan sebagai tugu peringatan mengingati kejadian tsunami. Kini bertali arus pengunjung dari segenap pelusuk dunia yang ingin melihat sendiri kesan malapetaka hebat abad 21 yang mengorbankan lebih 200000 ribu nyawa. Kedukaan lampau sedikit sebanyak terubat bila rezeki penduduk setempat bertambah dengan wujudnya tugu tarikan pelancong di kampong mereka..

Sebuah muzium mini turut diabadikan dikampong ini...Berdasarkan gambar-gambar ini memang betul kebanyakan mangsa tanpa pakaian dibadan semasa ditemui...mengapa..? Wallahualam..

bersambung di entry akan datang...

Kami menghampiri daerah yang di badai tsunami...Banda Acheh...!


  Pemandangan biasa di Sumatera...dual purpose bike...

Jarak perjalanan hari ke dua lebih kurang 400km sahaja . Selepas suboh terus bertolak. Jangkaan kami akan tiba di Banda Acheh dalam pukul 3 ptg. Kami mengambil peluang tiba awal untuk melawat kesan-kesan tsunami di sana. Setelah 7 tahun berlalu keadaan disana hampir pulih sepenuhnya..macam tak caya pulak kawasan ini dulunya ranap kena badai ombak tsunami...
Pemandangan di Acheh memang indah...sawah padi berlatarbelakangkan pergunungan sungguh mendamaikan....dan dalam kelekaan ini tiba-tiba tsunami membadai...

Kebiasaannya bahan binaan menggunakan batu gunung, tapi di Sumatera mereka menggunakan batu sungai...dan sungai di sana memang banyak sekali batu ini....

Kemalangan yang melibatkan motorsikal yang sempat aku rakam....Kalau dinilai dari cara pemanduan diorang sepatutnya kesan kemalangan  lebih dahsyat dari ini..tapi sepanjang kami ride disana hanya kemalangan kecil seumpama ini saja yang berlaku....

Setiba di Banda Acheh kami teruja untuk bertemu sendiri dengan mangsa tsunami. dan melihat sendiri keajaiban Ilahi yang memelihara masjid-masjid dari ranap dihanyutkan ombak ganas.. Semua yang ditemui menyangkakan kiamat telah tiba. Sausana penuh kelam kabut. Ombak ganas tsunami menuju kearah mereka dari segenap penjuru. Memang tiada ruang untuk menyelamatkan diri. Mereka pasrah. Gambar kesan tsunami akan menyusul dalam entry akan datang..

Thursday, May 26, 2011

Impresi pertama ride di Sumatera...




View Larger Map


Hari pertama xpdc bermula jam 6.30 waktu Malaysia . Sengaja kami tak ubah jarum jam untuk bergerak lebih awal. Waktu Indon sejam lewat dari waktu Malaysia. Kalau ikut jam dia baru 5.30 pagi.  Pertama kali bawak motor di Sumatera memang agak kekok., diluar waktu pejabat undang-undang jalanraya sendiri tentukan, sebab Pak Polisi tak kelihatan. Di trafik light., aku pun konfius, bila masa kena berhenti, bila masa kena jalan...walaupun merah selamba saja diorang langgar. kami pun apa lagi..toleh kiri, toleh kanan kalau takda kenderaan terus jalan... dan kekadang diorang semua berhenti, kami pulak memandai-mandai jalan..argh hantamm..!

Dan lagi ride disana kena pastikan horn berfungsi dengan baik..berbanding signal, horn lebih utama..he he..nak potong saja tinnn..! tinnnnnn..!!!, nak maklumkan bahwa kita sedang memotong..kalau tak diorang pun tiba-tiba keluar nak memotong juga.. kena juga bersiap sedia untuk mengelak ke bahu jalan bila trafik arah bertentangan cuba memotong kenderaan.. diorang tak peduli...kenderaan di hadapan

biasanya mengalah dengan memperlahankan kenderaan atau mengelak cepat-cepat ke bahu jalan.. giila.! Sebesar-besar lori pun kekadang sibuk jugaak nak memotong..., yang kecik kena mengalah le..

Keadaan jalan pun nampaknya takdalah teruk sangat, sesekali jumpa lubang tu biasalah dan bila memasuki kawasan tanah tinggi, jalan berbelok-belok. Jalan dari Medan ke Acheh ni tak la lebar sangat. Bila melalui pekan-pekan baru banyak kenderaan. Lagi di sini batu/papan tanda tunjukkan jarak destinasi amat kurang...orang disana lebih selesa memberitahu tempoh masa berbanding jarak...


Kebanyakan jambatan di Sumatera adalah dari besi....berbanding jambatan konkrit di Malaysia...

Perjalanan hari pertama adalah lancar, hanya perlu berhenti kerap untuk bertanyakan destinasi daripada orang tempatan.. Kami tba di Bireuen sebelum pukul 6 ptg dan dan segera mencari mencari tempat menginap. Malam pekena nasi padang lagi....



Melalui pekan di Langsa, Acheh...


Kalau di Medan banyak gereja, masuk je ke Acheh banyak masjid pula..

Di salah satu kawasan rehat dalam perjalanan ke Acheh...


Bersama bikers Medan yang menuju ke Lhoksimawe...kira jauh lah tuu..


Kerja-kerja melebarkan jalan....keadaan jalan di Acheh adalah lebih baik berbanding di Medan...


He he sampai mendengkor brader Mastor kita...nak menyampaikan ke Biruen memang meletihkan padahal jarak dalam 600+ km je...12 jam perjalanan..!


Tuesday, May 24, 2011

Kembara Sumatera -Overall overview



Ha ha..Alhamdulillah, kami menjejakkan kaki semula di bumi Malaysia Ahad, lebih kurang jam 8 mlm waktu Malaysia setelah flight delay setengah jam...dari Polinia Airport Medan, pukul 6 ptg waktu Indon. Ikuti laporan 10 hari perjalanan di post seterusnya.

Berikut adalah laluan dan tempat penginapan...aku tak pasti samada geng riders lain pernah lalu dilaluan ini...Medan-Bruen-Banda Acheh-Blang Pidie- Samosir( Danau Toba)-Padang Sidempuan-Bkt Tinggi- Duri(Dumai, melalui Pekan Baru)- Medan. Jarak dekat 3000km. Secara keseluruhan trip berjalan lancar. Kereta pun ok ( He he..org sana bilang kapchai tu kereta..). Orang indon bilang kami gila kerana diorang pun tak pernah sampai seluruh tempat yang dinyatakan.



Mula tiba di medan jam 5 waktu Indon. bertolak 5 waktu Malaysia. Umur aku muda sejam..?


Dari airport ke hotel naik Betor...singkatan beca bermotor...


Bersama Pak Dollah...insan yang banyak membanntu kami di Indon..sebelum dan semasa xpdc. Terimakasih banyak-banyak...

Selama sepuluh hari bermula hari pertama pekena nasi padang...ayam pop...! adalah ayam goreng...

Route paling mencabar adalah Subusalam- Samosir( Danau Toba)-Perjalanan Barat ke timur sumatera .merentasi laluan pergunungan rosak teruk dalam hujan lebat dan diwaktu malam. kesan tanah runtuh menutupi sebahagian jalan. Tiba di hotel 10.30 waktu malaysia. kelajuan motor 20km/jam..tayar pancit betul-betul depan bengkel motor selepas bersunyi-sunyian dalam hutan pergunungan...

Route kedua mencabar Samosir-Barus-Perjalan di sebelah pagi tapi melalui jalan tikus..merentas laluan pergunungan ke barat sumatera semula. he he..kedua -dua route ini betul-betul menyentap semangat kami...


Monday, May 23, 2011

Kembara Sumatera...Bermulanya pengembaraan...

Misi: Menjelajah daerah-daerah yang pernah di tadbir oleh kerajaan purba Sumatera dalam tempoh lapan hari...Deli, Acheh ,Batak, Minangkabau, Mendailing, Sri Wijaya dan Riau. Daerah daerah ini merupakan sebahagian dari daerah yang terdapat di Gugusan Kepulauan Melayu yang merentasi asia tenggara sebelum di pecah dan perintah oleh penjajah Barat...

He he ini yang syok bila berjalan dengan orang akademik, boleh menimba pengetahuan yang sebelum ini sangat asing bagi aku perihal sejarah tamadun orang melayu ni...benar kata pepatah tak kenal maka tak cinta...Kuliah tak rasmi yang aku perolehi dari dia disamping melawat kesan-kesan sejarah di daerah yang dilawati, menunjukkan tamadun Melayu memang mendahului zaman...Yea orang melayu hebat...cuma kita tidak sedar..Mungkinkah ini yang disebut-sebut permata yang hilang...tapi lambat laun akan ditemui dan bergemerlapan semula..? Aku tambah berminat untuk bersama AR Mastor menjelajah pelusuk kepulauan melayu dimasa akan datang...

Dalam post akan datang aku akan lebih menyentuh pengalaman bermotor dan bukannya bercerita pasal tamadun Melayu sebab aku bukan pakar dalam hal itu. Aku minta ar mastor untuk menyumbang artikel mengenai kesan-kesan tamadun melayu ini melalui pengamatan beliau...

Ikuti pengembaraan berikutnya di hari ke 2 DISINI

Sunday, May 22, 2011

Alhamdulillah...mission accomplished...

Alhamdulillah..kami telah menjejakkan kaki di Malaysia pukul 8.00 malam tadi. Perjalanan penuh cabaran pahit dan manis. Tunggu laporan xpdc Sumatera kami nanti...terimakasih kepada pembaca yang sudi hadir walaupun tiada entry baru sejak sepuluh hari sudah...

Thursday, May 12, 2011

Sumatera ...Tunggu kehadiran kami...!


Bermula esok 13hb sehingga 22hb aku akan mengembara lagi...Lepas solat Jumaat akan terus ke LCCT.. Flight dalam pukul 5 ptg. Insyaallah Jumaat malam Sabtu kami akan bermalam di Medan...Sepanjang 10hari tu aku tak bersiaran lah nampaknya..Keperluan kembara rasa macam dah selesai. Lesen antarabangsa pun dah setel. Duit bekalan sekejap lagi nak tukar..Pak Dollah dari Medan Indonesia pun dah banyak kali telefon  mintak pengesahan..."jadi tak jadi...hondanya suda baguus"..."Insyaallah Jadii Pak..! " malam ni nak pack barang...ikut pengalaman sudah-sudah, aku tak nak bawak banyak pakaian...aku nak beli saja t shirt  di sana saja disamping  boleh dibuat koleksi kenangan...sapa yang nak sovenir boleh le aku beri pakaian yang aku dah guna..he he..

Doakan keselamatan kami yea...

Wednesday, May 11, 2011

Nak tolak sayang..tak tolak membazir...

Seminggu jugak vstrom aku tersadai kat bengkel. Sekarang ni hari-hari bawak  motor tu nak bagi serasi dengan aku.

Bunyi dan tork/pick up sangat mengujakan., aku suka..tapi yang tak syok gegaran dan terjahan angin, lebih 150km/jam rasa kebas pergelangan tangan dan rasa macam nak terbang kena rempuhan angin.., kalau lalu sebelah kenderaan besar lagilah terasa ...paling selesa bawak dalam 120-140km/jam saja.., tapi masalah ini aku boleh terima sebab aku memang dah set tak nak bawak laju-laju.....Aku ngeri lah wei bila terkenang tragedi yang menimpa bikers yang sering aku baca dari web SBM...gambar dibawah nanti antara gambar-gambar ngeri yang aku copy dari forum di SBM untuk tatapan pembaca...lagi elok kalau mat rempit dapat tengok juga...

Tapi yang paling aku tak syok v-twin ni  kuat mentedarah minyak...pergh ..!  isi 20 ringgit dapat lepas 100km je...!  simbol mula berkelip-kelip  mintak isi minyak lagi...heran jugalah ..skuter x9 aku dengan nilai ni, senang- senang je capai 300km, bawak pun dalam kelajuan 120km/jam jugak..ok..ok kalau enjin cc kecik tak adil nak banding dgn enjin cc besar... Boxer aku cc lagi besar, bawak lagi laju..tapi minyak tak pun kuat macam ni..alamak..ingatkan motor ni nak ganti skuter untuk bawak kerja hari-hari..boleh berjimat minyak..ish..ish..

Bila  dah timbang-timbang, aku ingat nak tolak  sebijik motor aku ...banyak perkara kena fikir untuk memiliki banyak motor ni...minyak, cukai jalan, insurance, maintenance, tayar dsb.. lagi sengal bila kena keluar duit selepuk ..lagipun tak terlayan nak gilir bawak hari-hari..ini yang tengah dilema...nak tolak sayang..tak tolak membazir...Kalau korang dalam posisi aku, apa keputusan korang erk..?


Sengaja aku letak gambar ni dibawah, aku bimbang ada pembaca yang termuntah bila nampak gambar ni..

Kepada semua pengguna jalanraya semoga kita terhindar dari malapetaka ini...amin. Adalah disarankan supaya membaca fatehah 3x, Ayat kursi , doa naik kenderaan dan Mengucap kalimah sahadah siap-siap sebelum memulakan perjalanan...

Tuesday, May 10, 2011

Harta mutlak adalah rezeki yang disedeqahkan...

Baru ni aku berjumpa dengan seseorang..., dulu hidup sangat mewah...memiliki ferari, simpanan di bank berjuta ..tapi itu cerita dulu sekarang hidup sangat sederhana..ke hulu ke hilir hanya dengan ber kelisa. Menurut ceritanya beliau terlibat dalam kemalangan, koma selama 6 bulan..ditakdirkan umur masih panjang, sedar dan sembuh. Tambahnya lagi harta dan duit simpanan habis licin semasa beliau dalam keadaan koma lagi ., dibahagikan sesama oleh orang kelililing lah kot...mungkin diorang ingat dia ni takda harapan untuk diselamatkan...seminggu dua koma  mungkin boleh tahan, ini enam bulan..! daripada susah untuk dituntut bila beliau sudah tiada, lebih baik dibahagi-bahagikan semasa beliau hidup lagi....bagaimana cara ?, wallahualam..ini le yang dikatakan rezeki, apa yang kita miliki belum tentu milik kita...renung-renungkan...

Monday, May 9, 2011

Pergh..mana tahan...!

Taklimat...lebih 300 peserta...mula -mula tu bersemangat le..

adik-adik pun ada...


Cik Kak pun ada....turun bukit sapa yang berani tertungging silalah...

Halangan-halangan...patut pun ramai yang pancit...

Ikut perkiraan aku laluan mendaki lebih 60 percent, menurun dalam 30 percent, baki 10 persen mendatar dan jalan bertar...pergh mana tahaan...!

Arghh penaat..! itulah dua perkataan yang mampu aku ungkapkan kalau di minta mengulas aktiviti berbasikal kami hujung minggu baru ni setibanya di garis penamat.  Peha aku nyaris kejang dan aku yakin ramai lagi yang senasib dengan aku...ramai juga yang mengelat tak habiskan jarak kayuhan kerana terlalu penat...aku pun tak sangka jarak 25km yang dihidangkan sungguh memenatkan...bagi orang baru ini bukan  riadah ..tapi menyeksa badan..!

Sebab penat sangat, sampai rumah mandi, solat dan terus membuta sedar-sedar dah dekat waktu asar..ha ha.. dalam pukul 6 ajak bini dan anak pergi Jeram, Kuala Selangor..melahap ikan bakar...pergh...hilang kalori 100 tambah kalori 1000....takpa-takpa untuk kali ni je..he he..

Saturday, May 7, 2011

7 hari lagi...

Brader AR Mastor...

7 hari lagi sebelum kami berangkat ke Sumatera. Tiket flight sudah, bayar deposit  motor sudah..., alamak lesen antarabangsa belum..! harap-harap awal minggu depan selesai semuanya. Sebelum ni dah pun pergi JPJ, tapi tak ingat kena bawa gambar pulaak..

Berbanyak terima kasih kepada rakan bikers di forum SBM terutama kepada Brader Mus yang mengenalkan aku dengan Pak Dollah dari Medan Indonesia.  Maklumat diterima banyak membantu sebab aku baru pertama kali ke Sumatera...bermotor kapchai pulak tuu. Mujur Ar Mastor pernah ke Medan dan Bukit Tinggi, tapi ke Acheh dia pun belum sampai..Kerterujaan pertama kali pergi memang berbeza...aku suka 'feels' ni..

Dah bincang-bincang dengan Ar Mastor, trip kali ni mungkin nak cover Sumatera Utara saja meliputi Medan-Acheh-Danau Toba-Padang-Bukit Tinggi-Pekan Baru dan Medan semula. Jarak perjalanan tak lebih 3000 KM. Bergantung kepada keadaan, kalau tak sempat jugak. mengkin selepas Danau toba terus balik semula ke Medan..destinasi lain tu akan cover untuk trip akan datang...pergi kali ni kami tak nak tergesa-gesa...kami tak nak habiskan masa banyak di atas motor semata-mata nak pergi banyak tempat... kami nak rileks-rileks saja...

Aku suka pergi dengan Ar Mastor ni sebab trip beliau disertakan  penyelidikan berkenaan tamadun senibina melayu dll...dia arkitek kann..xpdc berilmiah la ni...boleh le aku nanti  menimba pengetahuan pasal tamadun Melayu nii...menurutnya pengaruh  tamadun Melayu boleh dijejaki sehingga ke  Nepal...Nama Gunung HIMALAYA membuktikan tamadun melayu pernah bertapak disana...pergh..!

Best..best..!  tak sabar aku nak dengar kuliah Ar Mastor lagi...he he..

Thursday, May 5, 2011

Orang punya salah, orang lain dapat masaalah...

Inilah yang dikatakan malang tak berbau. Mungkin kita merasakan sudah lakukan yang terbaik semasa memandu. Fizikal ok...mental cergas, kenderaan tip top...tapi kalau nak terjadi., dia tetap terjadi... faktor KITA tak berguna lagi...faktor ORANG LAIN kena ambik kira juga...Patut pun semasa berteduh di R n R masa hujan lebat baru ni sorang brader yang berkereta pun turut berhenti...dia bagitau, faktor kita mungkin ok tapi bagaimana faktor orang lain? Betul jugak...ada kereta orang  tayar botak, brek haus, mengantuk  dsb...sebab dia punya silap orang lain kena hentam ..


Nampak tak tunggul kayu reput yang bersepai tuu...kena hentam Iswara tu le..

Iswara tu dari jalan sebelah sini...Kedua-dua pemandu terselamat...

Takpa-takpa boleh tuntut insuran...yang penting orang selamat...tapi jangan pulak road tax takda..nayaa..!

Insiden pagi tadi di Jalan Glenmarie Shah Alam berdekatan bengkel/showroom BMW Auto Bavaria , bertepatan dengan apa yang aku maksudkan...Aku kebetulan lalu nak ke bengkel hantar servis motor BM aku...sebiji Iswara yang berada di laluan berbeza, telah terbabas semasa mengambil selekoh lalu merempuh Audi yang berada dilaluan bertentangan. issh..ish langsung takda kena mengena tetiba Audi tu turut terbabit ..Lainlah kalau kedua-duanya berlumba sesama sendiri....Jalan ni dipisahkan oleh pembahagi jalan yang agak luas...Mujur juga  Iswara tu terlanggar tunggul kering dipembahagi jalan dulu sebelum merempuh Audi...kalau dia langgar pokok hidup besar macam digambar tuu..mungkin ceritanya ada sikit berbeza..dan mungkin juga Audi tu terselamat..Perkara dah terjadi ni kalau nak BERKALAU pun susah juga ..yea tak..?

Apabila langkah berhati-hati  telah kita ambil tapi perkara tak diingini terjadi juga..usah keluh kesah..pasrah dan redha sajalah...mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu... aku teringat cakap ustaz...sekiranya  satu musibah menimpa orang beriman..itu tandanya ujian...tapi kalau terjadi pada orang kufur itu maknanya bala..diturunkan ujian atau bala  mungkin untuk memberi kita peluang  bermuhasabah diri...Ya Allah golongkan kami dalam golongan orang yang bertaubat..Aminn...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK