click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text
Showing posts with label xpdc Sumatera. Ride Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label xpdc Sumatera. Ride Luar Negara. Show all posts

Sunday, July 5, 2020

Pemberi Makan Ayam Automatik



Memberi makan dan minum ternakan ketika kita berada diluar kawasan sering memberi masalah kepada penternak kecilan.

Sebenarnya ada kaedah mudah untuk mengatasi masalah itu...Buat Pemberi makan ayam automatik/ chickens auto feeder. 



Dengan modal kecil makanan ayam boleh disimpan didalam tong bertutup dan makanan ayam sentiasa tersedia selagi didalam tong masih berisi makanan...


Elbow bersaiz 3 inchi dipotong di bahagian belakang untuk membolehkan pelet turun dengan sendiri secara tarikan graviti untuk memenuhi ruangan mematuk.

Dengan cara ini makanan pun tidak bersepah semasa ayam mematuk makanan.

Sekiranya ternakan diberi makan pelet sepenuhnya, bekas makanan boleh ditinggalkan saja di reban..tapi bagi penulis, bekas ini hanya digunakan semasa ketiadaan sesiapa dirumah  sebab penulis turut memberi campuran  makanan basah  seperti makanan lebihan dan sayuran yang diperam kepada ayam jadi kaedah ini kurang sesuai.

Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan..Jom jom menternak ayam



Wednesday, June 22, 2011

Mission accomplished...!





Berhenti rehat pekena air kelapa...hujan renyai-renyai  mulai turun...tapi lagi lama ditunggu hujan tak berhenti,  kami teruskan perjalanan...

Sedang kami menikmati air kelapa, sebiji lori terpusing akibat jalan licin..mujur takda kenderaan diarah bertentangan...

30km menghampiri bandar Medan keadaan jalan mula sesak teruk. Sedang kami mencelah diantara kenderaan, tanpa disedari kami terpisah. Puas aku tunggu Ar mastor ditepi jalan dengan menyangkakan beliau berada dibelakang aku...Aku berpusing semula ke tempat bermulanya jalan sesak tadi, risau-risau motor beliau menghadapi masalah namun tidak berjumpa. Setelah hampir 45 minit menunggu, kelibat beliau masih tak kelihatan , aku ambil keputusan meneruskan perjalanan. . Semasa berehat tadi kami ada bersembang untuk menginap di Hotel JW Marriot.. Elok saja aku terus ke sana. Mungkin beliau pun berfikir seperti aku juga. Dalam aku layan sorang-sorang bawak motor, ternampak motor beliau diletakkan ditepi jalan...beliau singgah dikedai mencari top up untuk menghubungi aku.. ha ha..tak sangka bila masa pulak beliau potong dan berada di depan aku....

lepas itu kami tak mau mencilok-cilok lagi...bawak motor sebelah kiri jalan saja..kerana hari dah pun mula gelap...
Kami tiba di Hotel Grand Angkasa dalam 7.30 mlm. Tak jadi nak menginap di JW Marriot. Argh susahlah waktu malam nak cari tempat dan jalan sesak. Singgah mana yang terjumpa saja...hotel yang ni pun ok jugalah ...4 bintang...Rate diskaun Rp360k.., harga asal dalam Rp720k..!. Setelah seminggu duduk hotel tak berbintang..apa salahnya hari terakhir memanjakan diri sikit...tapi kalau badan dah penat tuu..tidur bawah tangga pun rasa macam duduk hotel lima bintang....
Misi kami untuk mengelilingi separuh Sumatera telah berjaya.. Tiba saja terus parking motor. tak maulah nak tonggang motor lagi..Selepas check in dan  mandi kami cari makanan dengan menaiki betor saja...dah takda selera nak menonggang motor lagi...Malam tu saja ronda-ronda ke shopping complex ..window shopping...takda apa nak dibeli...lagipun barang-barang takdalah murah sangat...

Keesokan hari sebelum ke airport, minta Pak Dollah hantar aku ke kedai beli telekong yang bini aku kirim..bab membeli barang ni  aku tak berapa reti...manjang tak memenuhi citarasa ...aku dah agak dah ...bukan sebagaimana yang bini aku hendak..padahal dah aku tanya pada penjual tu, cari telekong yang terbaik...sampai rumah bini aku cakap " ini fesyen lama..kat Malaysia pun banyak dan murah.." ermm manalah aku tau...ni yang malas aku nak membeli...dari sudut kebaikan pulak, lain kali tak payahlah aku memberatkan beg, beli barang yang belum tentu orang suka..he.he..selamat duit..
Mengabadikan gambar didalam dan luar Polenia Airport, Medan....Semoga bertemu lagi...

Monday, June 20, 2011

Ini kes berat paak..Perghh !...

Pukul 6.30 waktu Indonesia kami dah bersiap sedia untuk bergerak. Jarak perjalanan hari ini perlu ditempoh adalah sejauh 550km. Kami menganggarkan dalam pukul 5ptg akan tiba semula dimedan sekiranya tiada masalah sepanjang perjalanan. Usah ditanya penduduk tempatan... silap-silap mereka akan memberitahu keesokan pagi baru boleh sampai kerana mereka tak berpengalaman pun menonggang motor jarak jauh..

Jalan 60 peratus adalah elok, sesetengah kawasan pulak kosong...kalau bawak motor besor mau dibesit 200km/jam..he.he.. lepas geramm..bawak kapcai ni sudah menunduk rapat kat handle pun, motor hanya boleh pergi 110km/jam...
Hari kelapan entah kenapa banyak pulak sekatan polis..tak silap aku lebih 8 tempat...bila ada sekatan seperti ini ramai orang memberhentikan kenderaan. takut kena saman..Pertama kali lalu kami selamba jalan dan kena tahan...kami apa takut..semua dokumen lengkap...he he itu andaian kami ..bila Pak Polisi check rupanya road tax kami telah tamat tempoh..."Berat ni pakk..!"  beritau  pegawai tu.."Ini kereta sewa, mana kami tahu ..". "Argh... bagimana mau selesei, pesawat kami jam 6 pak.."  kelentong lah wei...dah bincang-bincang dengan komander tetap kena saman...tapi tak beresit la..ha..ha..seorang kena Rp100ribu.

Sebelum-sebelum ni banyak pemandangan seperti ini.. sukarelawan memungut sumbangan orang ramai untuk membina masjid. Lokasi kutipan bertentangan dengan bangunan masjid yang dalam pembinaan...sahlah dana dikutip memang untuk membina masjid... untuk mengelakkan kena tahan polis lagi, kami bersedeqah bila jumpa sukarelawan seperti ini...dan ajaibnya 7 sekatan polis berjaya dilepasi dengan hanya membuka  visor helmet dan mengangkat  tangan...pergh...daripada  duit kami terbang ke Pak Polisi lebih baik duit tu disedeqah  untuk membina masjid...dapat juga pahala..sebelum ni kedekut sangat kot...
Pemandangan seperti ini juga biasa..kad ucapan gergasi selamat pengantin baru di pinggiran jalan..dan lagi ada live band ...Kalau lokasi majlis tepi jalan siaplah menempoh jem...Goyang dangdut paak...!...tapi yang tak best tu kekadang nanyian dangdut bersahut-sahutan dengan seruan azan....

Diam tak diam hari ni dah hari kelapan kami berada di Sumatera. Hampir separuh pulau telah pun kami jelajah. Empat Daerah telah kami lawati.., Sumatera Utara, Acheh, Sumatera Barat dan Riau. Sektor terakhir nampaknya tak banyak peristiwa mencabar sebaliknya ride penuh santai. Motor pun tak banyak memberi masalah., walaupun kenderaan banyak kerana laluan ini adalah jalan utama Trans Sumatera, tapi dengan pengalaman lebih seminggu bawak motor disana, kami sedikit sebanyak faham cara pemanduan pengguna jalan raya disana..Kalau jalan bertar sesak, kami lalu saja atas bahu jalan..alah keadaan lebih teruk pun pernah kami lalui, setakat meredah bahu jalan langsung  tak menggusarkan kami .Dihari terakhir ni kami perah minyak hingga maksima ..,walaupun demikian kelajuan maksima boleh dicapai hanyalah 110km/jam. he he..punya kuat terjahan angin sampai melekat visor ke muka...!

Friday, June 17, 2011

Lawatan di candi Muara Takus...


Kami singgah di Candi Muara Takus di Kampar...laa di Sumatera pun ada Kampar jugak. Candi dibina dalam kurun ke 11 bermakna penempatan disini lagi lewat berbanding penempatan di Lembah Bujang di kaki Gunung Jerai yang dipercayai dibina pada kurun ke 4 ..entah-entah orang Kampar Malaysia yang berhijrah dan membuka penempatan di Kampar Sumatera... ha ha..kena tanya dengan ahli sejarah la ni..





Candi ni wujud sebelum kedatangan Islam di sini...sekarang boleh dikatakan kesemua penduduk adalah beragama islam... Penganut buddha luar dari Thailand, Taiwan, Singapura dll masih menziarahi  ke sini untuk menjalankan upacara keagamaan mereka..Aku semakin berminat membaca kesah-kesah sejarah orang melayu sebelum kedatangan islam.. Apakah anutan agama nenek moyang kita dulu sebelum kehadiran islam... Dicandi ini terdapat platform untuk penganut berpusing mengelilingi candi...sebagaimana orang islam mengelilingi kaabah...mungkin juga agama ini dulu sedikit sebanyak mempunyai susur galur agama Nabi Ibrahim..tetapi semakin lama sudah ditokok tambah sehingga menyimpang jauh dari ajaran sebenar.. Bukankah manusia dulu sudah lama bertebaran dimukabumi....Islam dipercayai tiba di Sumatera hanya pada  kurun ke 10..ini andaian aku saja..
Gerai minuman yang diusahakan penduduk tempatan melayu Riau...pertama kali kami makan kacang goreng berperisa bawang putih..boleh tahan sedap juga rasanya...
Motor Ar Mastor pancit lagi, 1km dari bengkel ini.sesudah keluar dari lawatan candi di Muara Takus, tayar terpaksa dibuka ditepi jalan dengan bantuan mekanik kereta dan dibawa ke bengkel ini untuk ditukar dengan tiub dan tayar baru...bunga tayar beliau memang dah takda berbanding motor aku sebab tu motor dia 2 kali bocor. Aku mengambil kesempatan itu untuk menukar sproket dan rantai. caj dalam Rp100 ribu..

Menghampiri Pekan Baru...  di Sumatera pun ada bandar Kuantan...klik gambar untuk zooom dan lihat papan tanda dengan lebih jelas...banyaknya persamaan nama tempat....


Perhentian terakhir sebelum tiba di Bandar Duri...Solat dan pekena kopi panas di gerai bersebelahan masjid ini..
Ramai sungguh berbaris untuk mengisi minyak

Antara Pekan Baru dan Duri tak banyak gambar yang kami rakamkan..kiri kanan jalan banyak tanaman getah dan kelapa sawit...yang membezakannya adalah terdapat banyak kompleks carigali dan penapisan minyak daratan usahasama Pertamina dan Chevron.
Tiba di Duri dalam jam 7.30 mlm. Kami menginap di Hotel Susuka..di Bandar Duri...bandar paling hampir dengan Dumai...

Monday, June 13, 2011

Riau...! tunggu kehadiran kami...

Bermalam di Hotel Gallery..Hari ke 7 kami memulakan pergerakan agak lewat kerana kami telah menjangkakan bahwa ride seterusnya adalah santai...kami yakin dengan keadaan jalan yang elok, tempoh untuk jarak perjalanan yang bakal dilalui boleh di agak.
Mengabadikan foto dihadapan rumah kelahiran Bung Hatta...Tokoh Perjuangan Daerah Sumatera Barat...Lapangan Antarabangsa Bung Karno -Hatta di Jakarta  mengabadikan nama beliau...inilah untungnya berjalan dengan orang akademik..dapat juga menimba ilmu...he he..
Sausana pagi berkabus....walaupun cuaca takdalah dingin sangat...


Aku pun tak pasti persamaan /perbezaan antara senibina  Batak dan Minangkabau...nantilah aku minta Ar Mastor ulas..
Disini kami teruja dengan pemandangan persekitaran pergunungan yang indah....Air terjun dibelakang tu melebihi ketinggian 30m barangkali....cuma gambar ni tak seindah pemandangan sebenar... bau-bauan tumbuhan hutan ...pergh..! sungguh menyegarkan..



Pembinaaan viaduct dipergunungan untuk mengurangkan liku-liku jalan dalam pembinaan...akan tambah menarik bila siap kelak kerana pengguna jalanraya dapat menikmati pemandangan indah flora dan fauna...tetapi pembinaan ini masih tidak menyeluruh ..hanya sebahagian jalan yang terlibat ..alangkah baiknya kalau keseluruhan jalan yang merentasi gunung dibuat begini... sungguh mengasyikkan..
Jalan ini merupakan laluan utama menghubungkan Daerah Sumatera Barat dan Riau...
Keadaan jalan yang berliku-liku...cuma keadaan jalan di daerah Sumatera Barat dan Riau jauh lebih baik berbanding Sumatera Utara...Kami lalui juga  rupa mukabumi seperti ini di daerah Sumatera Utara sebelum ini iaitu  Subus Salam-Danau Toba juga Dolok Sanggol ke Barus.. jalan sempit  dan berlobang-lobang ..sebahagian jalan dalam keadaan jalan bertanah merah lagi..!



Merentasi sungai...disungai inilah dulu dipercayai rombongan Sriwijaya bermudik ke hulu ...di Muara sungai ini kedapatan penempatan awal yang dibina pada kurun ke11..

Ikuti sambungan coretan xpdc dan  foto-foto penempatan awal di Muara Takus dalam entry berikutnya...

Saturday, June 11, 2011

Bukit Tinggi- Kota Wisata...

Deretan betor ( beca bermotor) menggunakan vespa. Unik... hanya banyak di Sidiempuan. Teringat aku xpdc ke Laos dulu bersama geng vespa tahun 60an...ramai yang tak percaya group vespa besi berjaya ke sana...sesapa yang masih ragu-ragu kehebatan vespa besi, nahh lagi bukti kehebatan kuda lama tersebut...
Trennng...teng..! teng..! teng..! he he syok tengok keunikan vespa besi.. bila tengok ini rasa ralat pulak skuter x9 aku dah jual..
Legaa...memasuki  Sumatera Barat. Jalan jauh lebih elok berbanding Sumatera Utara. Tempoh perjalanan mudah diramal kerana kelajuan motor lebih konsisten.
Melalui kawasan pesantren...
Singgah rehat sebentar pekena durian Sumatera...boleh tahan sedap...lemak-lemak manis ,2 biji Rp30000...
Walaupun menarik tapi tak seindah pemandangan di Acheh...
Hari bersejarah..! kami tak sangka kami telah melintasi garisan Khatulistiwa...Seberang sana tu hemisfera selatan....


Mercu tanda Bukit Tinggi...Menara jam besar Bukit Tinggi..
Hari biasa pun penuh sesak dengan orang ramai...Peniaga juga ramai..., .Seniman jalanan pun ada.. kalau hujung minggu lagi la...Pengunjung Malaysia sikit punya ramai daa...

Puas diberitahu melalui pembesar suara..jaga kebersihan..! jaga kebersihan...! tapi masih ramai yang kepala batu..,selamba saja campak sampah merata -rata...pekak barangkali...
Di hadapan Kubu Jepang...kami tak masuk.sebab bergegas nak cari bengkel servis kereta lagi...dapat ambil syarat bergambar depan pintu masuk pun  jaadi laa..


Bukit Tinggi...dengan tagline Kota Wisata..bermaksud kota tumpuan pelancong..wisata tu di ambil dari perkataan ' visitor' barangkali.....bila dah datang dan  tengok sendiri..ntahlah ...biasa-biasa saja je aku tengok...cuaca tak dingin punn. ...

Lepas check in hotel kami bersiar-siar sekitar dataran dan melawat ke deretan gerai dan kedai...terbeli juga kaus(t shirt), capal dan sepatu . malam pekena nasi padang lagi...ish..ish dah enam hari membedal nasi padang...tiap kali makan cuba makanan yang disajikan..enak juga kuku lembu...cuma yang tak sanggup aku cuba ..otaak lembu...he he..







Thursday, June 9, 2011

Fesyen ala-ala berkemban...

S





Yang ini ada sikit berbeza....


Beginilah rupa fesyen berpakaian kebanyakan wanita-wanita di Sumatera  yang  dapat  dirakamkan  di daerah-daerah yang kami lalu...ala.ala berkemban gitu..mungkin baginya  seksi kot..ha ha..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK