Thursday, June 2, 2011

Kami bermalam di Balang pidie...malam ke 4

Kami singgah  disini untuk sarapan dan makan tengah hari setelah lebih 6 jam berada di atas motor. sambil tu bersembang dengan penduduk tempatan pasal tragedi tsunami. Ternyata kebanyakan mereka masih trauma mengingati peristiwa tersebut. Kebanyakan yang selamat berjaya berlari ke tanah tinggi.  Dibelakang gerai ini terdapat bukit tepi pantai yang menjadi tempat perlindungan mereka. Meulaboh hanya setengah jam lagi dari sini...belumpun dua jam kami ride dari perhentian terakhir kami tadi..laa diorang cakap tadi 3-4 jam baru sampai Meulaboh...sebabkan masa agak awal, kami berehat panjang disini sambil menghirup udara segar Lautan Hindi.....
,

Setibanya di Meulaboh masjid ini yang kami cari...tapi sebab banyak  masjid yang selamat, penduduk setempat pun tak tau nak tunjuk arah kerana kami tidak memberi nama masjid yang dimaksudkan. Kalau masjid ni di pusat bandar rasanya kami lalu tapi tak perasan masjid yang dikunjungi  sama seperti  digambar ini kerana keadaan sekeliling sudah berubah samasekali...
Puas bertanya kami ditunjukkan  masjid yang berkedudukan betul-betul di tepi laut dan  terselamat. Nak ke perkampungan itu melalui jalan pintas ini...
Tapi yang tak syok tengok, walaupun pun dah terang tsunami datang untuk memberi peringatan supaya patuh pada suruhan agama, tak semua yang mengambil iktibar...walaupun azan berkumandang diruang udara., yang berhampiran dengan masjid pun selamba saja meneruskan aktiviti. Apa salahnya berhenti sekejap untuk solat berjemaah...
Inilah masjid yang penduduk tempatan maksudkan, walaupun tak sama seperti digambar yang aku ambik dari internet tak mengapalah.... masjid ni betul-betul  di tepi pantai...Allahuakhbar..

Disini dulu penuh dengan penempatan. Sebahagian penempatan ini telah ditelan laut. Bekas-bekas tapak rumah berada di lautan di belakang tuu...


Anak-anak muda ni sedang membina kapal...


Kami meninggalkan Meulaboh... Sebab sudah lama berlalu tak banyak kesan tsunami dapat dilihat disini..Kalau ikut target asal malam nak tidur di sini tapi memandangkan hari masih awal kami akan bermalam di Balangpidie. Maklumat dari orang tempatan jalan ke sana adalah baik.



Malam tu tiba di Balang pidie dalam 8 malam. kira ok lah tak lewat sangat...Tapi terpaksa meredah hujan untuk tiba di sini.. Balangpidie adalah pekan besar selepas Meulaboh dan terdapat hotel untuk bermalam..
 Tiba diperkarangan hotel kami diterpa beberapa pengunjung hotel lain..."Bapak naik kereta dari Medan...?!". "iYaa.. ." jawab kami . Napa?..Jaauh tu pak..!." he he ..memang diorang tak pernah jumpa 'kereta' berplatkan no Medan di sini...

 Entah tak semena-mena leher aku kejang sakit susah nak pusing selepas mandi. Panggil tukang urut malam tu juga,... kalau cewek mungkin ok kot ..ini cowok pergh dia punya sakit...sampai melecet kulit dikerjakan dia. Sakit tak pulih sepenuhnya dan terpaksa tampal koyok untuk meredakan kesakitan. ..Malam, makan digerai yang diusahakan anak muda yang pernah berkerja di Kajang...


1 comment:

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK