Tuesday, June 14, 2011

Ku relakan perpisahan ini...




Skuter x9 hebat aku telah dimiliki insan lain...Sdr Omar dari Perlis telah membeli skuter itu pada hari Selasa 7hb Jun baru ni...Dia berkereta datang ke Rawang, bersama 4 orang lagi geng rider yang pernah bersama-sama ride ke Laos sebelum ini. Malam yang sama dibawa skuter tu balik Perlis...

Aku dengan berat hati mengambil keputusan menjual skuter tersebut kerana tak terlarat melayan sorang-sorang 4 biji motor yang aku ada...kalau 4 bini macam Salleh Yaakob tu oklah juga...ini motor, apa barang mau banyak-banyak...daripada aku bazirkan duit dan masa lebih baik aku layan motor yang aku betul-betul nak guna.....bila dah banyak motor ni rasa macam cepat saja road tax /insuran nak luput tempoh..dah tu pulak bersilihganti perlu diperbaharui ...tak sanggup aku...itu belum kira maintenance..servis, tayar dsb... lagi pun motor-motor ni perlu dibawak selalu...lagi dibiarkan lagi cepat jahanam motor tu..

Motor kerengga dulu..Single seat...

Motor kerengga sekarang berwajah baru . Dah pasang seat panjang...

Sekarang ni hari-hari biasa kerja aku naik suzy, outstation bawak Bm, keliling taman atau masjid aku bawak motor kerengga..he.he.. motor kerengga ni road tax pun aku tak nak hidupkan. Abang polis tahan nanti aku bagitau la ini hanyalah sebuah basikal bermesin...tak rosakkan jalan dan tak bawak jauh mana pun...sebab tu tempat duduk motor aku dah tukar bagi boleh naik berdua..senang nak bawak anak bujang aku naik bersama-sama nanti...

Kereta...? argh bila dah selalu bawak motor...cepat saja darah menyirap bila sesekali naik kereta...jem..jem.jem..Lalu jalan berbayar pun perlu bersesak-sesak .. Apa barang..beb..!

4 comments:

  1. belum berselisih lagi dengan owner baru skuter X9 kat Perlis ni...

    ReplyDelete
  2. jap lg jumpalah tu..BKN 4898...tolong hon bila berselisih he he..

    ReplyDelete
  3. Laa dah jual ke? Macam nak beli BMW baru jer tu :D hehe..

    ReplyDelete
  4. tak kot nif..bmw baru harga dkt 170k lebih termasuk ins dan rd tax...dlm mhl2 mcm ni pon stok awal dah abis..kalau nk jg paling awal julai stok baru tiba...

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK