Monday, September 30, 2019

Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Tapak Warisan Dunia



30 hb September 2019.

Dalam perjalanan balik  ke KL singgah di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong. Melunaskan hasrat ke Lembah Lenggong, tapak warisan dunia yang tertangguh sekian lama.



Meninggalkan Kuala Kurau pastinya akan terbayang bayang gelagat si kecik..




Galeri yang dibuka setiap hari 9-5ptg kecuali Jumaat rehat tenghari untuk solat Jumaat. Masuk percuma




Tarikan utama di galeri ini adalah penceritaan penemuan rangka manusia oleh penyelidik Universiti Sains Malaysia pada 1991 di Gua Runtuh, Lenggong dan kaitannya dengan tamadun manusia didunia.




Diceritakan bagaimana penghijrahan manusia dari benua Afrika sehingga Australasia.

Penulis bukan ahli sejarah untuk bercerita dengan betul, jadi biarlah artikel artikel digaleri ini penulis kongsikan untuk bacaan bersama..

Penulis kongsikan juga artikel berkenaan tapak warisan dunia unesco Lembah Lenggong

https://pelanconganlenggong.my/lembah-lenggong-warisan-dunia/










Cuba melihat sendiri persekitaran penempatan awal manusia berdekatan Kg Gelok, Lenggong.




Ermm persekitaran penempatan awal Lembah Lenggong yang diistiharkan sebagai tapak warisan dunia seolah tidak mendapat perhatian yang sewajarnya..Sejarah yang sangat bernilai yang gagal dieksplotasi  oleh pihak berkaitan.

Lokasi penemuan artifak penempatan awal di Bukit Tampan berdekatan Galeri Arkeologi juga tidak boleh dikunjungi kerana persekitaran yang sangat uzur. Galeri itu sendiri  kelihatan suram.. Come on Jabatan Warisan Negara.


Sesudah lawatan terus saja JjCM. Singgahan yang tepat di Restoran Tasik Raban, Bukit Tampan, Lenggong. .Lokasi restoran di tepi jalan utama Lenggong-Kuala Kangsar.



Tak tahan melihat pelbagai hidangan lauk pauk. Semuanya membangkitkan selera...Itu nak, ini nak...



Alhamdulillah...Ikan bakar kaloi dan pelbagai lauk pauk dan ulaman. Kesempatan lain, boleh datang lagi nanti...Jom .jom jom..

Gunung MatCincang, Langkawi...

Ahad 29 September 2019

Keinginan utama penulis ke Langkawi kali ini adalah berkunjung ke pusat pelancongan Gunung Mat Chincang. Walaupun sebelum ini dah banyak kali ke Langkawi entah kenapa langsung tak terfikir untuk ke sana. Mungkin waktu yang terbatas.

Pada pandangan penulis, banyak tempat menarik di Langkawi, sekurang kurangnya memerlukan masa 3H2M untuk melawat sebahagian besar tempat tersebut.

                    


Dalam pada penulis meronda mencari tempat sarapan pagi, terpandang resort ini.. Inilah resort penginapan  penulis bersama rakan dan anak-anak ketika kunjungan pertama ke Langkawi lebih 20 tahun dulu. Memori berkubang dengan anak-anak kecil di kolam  masih segar diingatan, kini anak sudah mempunyai anak..Owh begitu cepat masa beredar

Singgahan sarapan JjCM, Nasi Dagang Pak Malau. Kedai makan yang tidak jauh dari kompleks makam mahsuri.




Kedai makan yang dibuka sejak  8 tahun dulu menonjolkan konsep  melayu klasik. Pelayan siap berbusana melayu. Lagu lagu era 50an dimainkan. Penulis sangat suka dengan gimik ini, sangat kena dengan lagenda Pulau Langkawi..


Benar apa dikhabarkan pemilik kedai yang menggelarkan diri sebagai Pak Malau, penduduk tempatan tidak menganggap suasana begini sebagai aset kerana sentiasa disajikan dengan suasana sedemikian tapi bagi pengunjung luar, pengalaman bersantap dipinggiran bendang, dilatari dengan pemandangan sawah padi, pohon kelapa dan gunung -ganang adalah pengalaman indah yang menyegarkan. Bukan makan-makan saja yang pengunjung dambakan, suasana kedamaian itu yang sukar digalang ganti.



Pak Malau yang lama menetap di KL, mengambil keputusan bermastautin di Lengkawi mengusahakan kedai makan dan juga homestay. Selain itu menyediakan khidmat urut tradisional dengan caj 30 setengah jam.


Tukang Duit, ingatkan pembuat duit
 rupanya pemungut duit atau cashier...Dulu dulu perkataan tukang merujuk kepada orang yang berkemahiran seperti tukang besi, tukang kayu, tukang kasut. 

Sesudah sarapan terus ke Oriental Village. Tarikan utama di sini pastinya kereta kabel terpanjang dan tercuram dunia selain Jambatan gantung tertinggi dunia.





 Walaupun ramai, tapi pengunjung tidak seramai  sewaktu musim cuti umum atau cuti sekolah. Mudah saja membeli tiket , pakej standard rm43 dewasa dan Rm30 untuk kanak kanak lebih 2thn. Pengunjung perlu menyertakan mykad untuk menikmati kadar tiket warga tempatan.




Oriental village turut menampilkan premium outlet bebas cukai.. Kedai makan antarabangsa juga banyak disini.

 Beratur tak lama terus tiba giliran menaiki kereta kabel..



Sesekali gayat juga apabila gondola berhayun hayun dirempuh angin kuat dikedudukan tinggi. Terpaksa menempuh jarak 1.7km untuk tiba di stesen tengah..wow..


Pemandangan indah dari ketinggian lebih 1000 m dari aras laut...Kelihatan Air Terjun Telaga Tujuh.


Gugusan pulau di Teluk Burau  sayup  kelihatan dari jauh..




Terdapat stesen persinggahan sebelum pengunjung menaiki lagi gondola untuk ke puncak gunung Mat Chincang. Di stesen terakhir, pengunjung boleh menikmati panorama di platform stesen atau di Jambatan Gantung.




Untuk ke Jambatan Gantung pengunjung perlu membeli tiket lain, Terdapat pilihan, sekiranya ingin menggunakan tangga, dewasa rm6 dan rm 4 kanak kanak atau jika memilih menggunakan skyglide caj rm16 untuk dewasa dan rm10 untuk kanak kanak.

Kami menggunakan tangga.




Sambil menuruni anak tangga membaca maklumat di papan tangga.


Terdapat platform berehat di sepanjang laluan ke Jambatan Gantung..Tak sangka setiap tangga tersangat curam. Jauh plak tu, lebih 200M. Ermm..Terbit rasa menyesal tak membeli tiket manaiki skyglide tadi. Si kecik yang kekal bertenaga..Bersemangat menuruni anak tangga, menangis jika didokong.





Tiba jua akhirnya di Jambatan Gantung Terpanjang Dunia...



Diperhatikan penghadang laluan ini masih sangat besar, bahaya kaki kanak kanak untuk terjerlus.


Rileks jer si kecik menapak dilaluan berkaca, menangis bila didokong.



Ermm tak larat nak memanjat tangga untuk kembali ke stesen. Tiket lift boleh dibeli 10 untuk dewasa dan rm6 untuk kanak kanak..






Pengunjung boleh menikmati panorama sepuas mungkin di puncak gunung. Boleh melepak dan minum minum di Bistro.. Mengabadikan kenangan, boleh membeli ole ole di kedai cenderahati.

Kereta kabel terakhir meninggalkan puncak gunung   jam 7.30 ptg

Berakhir lawatan Gunung Mat Chincang berakhir juga lawatan ke Langkawi. Ahad jam  5 balik ke tanah besar.


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK