click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, May 2, 2011

Tanda-tanda anda semakin tua...


Jemputan kenduri kahwin di Pontian...



Kalau di Indon Makasar adalah daerah, Di Perak , Parit pun daerah...tapi di Johor parit tu cuma kampung saja... Parit Madirono...Parit Makasar...


Kalau anda perasan, setiap soalan dan perkhabaran yang anda terima semasa melawat mak/ayah, saudara mara dsb adalah mengambarkan peringkat umur anda ...Soalan yang diterima memang jarang silap..Cara menyoal tu seiring dengan kenaikan umur kita ....topik bersembang pun mengikut peringkat umur...tak caya jom...

Selepas mula masuk alam pekerjaan...

Soalan lazim: Bila nak kawin ni..? Dah ada calon ke..?

Selepas Kahwin : Bila nak dapat anak ni...? anak dah berapa?

Selepas beranak : Yang sulung bila nak masuk tadika/sekolah?

Bila anak mula membesar ; Yang sulong bila nak masuk tingkatan 1? ergh..anak yang ambil UPSR baru ni dapat masuk asrama mana-mana ke?

Bila anak dah ramai masuk sekolah menengah: Yang kecik umur berapa? Yang sulung dah ambik SPM dah?

Bila anak lepas SPM..Anak masuk kolej/U mana?

Bila anak dah mula masuk U ..? Anak berapa lama lagi nak habis belajar? Bila nak bermenantu...?!

Diperingkat  ni  surat jemputan kawin anak saudara mara, kawan-kawan dsb  mula datang menderu-deru .
sesekali terima juga perkhabaran  si polan..sipolan  sakit atau sipolan  meninggal dunia...

Bila dah bermenantu..Bila nak dapat cucu? Orang cakap berbanding dengan anak sendiri, cucu lagi disayangi betul ke..? he he..- yang ni aku agak2 je sebab aku tak lagi sampai peringkat ni....tapi kalau umur aku jadi kayu pengukur, rasa macam tak lama lagii...

Tetapi sebelum sampai peringkat bermenantu ni pun aku dah selalu terima perkhabaran yang membuat aku sesak dada.. tak sorang-sorang kenalan mula meninggalkan kita..kembali ke rahmatullah...sebagaimana yang aku terima sewaktu melawat orang tua aku baru -baru nii.. Aku dah tua  rupanya...ish..ish..

Soalan diperingkat manakah anda..?




No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK