click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, June 13, 2011

Riau...! tunggu kehadiran kami...

Bermalam di Hotel Gallery..Hari ke 7 kami memulakan pergerakan agak lewat kerana kami telah menjangkakan bahwa ride seterusnya adalah santai...kami yakin dengan keadaan jalan yang elok, tempoh untuk jarak perjalanan yang bakal dilalui boleh di agak.
Mengabadikan foto dihadapan rumah kelahiran Bung Hatta...Tokoh Perjuangan Daerah Sumatera Barat...Lapangan Antarabangsa Bung Karno -Hatta di Jakarta  mengabadikan nama beliau...inilah untungnya berjalan dengan orang akademik..dapat juga menimba ilmu...he he..
Sausana pagi berkabus....walaupun cuaca takdalah dingin sangat...


Aku pun tak pasti persamaan /perbezaan antara senibina  Batak dan Minangkabau...nantilah aku minta Ar Mastor ulas..
Disini kami teruja dengan pemandangan persekitaran pergunungan yang indah....Air terjun dibelakang tu melebihi ketinggian 30m barangkali....cuma gambar ni tak seindah pemandangan sebenar... bau-bauan tumbuhan hutan ...pergh..! sungguh menyegarkan..



Pembinaaan viaduct dipergunungan untuk mengurangkan liku-liku jalan dalam pembinaan...akan tambah menarik bila siap kelak kerana pengguna jalanraya dapat menikmati pemandangan indah flora dan fauna...tetapi pembinaan ini masih tidak menyeluruh ..hanya sebahagian jalan yang terlibat ..alangkah baiknya kalau keseluruhan jalan yang merentasi gunung dibuat begini... sungguh mengasyikkan..
Jalan ini merupakan laluan utama menghubungkan Daerah Sumatera Barat dan Riau...
Keadaan jalan yang berliku-liku...cuma keadaan jalan di daerah Sumatera Barat dan Riau jauh lebih baik berbanding Sumatera Utara...Kami lalui juga  rupa mukabumi seperti ini di daerah Sumatera Utara sebelum ini iaitu  Subus Salam-Danau Toba juga Dolok Sanggol ke Barus.. jalan sempit  dan berlobang-lobang ..sebahagian jalan dalam keadaan jalan bertanah merah lagi..!



Merentasi sungai...disungai inilah dulu dipercayai rombongan Sriwijaya bermudik ke hulu ...di Muara sungai ini kedapatan penempatan awal yang dibina pada kurun ke11..

Ikuti sambungan coretan xpdc dan  foto-foto penempatan awal di Muara Takus dalam entry berikutnya...

3 comments:

  1. hasmizal, hang ada cadangan ke berkenaan maklumat yang selalu bikers/pembaca ingin ketahui berkenaan sesatu xpdc..? utk next ride bolehla saya cuba dapatkan maklumat tersebut..

    ReplyDelete
  2. Saya tak sure apa yang selalunya pembaca nak.. mungkin keadaan sekeliling atau sejarah tempat tersebut.. atau mungkin kesukaran dan kepayahan yang kita alami serta pengalaman semasa ride tu yang orang lain dapat rasa serba sedikit...

    Saya suka baca apa yang Kak Zmah garapkan dalam penulisan dia bila ride bersama-sama dengan suaminya dalam http://zmah-ceritaku.blogspot.com/

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK