Saturday, November 30, 2019

Mesin Jahit Klasik Singer...




Generasi awal biasa dengan mesin ini. Boleh dikatakan setiap rumah memilikinya. Berbanding sekarang, ibu-ibu dulu hampir semua boleh menjahit.  Setiap kali musim raya sibuk mesin ni dikerjakan untuk  menyiapkan pakaian ahli keluarga.

Dulu mak kita yang jahit baju sendiri... Berpakaian sedondon ni  penulis  dah rasai sejak kecik lagi, sebab tu sekarang, penulis  tak berapa berkenan mengenakan pakaian  sedondon sebab dah puas berpakaian begitu dulu-dulu..Pelbagai warna pernah merasa biru..hijau..merah,  pink semua pernah.

Adik beradik 8 orang.. Baik lelaki maupun perempuan akan berpakaian sedondon..Senang beli kain sepapan.

Ibu dah lama tiada, sejak itu mesin tersadai.  Memanfaatkan mesin pusaka, penulis nak terus MENGERJAKAN mesin ni... Harap ibu dapat juga pahala hasil tinggalannya. Mesin masih berkeadaan elok cuma perlu diservis untuk berfungsi dengan baik. Penulis nak buka kiosk mini khidmat ubah suai seluar jeans dan  berkaitan.

Penulis sedang mencari tukang jahit mahir untuk berkhidmat di kiosk mini.

Siapa berminat jom jom jom...!




Friday, November 29, 2019

Pekan Warisan Batu Arang, Selangor..

Jumaat 29hb Nov 2019


Rutin berjoging harini mengulangi riadah di Taman Tasik Elmina lagi. Jika kunjungan pertama dulu lebih kepada mengenalpasti trek, kunjungan berikutnya ini kita akan lebih faham keadaan trek, dimana harus bermula, berapa jauh perlu memanaskan badan, bila masa sesuai untuk berlari dsb menurut keupayaan sendiri.

Riadah adalah aktiviti yang perlu diperuntukkan masa bukan menunggu ada masa, sebab tu riadah biarlah ringkas untuk menjamin kelangsongannya, jika dibuat berdasarkan semangat nescaya tak akan kekal lama.



Duduk di Rawang, berjogging di Shah Alam dan bersarapan di Batu Arang.

Kelebihan bermotor, kita boleh pilih tempat riadah jauh dari rumah tanpa perlu risau kesesakan jalanraya maupun tol yang tinggi.. Sambil tu boleh memanaskan enjin motor. Sebagaimana manusia, kenderaan yang jarang diguna akan lebih segera mengundang kerosakan. 

Batu Arang cuba dipromosi sebagai pekan warisan. Pekan lama yang dulunya  sibuk dengan kegiatan ekonomi sebab wujudnya aktiviti perlombongan arang batu.

Berdasarkan pengamatan penulis, tiada usaha bersungguh  untuk mejenamakan Batu Arang sebagai pekan warisan. . Sepatutnya keseluruhan pekan dinaiktaraf..atau sekurang kurangnya dibaikpulih bangunan bangunan bersejarah. Landasan landasan keretapi  arang  batu dan stesen  perlu dibangunkan semula. Tak perlu panjang, sekadar gimik, selebihnya cukup dengan foto foto lama.  Muzium lombong perlu diwujudkan. 



Pihak Pelancongan Selangor dan penguasa tempatan sebenarnya boleh saja meniru konsep Muzium lombong bijih timah Sg Lembing.

Apa yang dilihat sekarang sekadar meletakkan batu tanda dan papanntanda Pekan Warisan..Ermm . Pelawat  berkunjung ingin melihat sesuatu lah wei. 



Tuesday, November 19, 2019

Kelayakan Piala Dunia 2022- Mal vs Ina

19 Nov 2019 Selasa.

Berbekalkan semangat kemenangan ke atas Thailand minggu lepas, peminat bola mengharapkan momentum kemenangan diteruskan. Tidak hairanlah kesemua tiket ke stadium habis dijual.

Bagi yang terlepas peluang ke stadium, skrin besar di dataran- dataran menjadi pilihan . 

Penulis turut meraikan semangat menonton di Dataran Merdeka. Bermotor saja malam itu, mudah untuk menyelit dan mencari tempat parking




Laluan di hadapan bangunan Sultan Abd Samad ditutup untuk melancarkan pergerakan orang ramai. Ramai anggota pasukan beruniform dikerah bertugas untuk mengawal keadaan.



Skrin gergasi menjanjikan siaran boleh ditonton dari kejauhan. Penulis memilih duduk ditangga di pintu masuk basemen.

Ramai  yang bersantai bersama keluarga dengan membentang tikar dipadang. Cuma keadaan padang agak becak kerana hujan sebelumnya.

Separuh masa pertama 1-0, gol hasil rembatan cantik 30m sepakan percuma Shafawi Rashid.



Sementara menunggu saparuh masa kedua bermula, ramai bersiar-siar disekitar dataran merdeka, menikmati keindahan di waktu malam.




Sambil tu  penulis turut melihat pemandangan indah Masjid Jamek KL, dipertemuan Sg Gombak dan Sg Klang. Wahh memang begitu mempersona. Cuma sesekali diaromakan bauan air sungai yang kurang mengenakkan.




Dikala siang warna air sungai coklat, diwaktu malam apabila disolek dengan pancaran lampu berwarna warni menyajikan pemandangan sangat cantik sekali... Lokasi waktu malam yang penulis kira paling cantik di tengah Kuala Lumpur ini. 



Diharap pihak DBKL membaiki kecacatan ini. Sebelah malam, mana yang huduh tidak begitu menyakitkan mata. Ibarat pondan yang disolek...Bila mengetahui keadaan sebenar..Ermm.

Keputusan penuh perlawanan..Malaysia 2- Indonesia 0. Jaringan kedua melalui rembatan kaki kiri  Shafawi Rashid juga.

Saturday, November 9, 2019

Taman Tasik Elmina Shah Alam..

 Sabtu 9 Nov 2019

Jom sihat harini di Taman Tasik Elmina, Shah Alam., kawasan rekreasi baru.



Sering kali lalu Lebuhraya Guthrie teringin nak mencuba..Dulu, sentiasa mengikuti perkembangan pembinaannya.






Bermula dari  kawasan berpaya, kini tasik binaan selain dijadikan kolam takongan tebatan banjir, persekitarannya dijadikan   taman rekreasi.







Melihat kepada jumlah  kehadiran pengunjung, matlamat serampang dua mata ini boleh dikatakan berjaya.

Perancangan bandar baru oleh pemaju ternama sentiasa memperuntukkan kawasan hijau. Mereka tidak kedekut dengan rezab awam. Landskap dirancang dengan rapi. 


Berjogging disini menjanjikan kepuasan kerana kawasan rekreasi adalah luas dengan pelbagai trek pilihan. Jika merasakan trek di sekeliling tasik masih tidak mencukupi, pengunjung boleh memilih berjogging ditrek  pinggiran jalan di sekeliling taman perumahan. 



Pokok pokok yang ditanam sepanjang trek, walaupun ketika ini belum begitu matang,  bakal mewujudkan sausana seperti taman rekreasi yang sangat luas.

Tidak teragak agak menjadikan taman ini sebagai kawasan alternatif berjogging pilihan.

Jom jom kita ke sana...

Thursday, November 7, 2019

Sofa Lama..Sarong baru..


Salam Jumaat 8hb Nov 2019.


Rangka elok, cuma kusyen sudah lusuh dan koyak rabak. Nak buang, sayang.. Lagipun tiada khidmat pelupusan sofa sempurna.., jika  diupah orang, hampir pasti  ianya akan dilupuskan ditempat buangan sampah haram.

Ronda ronda di hardware semalam, mata terpandang stapler tembak, jenama Hotak, harga rm19.90...wah..! Memang  lama dah mencari bendalah ini. Murah plak tu. Segera teringat sofa  usang di kedai gunting.

Seusai membeli stapler terus mencari kain pembalut sofa tebal 4m. Rm10 semeter setelah diskaun harga asal hampir 40
semeter. Sebelah malam beli juga span 9keping rm27..gam dunlop 10, dan berus sapu gam rm3. Total belian alat ganti tak melebihi rm100.

Baikpulih sofa hakikatnya  menjadi sangat mahal apabila  phone terhempas  atas jalanraya ketika balik membeli span dan gam. Jalan gelap tak perasan, motor melambung melanggar bonggol dan phone  tercampak dari poket baju.huhu..Skrin pemuka pecah seribu. Tak pasti berapa harga untuk phone jenama ini, tapi dulu pernah menukar skrin phone jenama berbeza, harga lebih 300...Kalau dah nama bukan rezeki, cuba berjimat disatu bahagian, berlaku kebocoran di bahagian yang lain. Redha saja lah..

Ini lah sofa yang telah dibaikpulih. Kini pelanggan akan lebih selesa menunggu giliran bergunting.

Walaupun tak seindah buatan tukang sofa profesional, tapi boleh lah...

Barisan tukang gunting mahir kami sedia mengkacakkan anda.

Kepada orangramai yang belum mengetahui lokasi kedai jomlah bergunting rambut di ...


 YR Gunting
No 10 Jln DM 5/1, Tmn Desamas Rawang Selangor.

Kedai dibuka setiap hari.

10pg-10mlm

In sha Allah anda akan berpuashati dan bertambah hensem. Cubalah😁



Friday, November 1, 2019

Kiosk Gunting BMW 2...

 Jumaat 1hb November 2019



Alhamdulillah Kiosk Gunting BMW  2 yang dirancang sejak awal 2019 kini bersedia untuk menerima pelanggan. Walaupun masih ada sedikit penambahbaikan tapi memadai untuk memulakan operasi.

Sudah 2 Kiosk Gunting BMW beroperasi dilokasi sama maka lokasi akan dijenamakan sebagai Dataran Gunting BMW. (BasMini Wilayah), mode pengangkutan awam ikonik KL suatu ketika dulu.

Untuk keceriaan, persekitaran akan diindahkan dengan pokok -pokok bunga bak taman.   Walaupun dataran bas mini dikelilingi bengkel -bengkel IKS usang, dataran bas ingin menampilkan sausana berbeza supaya pelanggan menjadikan kiosk gunting bas sebagai pilihan tempat bergunting santai.

Dataran Gunting BMW bersebelahan kedai makan boleh dicari di Google Map dengan menaip.

 Kedai Makan Uniza

 (Kg Baru Air Panas Kuala Lumpur)

Sementara menanti giliran bergunting pelangan boleh makan-makan di kedai makan bersebelahan.

Kiosk Gunting dibuka setiap hari Jam 10pg-10mlm.

Jom Jom bergunting disana.

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK