click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text
Showing posts with label YR Gunting. Show all posts
Showing posts with label YR Gunting. Show all posts

Tuesday, August 22, 2023

Kellie's Castles, Batu Gajah, Perak


Misi mencari kedai sewa di Ipoh, membawa kami ke Kellie's Castles...Bercadang membuka kedai gunting baru di sana. Di Lembah Klang harga sewa kedai sudah terlalu mahal, sangat tidak berbaloi untuk pemodal. Jarak Ipoh dan Lembah Klang pun tidak jauh sekitar 2 jam pemanduan.

Lokasi kedai telah dikenal pasti., tapi perbincangan belum mendapat kata putus.

Dah alang- alang ke sana, singgah di Batu Gajah, membawa anak buah  meronda-ronda ke Kellie's Castle. Ini saja modal yang kita ada sebagai pemodal, membeli jiwa anak buah. Anak buah gembira urusan kedai akan semakin mudah, apatah lagi apabila kedai jauh.






Syabas kepada agensi pelancongan negeri Perak yang mengeksploitasi bangunan lama rumah agam tinggal milik pengusaha pelombong bijih timah.

Tiket masuk dewasa rm5 seorang dan caj parking Rm2, harga yang sangat munasabah.









Penambahbaikan terbaru berbanding kunjungan terdahulu, kini pelawat dikhendaki mengambil gambar sebelum memasuki perkarangan bangunan. Walaupun tiada paksaan membeli, ramai yang tertarik untuk membeli gambar sebagai kenangan.










Menurut catatan, di beranda ini sering kelihatan kelibat lembaga kononnya roh pemilik yang menjaga rumah beliau..Gimik-gimik seperti ini yang menarik minat pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut dan datang ke sini..




Catatan- catatan mengenai sejarah rumah agam disediakan untuk makluman pengunjung.


Apa lagi..Jom jom kita meriahkan destinasi pelancongan tempatan...

Friday, July 14, 2023

Pokok Kelapa...

Khemah pelanggan menunggu telah siap dipasang.

Hah baru nampak macam siap. Itu kawan yang kata...Sebelum ini ramai yang cakap kedai bas ini cuma bas sekolah buruk tersadai., walhal terpampang keliling dinding bas gambar orang bergunting. Lampu liplap gunting pun pasang. Orangramai tak perasan sebab jarang kedai gunting rambut memanfaatkan bas terpakai. Yang lebih dibimbangi orangramai akan komplen ke Majlis Bandaraya sebab sakit mata disajikan pemandangan tak enak.



Untuk lebih meriah lampu warna warni keliling bas pun sudah dipasang.  Walaupun menumpang tanah JMB, kena anggap macam tanah sendiri...Kebersihan persekitaran bas dijaga, rumput sentiasa berpotong rapi. Kini tanah lapang  ditanam dengan pokok kelapa dan kurma. Biar sejuk sikit mata memandang.



Bila pokok telah besar nanti harap bertambah teduh dari sinaran matahari..Walaupun telah dipasang khemah, bahang di bawah khemah tetap membara. Dalam bas ok nyaman sebab disediakan 2 buah AC.


Sempena bulan kemerdekaan  Ogos depan, di tiang tinggi akan dikibarkan bendera, masih komplen tak perasan tak tau lah..

Jom jom datang bergunting...Anda kacak.. kami hepi..

Monday, June 26, 2023

Gunting Rambut Raya..

Sebagai pengusaha yang bergantung sepenuhnya dengan kemahiran orang lain, cabaran mengusahakan khidmat gunting rambut adalah mendapatkan tukang gunting yang baik. Lebih sedekad berlalu sering bersilih ganti tukang gunting, terutamanya untuk kedai yang baru dibuka. 


Kedai hanya akan  lebih stabil jika mampu bertahan sekurangnya 2 tahun, ketika ini pelanggan setia sudah mulai ramai. Jika kedai tidak mampu bertahan jalan terbaik adalah berpindah ke lokasi baru. Sekurangnya 2 lokasi yang terpaksa dipindahkan.


Dalam tempoh menstabilkan kedai, selalunya terpaksa mengeluarkan duit poket untuk menampung kos sewa kedai dan perbelanjaan lain. . Cabaran semakin teruk jika mendapat tukang gunting yang tidak jujur. Selalunya tukang muda yang lebih mudah dibentuk , yang berusia sudah terbiasa dengan acuan 
lama.

 Jika kutipan wang kedai sangat  meragukan, memang tak perlu disimpan orang sebegini, biasanya mereka terlibat dengan anasir tidak sihat seperti menghisap dadah atau bermain judi online.


Kedai gunting rambut yang memfokuskan pelanggan orang kebanyakan, tidak perlu peralatan canggih..Kerusi yang uzur pun  baiki sendiri.

Tapak tiang khemah kiosk bas pun gotong royong bersama pekerja..perlu disiapkan segera untuk keselesaan pelanggan yang menuggu giliran bergunting untuk raya..




 Tiba musim perayaan hampir semua kedai gunting rambut akan sibuk. Kedai kami tak terkecuali..Hari Khamis kan raya..



Salam Aidil Adha...



Friday, June 16, 2023

Kedai Gunting Bas...


Huh bukan senang untuk menghidupkan kedai...sepatutnya setahun saja orang sudah mengenali kedai., tapi 2 tahun telah berlalu kedai bas ini masih sendu, tidak seperti lokasi dulu di Setapak KL, kedai bas menjadi mesin ATM. Setelah premis disita DBKL kerana budak engkar arahan tutup kedai semasa PKP, bas terpaksa dipindah ke lokasi baru. 

Mujur  sewa tapak murah, selepas tolak bil api air dapat lah juga duit poket sedikit. Nak kata tersorok, kedai berada dipersimpangan jalan besar, gerai- gerai makan dan dikelilingi flat-flat.







Supaya nampak meriah diwaktu malam, kini bas dihiasi lagi dengan lampu-lampu supaya semakin terang benderang, cuma ketika siang apabila lampu tidak menyerlah, ramai yang menyangka bas ini bas buruk tersadai. 



Cadangan asal memasang khemah besar supaya orang kenal di waktu siang..., terbantut, kerana khemah tumbang ketika angin kuat...Jika tiada ruangan menunggu untuk berteduh,  pelanggan keberatan singgah kerana ruangan menunggu didalam bas adalah terhad.



Kanvas yang telah dibeli terpaksa diubah suai menjadi lebih kecil, 10'x8' saja cukup sekadar  tempat berteduh.
 Kos membuat kanvas saja dulu Rm1200, kini ubah suai kena lagi rm80. Apabila  dipasang khemah berwarna kuning terang nanti diharap orang yang lalu lalang akan tergerak hati untuk singgah bergunting.

Selain premis, tukang gunting juga memainkan peranan penting...kini tukang gunting baru mahir berpengalaman  dibawa masuk. Penambahbaikan ini diharap dapat memajukan kedai.

Jom- jom datang ke kedai kami..Anda kacak, kami hepi...

Thursday, December 8, 2022

YR Gunting Kayu Ara...

Pencarian premis gunting ideal memang sukar. Banyak pertimbangan perlu dibuat sebelum mengambil keputusan menyewanya. Antaranya lokasi dipilih mesti strategik dan tidak terlalu banyak persaingan. Keluasan premis yang ditawarkan walaupun sederhana harus mempunyai bilik dan tandas. Jika keluasan tidak mencukupi, bilik sewa mesti mudah diperolehi dilokasi berhampiran

Sewa kedai mesti tidak tinggi. Berbeza dengan premis sendiri, premis sewa berisiko dengan kenaikan kadar sewa, jika koleksi bulanan tidak mampu membayar sewa kedai dan bil utilities, peluang untuk berkubur sangat tinggi. 






Pantang dengar kedai berpatutan untuk disewa, terus berunding dengan pemilik. Serendah Hulu Selangor, Wangsamaju Kuala Lumpur, Sg Choh Hulu Selangor, Bukit Sentosa Hulu Selangor, Damansara Petaling Jaya akhirnya  dapat juga premis di Kayu Ara Petaling Jaya.


Berbeza dengan premis premis lain yang cuba dirunding, urusan premis di Kayu Ara sangat mudah. Menelifon pemilik, bertemu, berunding, seterusnya membayar deposit . Urusan ubah suai dengan kontraktor selesai pada hari yang sama.




Jika tiada halangan, seawal pertengahan Disember kedai sudah boleh beroperasi.



Alamat kedai: YR Gunting, Jalan Chempaka,
Kg Sungai Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya Selangor

Jom jom bergunting disana

 

Sunday, September 18, 2022

Kedai Gunting Bas Mini...

Cabaran menyediakan khidmat kedai gunting rambut adalah mengekalkan barber yang bagus. Tiada istilah setia dikalangan mereka, kerana matlamat mereka adalah mencari wang. Jika target bulanan tidak tercapai, mereka akan berpindah ke tempat lain.

Barber memainkan peranan besar dalam menarik pelanggan datang, walaupun lokasi agak terpencil, jika  perkhidmatan bagus dan mutu guntingan cantik, pelanggan tetap akan berpusu-pusu datang. Lokasi strategik adalah satu kelebihan.

Walaupun barber itu penting, pemampilan kedai tetap perlu dititikberatkan. Apa yang disarankan barber perlu dipenuhi.


Perancangan asal, khemah besar dipasang dikedai bas ini, namun disebabkan masalah mendapatkan lesen kedai, rancangan itu terbantut, walaupun khemah dan rangka besi  telah dibeli.

Tanpa khemah atau ruangan menunggu ramai yang menyangkakan  kedai hanyalah bas buruk yang diparkir dikawasan lapang.

Menyedari pentingnya ruangan menunggu, payung besar disediakan sebagai ganti khemah. 


Masalah berpayung jenis ini, payung tidak begitu stabil apabila angin kencang bertiup apatah lagi kedudukannya diruangan terbuka. 

Sebagai alternatif payung pelangi pasar malam akan dipasang di meja konkrit dan bangku menunggu.
 




Lampu LED akan dipasang disekeliling bas. Bila persekitaran terang, suasana  kelihatan meriah dan diharap akan menggamit pelanggan datang.

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK