Tuesday, May 10, 2011

Nak tolak sayang..tak tolak membazir...

Seminggu jugak vstrom aku tersadai kat bengkel. Sekarang ni hari-hari bawak  motor tu nak bagi serasi dengan aku.

Bunyi dan tork/pick up sangat mengujakan., aku suka..tapi yang tak syok gegaran dan terjahan angin, lebih 150km/jam rasa kebas pergelangan tangan dan rasa macam nak terbang kena rempuhan angin.., kalau lalu sebelah kenderaan besar lagilah terasa ...paling selesa bawak dalam 120-140km/jam saja.., tapi masalah ini aku boleh terima sebab aku memang dah set tak nak bawak laju-laju.....Aku ngeri lah wei bila terkenang tragedi yang menimpa bikers yang sering aku baca dari web SBM...gambar dibawah nanti antara gambar-gambar ngeri yang aku copy dari forum di SBM untuk tatapan pembaca...lagi elok kalau mat rempit dapat tengok juga...

Tapi yang paling aku tak syok v-twin ni  kuat mentedarah minyak...pergh ..!  isi 20 ringgit dapat lepas 100km je...!  simbol mula berkelip-kelip  mintak isi minyak lagi...heran jugalah ..skuter x9 aku dengan nilai ni, senang- senang je capai 300km, bawak pun dalam kelajuan 120km/jam jugak..ok..ok kalau enjin cc kecik tak adil nak banding dgn enjin cc besar... Boxer aku cc lagi besar, bawak lagi laju..tapi minyak tak pun kuat macam ni..alamak..ingatkan motor ni nak ganti skuter untuk bawak kerja hari-hari..boleh berjimat minyak..ish..ish..

Bila  dah timbang-timbang, aku ingat nak tolak  sebijik motor aku ...banyak perkara kena fikir untuk memiliki banyak motor ni...minyak, cukai jalan, insurance, maintenance, tayar dsb.. lagi sengal bila kena keluar duit selepuk ..lagipun tak terlayan nak gilir bawak hari-hari..ini yang tengah dilema...nak tolak sayang..tak tolak membazir...Kalau korang dalam posisi aku, apa keputusan korang erk..?


Sengaja aku letak gambar ni dibawah, aku bimbang ada pembaca yang termuntah bila nampak gambar ni..

Kepada semua pengguna jalanraya semoga kita terhindar dari malapetaka ini...amin. Adalah disarankan supaya membaca fatehah 3x, Ayat kursi , doa naik kenderaan dan Mengucap kalimah sahadah siap-siap sebelum memulakan perjalanan...

3 comments:

  1. kang latep, kalo nak dibandingkan dgn KTM SMT saya, rasanya motor saya lagi kuat makan minyak. tangki 19 liter, reserve 4 liter. bila lampu reserve blinking milage dalam 180km aje.. kalau bawak cermat boleh la dapat dalam 200-220km. - kang Sahir

    ReplyDelete
  2. Pergh kang sahir..yok boncengan..ha ha..

    ReplyDelete
  3. Bang Latep, kenapa orang simpan kereta lama diaorang walau tak pakai?
    Sebab kenangan dan sentimental value tu yang tiada kompromi...bagi saya leer..
    Kalau mampu apa salahnya sara jer bang..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK