Jumaat 29hb Nov 2019
Rutin berjoging harini mengulangi riadah di Taman Tasik Elmina lagi. Jika kunjungan pertama dulu lebih kepada mengenalpasti trek, kunjungan berikutnya ini kita akan lebih faham keadaan trek, dimana harus bermula, berapa jauh perlu memanaskan badan, bila masa sesuai untuk berlari dsb menurut keupayaan sendiri.
Riadah adalah aktiviti yang perlu diperuntukkan masa bukan menunggu ada masa, sebab tu riadah biarlah ringkas untuk menjamin kelangsongannya, jika dibuat berdasarkan semangat nescaya tak akan kekal lama.
Duduk di Rawang, berjogging di Shah Alam dan bersarapan di Batu Arang.
Kelebihan bermotor, kita boleh pilih tempat riadah jauh dari rumah tanpa perlu risau kesesakan jalanraya maupun tol yang tinggi.. Sambil tu boleh memanaskan enjin motor. Sebagaimana manusia, kenderaan yang jarang diguna akan lebih segera mengundang kerosakan.
Batu Arang cuba dipromosi sebagai pekan warisan. Pekan lama yang dulunya sibuk dengan kegiatan ekonomi sebab wujudnya aktiviti perlombongan arang batu.
Berdasarkan pengamatan penulis, tiada usaha bersungguh untuk mejenamakan Batu Arang sebagai pekan warisan. . Sepatutnya keseluruhan pekan dinaiktaraf..atau sekurang kurangnya dibaikpulih bangunan bangunan bersejarah. Landasan landasan keretapi arang batu dan stesen perlu dibangunkan semula. Tak perlu panjang, sekadar gimik, selebihnya cukup dengan foto foto lama. Muzium lombong perlu diwujudkan.
Pihak Pelancongan Selangor dan penguasa tempatan sebenarnya boleh saja meniru konsep Muzium lombong bijih timah Sg Lembing.
Apa yang dilihat sekarang sekadar meletakkan batu tanda dan papanntanda Pekan Warisan..Ermm . Pelawat berkunjung ingin melihat sesuatu lah wei.
Numpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.club ^_$
add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^