Monday, July 30, 2012

Sumbangan Dihulur Palestin Dibela...




Bertarikh 29hb Julai 2012 bertempat di masjid taman kami telah diadakan majlis tazkirah Ramadhan  anjuran bersama Masjid Cahaya Iman Bandar Country Homes Rawang, Selangor, NGO  AQSA SYARRIF dan PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA. Penceramah seorang Imam Muda berusia 22 tahun didatangkan khas dari Gaza Palestin dibantu seorang ustaz tempatan lulusan Yaman sebagai penterjemah...Jemaah berpeluang mendengar sendiri pengalaman beliau bersama warga Gaza Palestin  lain menghadapi kezaliman zionis Israel.

Tabung bantuan dilancarkan untuk memenuhi  keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan,   pendidikan, sosio ekonomi.dsb. Alhamdulillah maklumat dari pihak AJK masjid memaklumkan kutipan berjumlah RM11290 berjaya dikutip malam itu. Jumlah ini pastinya terlalu sedikit untuk memenuhi agenda dinyatakan namun tidak mengapa..sesuatu yang banyak bermula dari sedikit. Insyallah berkat keperihatinan saudara seagama  yang lain pastinya banyak lagi sumbangan dapat dikumpulkan untuk menampung misi dinyatakan.

Maklumat lanjut misi Ramadhan di Palestin bersama AQSA SYARIF boleh diperolehi melalui http://www.aqsasyarif.org.my./

Untuk memudahkan  pembaca sumbangan boleh terus dibuat atas nama AQSA SYARIF BERHAD melalui MAYBANK ISLAMIC 551575004299 atau Bank Islam 12092010034904

Sempena bulan penuh barokah ini jom sama-sama kita menghulurkan bantuan untuk penduduk Palestin.. Seeloknya simpan nombor akaun diatas didompet atau simpan di handphone  , supaya mudah membuat pindahan wang melalui  ATM  nanti..Sekarang ni ramai orang sedang dilimpahi rezeki ...kakitangan awam, pesara kerajaan , warga felda, felcra, risda dll baru saja mendapat durian runtuh..pekerja swasta apa kurangnya...Ketahuilah setiap apa yang kita miliki sebahagiannya adalah milik orang lain.

Kalau sorang hulur singgit.. sejuta orang..sejuta ringgit ...!  kecil bagi kita sangat bermakna bagi mereka...

Tapi orang baru dapat bonus takkan singgit bro..kasilah lebih...!

Friday, July 27, 2012

Sesak...oh sesak...!

Kebiasaannya laluan antara Sg Buloh-Jln Duta atau Sg Buloh - Subang sentiasa sesak dengan kenderaan. Tapi pagi Jumaat 27hb Julai 2012 baru ni rasa macam pelik pulak perjalanan Rawang - Tol Sg Besi adalah lancar.  Mungkin disebabkan pengguna lebuhraya telah meninggalkan rumah awal sempena bulan Ramadhan ini...Kalau beginilah keadaannya elok saja tiap-tiap bulan adalah ramadhan...atau mungkin boleh diperkenalkan insentif dalam bentuk rebat tol untuk pengguna yang menggunakan lebuhraya sebelum 6 pagi. , jadi  pengguna dapat mengelakkan waktu puncak seterusnya mengurangkan kesesakan.

Kalau anda sekian perasaan, pokok-pokok di tepi lebuhraya sepanjang  laluan ini telah mula ditebang untuk memberi laluan kepada pelebaran jalan.  Lebuhraya  akan dinaik taraf dari 6 lorong kepada 8 lorong ..!. Aku setuju dengan pelebaran jalan ini, tapi aku yakin apabila siap kelak, keselesaan pengguna hanya dapat bertahan sementara saja .. Percayalah 1-2 tahun pertama sesudah siap mungkin terdapat sedikit kelegaan, selepas dari itu jalan akan kembali sesak. Sebelum ini antara langkah lain untuk mengurangkan kesesakan, kenderaan berat dihalang dari menggunakan lebuhraya  antara pukul 7-10 pagi...mula-mula diperkenalkan memang berkesan, lama-kelamaan keadaan jalan kembali seperti asal. Gunalah kaedah apa saja seperti memperkenalkan aliran kontra...keberkesanan hanya  bersifat sementara ...


Faktor utama adalah  kenderaan bertambah saban tahun. Kenderaan baru didaftarkan setahun  melebihi 500000 unit, sekiranya 10 peratus saja menokok kepada bilangan kenderaan yang berada dijalanraya sudah pastilah , jalanraya sediada tidak dapat menampung pertambahan bilangan kenderaan ini. Dalam keadaan harga kenderaan mahal, banyak kenderaan baru didaftarkan,  bayangkan kalau harga kenderaan murah...


Pihak penguasa kena bertegas. Disamping  pengangkutan awam dicekapkan, kaedah pencegahan mesti dilaksanakan. Dulu ura-ura hendak diperkenalkan 'car pool' atau mengenakan caj tambahan bila memasuki bandar utama, tapi entah kenapa tidak dilaksanakan. Memang jika diperhatikan lebih 90 peratus pengguna kenderaan adalah bersendirian. Sekarang ni wanita pun semakin ramai memandu sendirian dan tidak lagi jadi penumpang kepada para suami..Aku berpendapat elok saja dikenakan  penalti sekiranya memandu bersendirian, pandailah nanti mereka mengatur perjalanan masing-masing...


Penguasa kena berani dan pekakkan telinga dalam  melaksanakan sesuatu perubahan. Jika tidak...lebarkan dan buatlah sebanyak mana lebuhraya..hasilnya tak kemana..sesak tetap sesak...! 



Wednesday, July 25, 2012

Wakaf baru untuk EP Homestay...

EP Rawang Homestay Bungalow sedang dinaik taraf untuk keselesaan pengunjung. Pengunjung kelak boleh bersantai sambil bersembang di wakaf  yang disediakan . Inilah kelebihan menginap di homestay. Rumah boleh dihuni secara beramai-ramai dan pastinya amat berbaloi dengan nilai wang anda.

Wakaf dibina menggunakan kayu terpakai dan  meminimakan penggunaan paku... 


Pekerja bertungkus lumus sehinga larut malam  untuk menyiapkan wakaf sebelum  lebaran..

Rangka wakaf yang telah ditegakkan...sebelum ditegakkan rasa macam kecil, bila tertegak masyaAllah...besarnya...! Sangat berbaloi untuk kemudahan  pengunjung...

Wakaf dengan ukuran 10' x 20' dengan kemudahan set BBQ bakal memberi nilai tambah penginapan anda disana.. Dengan  halaman sediada yang luas pelbagai aktiviti keluarga seperti majlis perkahwinan, pertunangan, perjumpaan  sanak saudara, sahabat handai dsb boleh dibuat di sini. Untuk tidak menghampakan anda,  tempahlah awal . Penginapan 'walk in' jarang dapat dipenuhi kerana homestay sentiasa penuh terutamanya dihujung minggu atau cuti umum dengan pengunjung yang menempah 2-3 bulan lebih awal .

Contoh wakaf yang praktikal dan menarik...

Kemudahan lain disediakan sila klik gambar homestay disebelah kanan atas blog ini. Klik gambar bunglow untuk homestay premium dan klik gambar apartment untuk homestay standard.

Monday, July 23, 2012

Bantuan kita diperlukan..-Urgent...!

Betapa ramai insan seagama  diluar sana yang sangat memerlukan bantuan kita. Malam tadi 23 hb Julai 2012, tazkirah taraweh ramadhan di masjid kami menjemput penceramah NGO yang terlibat secara langsung dengan bantuan kemanusiaan Rohingya..  Tayangan gambar-gambar penderitaan penduduk disana yang disiksa, dibunuh sungguh mengerikan. Aku percaya banyak maklumat dan foto-foto kekejaman mudah diperolehi di laman-laman sosial ..Semoga terketuk hati kita untuk menghulurkan  bantuan sebagai tanda simpati dengan penderitaan yang ditanggong oleh penduduk islam disana . 

Simpanlah maklumat akaun bank ini didompet kita . Semasa mengeluarkan wang di ATM nanti jom sama-sama menghulurkan bantuan dengan memindahkan sedikit wang ke akaun ini. Jika seorang dapat menghulurkan seringgit, sejuta orang..sejuta ringgit..! Kecil bagi kita, penuh bermakna bagi mereka..Jom ambil kesempatan dibulan ramadhan ini untuk membantu saudara seagama kita yang sedang menagih simpati kita.



Semasa berbelanja di bazar ramadhan nanti, ingatlah penderitaan insan lain yang sentiasa berlapar dahaga. sedangkan kita dilimpahi dengan pelbagai kemewahan..Apa salahnya  sedikit nikmat turut dikongsikan bersama insan lain yang tersangat memerlukan. 

Bersyukurlah..negara kita aman.

Sunday, July 22, 2012

Kayuhan Sihat- Kemensah lagi...

Semangat bersenam berkobar-kobar setelah berada seminggu di hospital.
Amacam ..? Sanggup beriadah sebegini di bulan Ramadhan ..?








Ha-ha riadah ini seminggu sebelum Ramadhan..
Lokasi : Long Trail Kemensah. 
Tarikh: 15 Julai 2012
Jarak kayuhan 20km offroad.

      Semoga kesihatan mantap dan hidup bertambah ceria...Amin..

Tuesday, July 17, 2012

Korang tak ngeri ker...?

Wa betul-betul ngeri beb...serius wa cakap..! kalau korang perasan banyak entry aku kebelakangan ini asyik cerita pasal orang sakit... sakit sana..sakit sini. Mana taknya, belum sempat  enjin kereta sejuk balik dari JB baru ni menguruskan anak aku yang sakit , dapat  berita lagi sorang kawan motor kena serangan jantung...Umur baru melewati usia 40 tahun. Mujur serangan jantung ringan dan masih panjang umur...jika tidak bertambah lagi bilangan janda dan anak yatim...Dahlah sepanjang seminggu aku dihospital sentiasa dikelilingi orang sakit.

Bila selalu sangat dengar berita orang sakit, nak makan pun macam tak lalu...takut-takut tinggi lemak,  tinggi kolestrol dsb. Kalau dulu pantang singgah warong atau  pasar malam, order ikut selera tekak, yang lecehnya sekarang  banyak sangat timbang tara .. makanan bergoreng kena tengok kualiti minyak..kalau minyak gorengan dikuali berkaler hitam serupa minyak gear box kenderaan , taubat aku tak beli...

Dan yang baik lagi... semangat bersenam  datang  berkobar-kobar...pantang kawan ajak berbasikal meredah offroad..jom saja..pergerakan dalam taman pun  aku mahu capai basikal .. Pedulilah apa orang nak kata... tengahhari buta berbasikal... Yang penting badan sihat ...!

Ramadhan yang bakal menjengah pun rasa macam ditunggu-tunggu pulak. Harap-harap sebulan berpuasa ni disamping  meningkatkan kesihatan rohani dapat juga menyahkan  elemen kurang sihat dari badan seperti   lemak berlebihan , kolestrol jahat dll .  Lagi pun nabi ada memberitahu punca penyakit bermula dari perut.

Semangat bro...harap-harap bukan hangat-hangat taik ayam..hu hu...

Jomlah sihat...!


Nurul Wahida yang sepatutnya dibenarkan balik hari ini Selasa 17hb Julai 2012, ditahan lagi untuk pemantauan lanjut...hu hu... Semoga cepat sembuh anak ku..

Sunday, July 15, 2012

Semoga Nurul Wahida dan pesakit lain segera sembuh...

Terimakasihlah kepada sanak saudara juga teman-teman yang menghulurkan sokongan moral kepada kami. Wa cuba menahan, tapi tak boleh beb.. sebak tetap menjengah  lebih-lebih lagi bila dapat tahu masjid di taman wa turut mengadakan solat hajat ..ibu-ibu membacakan yassin... Bila memandang anak terbaring lemah, dengan kabel dan wayar menusuk anggota tubuh, lagi wa bertambah sayu...

Jika panjang umur.., hendak atau tidak, semua orang akan melalui  fasa ini melainkan... notis tidak, apa tidak tetiba PADAM.. Dua orang makcik berusia 80an turut ditempatkan di wad anak aku dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu..kekadang nampak sihat.., ada ketika tahap kesihatan jatuh merudum sehingga terpaksa dipanggil waris-waris supaya segera datang ke hospital..mana tahu umur hanya mampu bertahan setakat itu...Pada usia lewat seperti ini mungkin waris-waris telah redha dan bersedia dengan apa saja ketentuan...Cuma anak aku terpaksa mengharungi ujian ini dalam usia yang muda...walaubagaimanapun kami tetap bersyukur kerana ada orang seawal lahir didunia telah diuji dengan pelbagai ujian...

Setelah lama berada diwad, aku berazam untuk mempelajari cara-cara solat orang sakit. Mungkin kelas-kelas pengajian agama perlu menekankan pembelajaran ini secara teori dan praktikal. Semasa sihat ni kot kita kena pelajari ilmu itu  sebagai persediaan menghadapi situasi sebegini. Kesihatan rohani perlu dijaga seiring kesihatan jasmani. Sepanjang aku menemankan anak diwad, rata-rata kesedaran pesakit menunaikan solat nampaknya seolah kurang bahkan seperti tiada...Aku juga jahil...Kejahilan pastinya tidak membebaskan sesorang itu dari kewajiban mentaati perintah Allah. Mungkin pesakit yang tidak atau separa sedar dikecualikan bersolat tapi bagaimana dengan pesakit yang sedar sepenuhnya, boleh bergerak dan berjalan ..adakah dikecualikan juga...setakat yang aku faham solat tetap wajib dalam apa jua keadaan, hanya kaedah solat diringankan menurut tahap kemampuan pesakit...


Sehingga ke tarikh ini anak aku masih lagi dibawah pengawasan doktor.. Insyaallah jika semuanya ok, hari Selasa 17 Julai 2012 mungkin boleh dibawa keluar hospital. Semoga anak aku segera sembuh...Amin...

Mohon kalian mendoakan anak aku juga ok...


Friday, July 13, 2012

Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru-Hari ke 2...




Ini kali kedua aku berurusan dengan pihak dewan bedah hospital kerajaan. Pertama dulu di Hospital Batu Pahat semasa menemankan abang untuk rawatan diabetis dan kedua menemankan anak pula kerana komplikasi perut di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru. Dalam kedua-dua keadaan aku sentiasa resah dan tak pernah senang duduk menanti giliran yang seolah tak kunjung tiba. Pesakit pula  menanggong derita kerana terpaksa menunggu giliran untuk  memberi laluan kepada kes-kes  kritikal lain yang lebih mendesak . Aku percaya bukan aku seorang yang mengalami situasi  ini., sebab di wad anak aku juga  terdapat pesakit lain yang  sedang menunggu giliran untuk memasuki dewan bedah...

Keadaan Nurul Wahida sejurus keluar dewan pembedahan. Masuk ke dewan bedah jam 7.30 malam dan keluar hampir 10.00 malam.

Dalam banyak-banyak kes kecemasan mendesak biasanya kes komplikasi wanita bersalin mendahului senarai yang perlu diberi tindakan segera kerana melibatkan dua nyawa selain itu kes-kes kemalangan  turut  menduduki senarai keutamaan. Memang pun sepanjang aku duduk di ruang menunggu berhadapan dewan bedah, pesakit ingin bersalin bersilih ganti memasuki dewan bedah. Melihat kepada senario ini mungkinkah sudah sampai masa pihak kerajaan memikirkan untuk membina hospital  bersalin dan yang berkaitan dengannya secara berasingan sebagaimana hospital bersalin swasta yang lain. Dengan pendekatan ini tempoh menunggu pesakit kronik lain boleh dikurangkan seterusnya mengurangkan risiko komplikasi susulan.

Setelah berpengalaman berurusan dengan hospital-hospital kerajaan berikut secara umumnya aku sangat berpuashati dengan mutu perkhidmatan hospital-hospital kerajaan versi terkini seperti Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Hospital Batu Pahat-Johor, Hospital Selayang, Hospital Sg Buloh, Hospital Serdang.- Selangor, Hospital Putrajaya dll. Syabas kepada pihak pengurusan, para doktor, jururawat dan wargakerja sokongan lain.



Wednesday, July 11, 2012

Bersyukur dan Hargailah Kesihatan Anda...



Tak siapa boleh menduga apa boleh berlaku pada diri  kita., begitulah juga dengan penyakit  yang menimpa anak aku Nurul Wahida 13 tahun...komplikasi dalam perut. Simtom awal mengalami sakit perut, muntah-munth dan cirit birit terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru. Anak aku yang bersekolah di MRSM Mersing, sebelum itu telah dirujuk ke Pusat kesihatan dan Hospital Besar Mersing .

 Hanya dapat melelapkan mata dengan ubat penenang dan tahan sakit setiap 3-4 jam..

Pelbagai andaian dan ujian sampel dibuat oleh doktor pakar kerana simtom penyakit yang berbagai serta sukar untuk dikenalpasti secara tepat tetapi lebih terjurus kearah penyakit apendik. Kemungkinan lain tidak dikesampingkan... penyakit saluran peranakan  mungkin dan pelbagai andaian lain. Alhamdulillah setelah hampir 48 jam menanggung derita sehingga satu ketika terpaksa menerima suntikan morfin untuk meredakan kesakitan..magrib semalam Rabu 11hb Julai 2012 anak aku berjaya menjalani pembedahan. Pakar bedah mendedahkan  kepada kami berserta gambar, usus  terpaksa dipotong sepanjang 700mm..(hampir satu meter..! ) kerana telah 'mati' berwarna hitam akibat tersepit/terbelit/terpintal di dalam lobang yang terdapat pada membran usus. Menurut doktor terdapat kecacatan semula jadi dalam bentuk lubang/koyakan pada membran  usus anak aku .

Lubang/koyakan membran ini tidak wujud pada manusia normal. Mungkin usus termasuk dilubang ini lalu tersepit dan menjadi hitam kerana tidak menerima bekalan darah/oksigen mencukupi...Tak taulah samada korang faham apa yang aku tulis..untuk mudah memahami cuba lihat usus ayam..dan lakaran berikut mungkin  membantu.




Ilustrasi berdasarkan pemahaman aku menurut keterangan doktor...Klik gambar untuk membaca tulisan dengan jelas

Semoga anak aku Nurul Wahida kembali sihat dn ceria...Amin..

Saturday, July 7, 2012

Wanita dibunuh...!


Inilah detik yang sempat aku rakam sewaktu menuju Pekan Rawang Khamis lepas... Penemuan mayat seorang wanita berbangsa India yang dihumban dalam semak  di kawasan perindustrian Sg Dua, Rawang Selangor

Tarikh kejadian : Khamis 6 July 2012.

Baca suratkhabar hari ini rupanya mangsa  tinggal sepelaung saja dari rumah aku. Lecehlah... banyak betul berita kurang mengenakkan yang berlaku di Rawang...Tak silap aku dua minggu sudah dilaporkan disuratkhabar penjenayah ditembak polis dalam aksi kejar-mengejar di Rawang juga...Apalah nasib tinggal di daerah famous dengan jenayah..hu hu.....Kalau di taman aku tu berbagai jenayah bersilihganti..Kes ragut, curi duit tabung masjid, pecah rumah dsb acap sangat berlaku..penjenayah dah tak memilih waktu untuk melancarkan operasi...dinihari, malam buta, awal subuh dsb...Nampaknya perikemanusian  sudah tercabut dari hati manusia....Ya Allah jauhilah kami dari malapetaka ini...

Semoga dibuka hati manusia untuk menerima hudud sebagai jalan penyelesaian terhadap jenayah yang semakin parah...




Thursday, July 5, 2012

Tidakkah anda sakit hati...?

Setiap kali terpandang banner seperti ini hati aku mesti sakit  yang teramat dan entah kenapa aku turut menjadi benci terhadap pihak yang bersengkongkol dengan puak-puak ini walaupun seketika dulu sokongan aku tidak berbelah bagi..  Aku tak mahu sokongan yang aku berikan menjadikan puak yang satu ini bertambah kurang ajar. Sedangkan dengan sedikit kuasa yang ada mereka sudah tiada rasa hormat bayangkan kalau sudah mendapat kuasa nanti...

          Pemandangan ini semasa sidang dewan rakyat di Melaka baru-baru ini...! Mana rasa hormat terhadap bahasa kebangsaan...?



Semenjak PRU 2008, penggunaan bahasa di papantanda bunting dan banner semakin bercelaru..Jika benar agenda nasional didokong dan puak yang bersengkongkol adalah dominan dalam pakatan mereka, kenapa  kebiadapan puak chauvinist cina semakin terserlah...?

Sanggupkah kita membiarkan perkara ini semakin membarah...?

Ada mata lihat, ada telinga dengar..ada otak fikir...! Kita mampu mengubahnya.


Wednesday, July 4, 2012

Awas...! Kaki anda...

                                                     
                                                      Pemijak tangga besi tajam bak samurai...

                                                      

Tuesday, July 3, 2012

Kanak-kanak hilang...!

 Atikah Nazirah Latep (kanan) yang pernah hilang...bersama abang Hadif dan adik  Nurul Wahida...

Aku mengerti perasaan ibubapa yang kehilangan anak., sebab kami pernah mengalami pengalaman yang sama sewaktu tinggal di USJ13, Subang Jaya 12 tahun dulu...Hampir luluh seluruh badan bila mendapat berita anak perempuan  ke 4 kami yang ketika itu berumur 3 tahun hilang... Aku yang ketika itu sibuk menguruskan tiket penerbangan bibik yang ingin pulang ke kampung, hampir terjelepuk bila tiba di rumah dan dimaklumkan anak ke 4 aku tiada dirumah. Isteri menyangka, anak mengikuti aku. Padahal semasa pergi memang benar anak ada mengekori kereta aku dan sangkaan aku ahli keluarga yang lain menyedari dan membawanya masuk ke rumah.

Aku buntu seketika. Laporan polis jiran sebelah tolong uruskan. Dengan bantuan jiran gerakan mencari segera dilakukan di sekeliling taman. Lebih kurang 8 malam kami mendapat panggilan telefon dari pihak balai untuk pengesahan kanak-kanak perempuan yang ditemui  dan  berada di pusat asuhan kanak-kanak berdekatan. Bergegas kami ke sana . Sukar untuk kami gambarkan perasaan ketika itu. Kami peluk rapat dan kucup sepuasnya anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa..Hanya aliran airmata kegembiraan mengirngi penemuan itu...Pihak pusat asuhan memaklumkan seorang apik yang berjogging menemui anak aku berkeliaran seorang diri di taman perumahan bersebelahan...! lalu menyerahkan ke pihak pusat asuhan tersebut. Mujur pihak asuhan segera menghubungi pihak polis.

                                 Atikah (kiri) bersama adik Nurul Wahida 12 tahun dahulu...

Bayangkan kehilangan yang bermula jam 4 petang dan berkesudahan 8 malam telah mengundang kegelisahan yang amat dahsyat. Aku tak dapat gambarkan  perasaan yang ditanggung oleh jiran setaman aku sekarang yang kehilangan anak lelaki beliau berusia 7 tahun..Sehingga berita ini ditulis  masih tidak diketahui nasib yang  menimpa anak beliau

Berikut sedikit maklumat kehilangan. Semoga paparan ini sedikit sebanyak membantu mengesan kehilangan anak teman aku itu..Amin. ...



HILANG SEJAK SEMALAM..
Muhammad Izzat Saffuan Mohd Sukri
Umur : 7 Tahun

Kali terakhir dilihat - pukul 6 petang , 2 Julai 2012 di kawasan Masjid Cahaya Iman, Bdr Country Homes, Rawang

please share...

HUBUNGI : ABU: 013-223 2557 YIE: 019-348 6694

Kepada yang memiliki anak-anak kecil berwaspadalah...Jangan jadikan trauma kehilangan anak menjadi milik anda...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK