Saturday, April 27, 2019

Taman Rekreasi Bdr Baru Sg Buluh Selangor... 8

Jom jogging harini Sabtu 27hb April 2019 membawa kami ke Taman Rekreasi Bdr Baru Sg Buluh. Beginilah kebiasaannya  setiap hujung minggu, sedikit celaru mencari tempat beriadah. Memang hujung minggu pagi jika tiada aktiviti tertentu, kami menetapkan beriadah di lokasi baru. 

Biasanya mengikuti saja gerakhati  tanpa halatuju spesifik, seketika berhenti ditepi jalan sambil melayari internet untuk destinasi pilihan. 


Nyaris nyaris tidak beriadah harini kerana skeptikal dengan senaraian internet... Senaraian internet memberi rating yang tinggi disini.. Membayangkan disini hanyalah padang taman biasa-biasa, gerak hati untuk terus ke sini ternyata berbaloi.. 


Trek konkrit lebar disediakan di taman ini.. 


Yea tak sangka dicelah- celah deretan rumah-rumah taman lama terdapat kawasan rekreasi yang begitu terpelihara...Terdapat juga gelanggang futsal mini.. 



Trek merentasi belakang rumah-rumah penduduk mewujudkan sausana yang sangat indah dan mendamaikan.. Cuma terfikir janganlah kawasan rekreasi dibelakang rumah ini dijadikan sebagai port untuk aktiviti negatif seperti pecah rumah dll sebab keadaan begitu terbuka sekali.. 



Taman rekreasi bakal bertambah indah dimasa akan datang jika pokok-pokok sulaman ini mulai matang. 


Banyak kemudahan peralatan senaman disediakan ditaman ini.. 


Sangat kreatif menghubungkan padang kecil antara fasa- fasa taman untuk membentuk satu taman rekreasi mega... 


Tasik yang berfungsi sebagai kolam takungan banjir turut membentuk sebahagian taman rekreasi.. Ikan talapia merah kelihatan begitu banyak sekali... Teringat kata-kata apik di Taman Rekreasi Metropolitan Kepong.. 

" Tengok.. Itu ikan sudah kijar mau mintak makan, satu minggu suda manyak lindu (rindu)  "


Ditepi tasik disediakan wakaf-wakaf untuk berehat... 


Jambatan kecil merentasi longkang besar disediakan menghubungkan taman perumahan bersebelahan untuk kemudahan pengunjung.. 


Tanaman kontan ditanam  penduduk setempat di rizab longkang membentuk sebahagian landskap taman... 



Tandas awam juga disediakan... Kebersihan ditahap baik.. 


Tidak teragak agak untuk berkunjung lebih kerap  lagi dimasa akan datang.

Syabas MBSA😊. .


Tuesday, April 23, 2019

Taman Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling Kedah


20hb April 2019 

Hujung minggu Sabtu berkesempatan menghadiri jemputan majlis walimatul urus anak sahabat di Jitra Kedah. 




Sesudah itu bergerak ke Kawasan Rekreasi Air Panas, Ulu Legong Baling.. Kami tiba agak petang. Hajat hati ingin bermalam disini namun tak kesampaian kerana tiada kekosongan bilik di resort ini sedangkan keesokan hari Ahad adalah hari berkerja untuk warga Kedah. 


Kami kesini kerana diberi tugasan oleh rakan untuk mencadangkan kaedah paling ekonomikal mengatasi masalah tanah mendap dicerun tepi sungai  bersebelahan salah satu bangunan di resort ini. 



Walaupun agak jauh ke pendalaman ternyata resort yang menampilkan pusat rekreasi bersandarkan  alam semulajadi air panas sangat popular dikalangan pengunjung.. Sausana bersih dan tenang. 

Seusai tugasan terus mencari tempat bermalam ditempat lain... Bacaan internet membawa kami ke Castella Cafe dalam 50km dari Ulu Legong. 


Terdapat chalet chalet ditepian sungai  untuk pengunjung bermalam.  Berdasarkan stiker stiker kelab permotoran yang ditampal diruangan informasi port ini agak popular dikalangan mat motor.. 



Uniknya cafe ini pengunjung boleh menikmati hidangan di dalam sungai.. 



Air jernih menggamit pengunjung untuk bermandi manda juga berekreasi. 


Terdapat wakaf wakaf didirikan ditepi sungai untuk pengunjung berkhemah.. 



Air  cetek mengalir tenang sangat sesuai berakit atau berendam saja.. 


Harap harap tiadalah kejadian fenomena kepala air ketika pengunjung ralit menikmati hidangan. 


Kepada orang ramai boleh lah mencuba suatu kelainan di sini.. 

Dari Jitra ke Baling akhirnya hanya dapat bermalam di Grik.. 😊




Tuesday, April 16, 2019

Tasik Metropolitan Kepong 2019

14hb April 2019, Ahad. 

Kunjungan ulangan jom sihat hari ini di Tasik Metropolitan Kepong lagi. Ambil kesempatan singgah setelah menghantar anak ke Gombak yang bertemujanji berkongsi kenderaan pulang semula ke Kertih. 

Rasanya pemandangan di taman ini bertambah indah berbanding kunjungan terdahulu. Mungkin disebabkan pemandangan melatari tasik terdiri dari bangunan-bangunan baru dan rimbunan hijau pokok-pokok  lanskap yang semakin matang. 

Keseluruhan kebersihan dan kekemasan taman juga bertambah baik.. Cuma di luar pagar pintu  masuk utama masih dicemari sampah sampah.. 


Trek berjogging mengelilingi tasik menjanjikan kepuasan walaupun sekali pusing... 



Cuma penyelenggaran perlu dipertingkatkan... Struktur struktur di taman seperti jambatan kayu yang reput perlu diganti segera untuk keselamatan pengunjung.. 



Fauna ditasik dengan pelbagai spesis ikan boleh menjadi terapi minda yang mendamaikan.. 


Pemandangan yang cantik pastinya tercemar jika pengunjung tidak perihatin dengan kebersihan. Petugas petugas terpaksa melakukan pembersihan demi memelihara keindahan taman. 




Kawasan kawasan rekreasi memang sentiasa menjadi tumpuan dihujung minggu atau hari kelepasan am..

Taman Metropolitan Kepong akan sentiasa menggamit untuk kunjungan akan datang. Syabas DBKL

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK