Saja suka-suka menamakan pokok dikebun sempena nama kenalan atau ahli keluarga, antara mereka pernah sampai dan menanam pokok di kebun.
Mereka teruja untuk mengetahui perkembangan terkini pokok masing masing...Kalau mengetahui pokok subur masing -masing teruja begitulah sebaliknya. Kita mengharapkan doa-doa penama supaya pokok hidup subur..
AvoZ.
Pokok lama tapi tumbesaran terbantut namun mulai pulih sesudah tanah sekeliling digemburkan dan dibaja..Dulu pucuk sering diserang kulat keputihan..
AvoYan.
Biarpun baru ditanam pertumbuhan cantik
AvoTon.
Pokok baru ditanam. Pertumbuhan juga baik
AvoMat,
Pokok avocado ini agak kurang sihat, daun agak kekuningan namun pucuk- pucuk baru mulai bertunas sesudah digemburkan dan dibaja..
AvoSnik.
Pokok avocado yang teruk terjejas seolah tidak cukup kasih sayang walaupun dilayan sama rata..Kemungkinan akar bermasalah disebabkan persekitaran kurang subur..Kalau tak panjang hayat terpaksalah disulam lagi..
AvoSaly
Tumbesaran mulai bagus sesudah pengikat dipotong, sebelum ini batang tercepit
Pokok longan antara tanaman awal yang terselamat..Pokok telah dicantas untuk lebih rendang. Pertumbuhan pokok longan Brazil mantap..terdapat 2 pokok sedang membesar dengan baik dan 2 pokok lagi akan ditanam, menyulam pokok asam jawa dan avocado yang mati...Kita mencuba menyulam dengan spesis pokok lain kotlah ianya lebih sesuai dilokasi tersebut..
DurianMj.
Asalnya pokok durian kahwin, pokok mati, bila diganti dengan benih biji durian kampong baru nampak membesar..Sekarang dah tak kira spesis durian, janji hidup ..
AvoWk.
Dulu disini ditanam dengan pokok jambu bol, di sulam dengan pokok avocado apabila pokok jambu mati...

AvoN.
Ini juga penyulaman pokok durian..pokok mati terhempap dahan kayu terus diganti dengan pokok avocado..
NancemBudin.
Asalnya disini ditanam cempedak, mati disodok babi dan disulam dengan nangcem..alhamdulillah terselamat dan membesar dengan baik
Entah dah berapa kali menyulam pokok pokok yang mati..sebab itu biarpun dah bertahun berkebun kebanyakan pokok masih belum mencapai usia dewasa...
Bukan saja terpaksa melayan kerenah pokok, terpaksa juga melayan kerenah mesin..dah beberapa kali dihantar ke bengkel masalah tak dapat diatasi, mula mula ok, kelamaan mulai mengaum apabila throttle dipulas..Dahlah panas, bila mesin meragam hati pun ikut panas..
Hantar bengkel ditukar kaburator baru Rm65. , sebelum ini pomen hanya menyelenggara kaburator..kos servis saja rm35. Lebih baik begini setidaknya nampak barang baru.
Takpa kita kekal istiqamah melayan kerenah pokok dan mesin..