Saturday, June 30, 2012

Life begins at 40...


Sabtu 30hb Jun 2012. Tasik Puteri Rawang.

Bila terpandang muka dia tersentuh hati aku...nampak pucat dan keletihan...duduk melayan tetamu pun rasa mengah...berat mata memandang berat lagi bahu memikul...Apalah sangat yang boleh kami ucapkan selain memintanya bersabar... Salah sorang sahabat motor aku disahkan mengidap barah hati peringkat 2 pada awal Mei yang sudah. Aku dapat bayangkan kesusahan mental dan fizikal yang  ditanggung selepas pengesahan itu apatah lagi kesusahan mendatang.. Hospital akan menjadi rumah kedua atau mungkin rumah pertama bergantung kepada perkembangan penyakitnya. Beliau sendiri meminta doktor memberi pandangan ikhlas mengenai penyakitnya...' Kalau belum pergi haji atau umrah bersegeralah...' Itulah jawapan ringkas tapi penuh maksud mendalam tuan doktor...

Nampaknya ramai kekawan aku yang telah mengetahui nasib badan...bukan sedikit bahkan ramai...2 minggu sudah menziarahi rakan setaman lain yang tetiba dimasukkan ke ICU kerana serangan jantung...yang mengidap kencing manis pun ramai..yang telah kembali kerahmatullah pun ramai...Benarlah kot life begins at 40.


Bila fikir-fikir apa yang nak digaduhkan dengan kehidupan dunia yang sementara....Solat kita mungkin tak sempurna.. bagaimana pula dengan rukun-rukun agama yang lain..argh ..banyak benar kekurangan diri...Nampaknya kita kena betulkan niat dan azam. Sementara badan sihat kena juga usaha cari harta ..  dan berdoa semoga harta yang banyak tidak melalaikan kita. Lebih banyak harta, lebih banyak boleh disalurkan ke tempat berfaedah yang boleh menjana pahala berterusan didunia dan akhirat..Mana tahu dengan  infak itu  dapat mengundang redha Illahi...


Ya Allah redhailah kami...Amin. 

1 comment:

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK