Inilah detik yang sempat aku rakam sewaktu menuju Pekan Rawang Khamis lepas... Penemuan mayat seorang wanita berbangsa India yang dihumban dalam semak di kawasan perindustrian Sg Dua, Rawang Selangor
Tarikh kejadian : Khamis 6 July 2012.
Baca suratkhabar hari ini rupanya mangsa tinggal sepelaung saja dari rumah aku. Lecehlah... banyak betul berita kurang mengenakkan yang berlaku di Rawang...Tak silap aku dua minggu sudah dilaporkan disuratkhabar penjenayah ditembak polis dalam aksi kejar-mengejar di Rawang juga...Apalah nasib tinggal di daerah famous dengan jenayah..hu hu.....Kalau di taman aku tu berbagai jenayah bersilihganti..Kes ragut, curi duit tabung masjid, pecah rumah dsb acap sangat berlaku..penjenayah dah tak memilih waktu untuk melancarkan operasi...dinihari, malam buta, awal subuh dsb...Nampaknya perikemanusian sudah tercabut dari hati manusia....Ya Allah jauhilah kami dari malapetaka ini...
Semoga dibuka hati manusia untuk menerima hudud sebagai jalan penyelesaian terhadap jenayah yang semakin parah...
Hukum Islam itu sudah indah, tapi manusia yang berdosa sentiasa cuba menafikannya. :(
ReplyDeleteZaman skrg memang amat payah manusia sedar dari kesilapan
ReplyDeletebyk sgt termakn garam.. inilah jadinya.. apa saja yg dibuat ikut
nafsu..
kakcik n nurmisnan..sgt setuju dengn kenyataan kalian
ReplyDelete