19 Nov 2019 Selasa.
Berbekalkan semangat kemenangan ke atas Thailand minggu lepas, peminat bola mengharapkan momentum kemenangan diteruskan. Tidak hairanlah kesemua tiket ke stadium habis dijual.
Bagi yang terlepas peluang ke stadium, skrin besar di dataran- dataran menjadi pilihan .
Penulis turut meraikan semangat menonton di Dataran Merdeka. Bermotor saja malam itu, mudah untuk menyelit dan mencari tempat parking
Laluan di hadapan bangunan Sultan Abd Samad ditutup untuk melancarkan pergerakan orang ramai. Ramai anggota pasukan beruniform dikerah bertugas untuk mengawal keadaan.
Skrin gergasi menjanjikan siaran boleh ditonton dari kejauhan. Penulis memilih duduk ditangga di pintu masuk basemen.
Ramai yang bersantai bersama keluarga dengan membentang tikar dipadang. Cuma keadaan padang agak becak kerana hujan sebelumnya.
Separuh masa pertama 1-0, gol hasil rembatan cantik 30m sepakan percuma Shafawi Rashid.
Sambil tu penulis turut melihat pemandangan indah Masjid Jamek KL, dipertemuan Sg Gombak dan Sg Klang. Wahh memang begitu mempersona. Cuma sesekali diaromakan bauan air sungai yang kurang mengenakkan.
Dikala siang warna air sungai coklat, diwaktu malam apabila disolek dengan pancaran lampu berwarna warni menyajikan pemandangan sangat cantik sekali... Lokasi waktu malam yang penulis kira paling cantik di tengah Kuala Lumpur ini.
Keputusan penuh perlawanan..Malaysia 2- Indonesia 0. Jaringan kedua melalui rembatan kaki kiri Shafawi Rashid juga.
Numpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.club ^_$
add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^