18hb Sept 2019
Terdapat 3 kolam utama yang mempunyai tahap kepanasan berbeza..Kolam di tengah paling panas di ikuti kolam paling hampir dengan tempat parking, kedua dan kolam berhampiran dengan gerai, ke 3 panas.
Melihat kepada papan tanda, terdapat rancangan untuk menaik taraf tempat ini tapi dah beberapa tahun tempat itu kekal begitu..Kini pihak persendirian membuat kemudahan- kemudahan awam secara sukarela..Biasalah, bila perancangan dibuat menurut citarasa masing- masing, susun atur keseluruhan kawasan, walaupun praktikal tapi menjadi sangat berterabur.
Sebelum keadaan menjadi lebih serabut, pihak PBT perlu masuk campur.
Pilihan terbaik ketika ini adalah mandi di waktu malam.
Berdasarkan sembang-sembang dengan pengunjung, mereka mendakwa ramai yang mengalami penyakit kulit, sakit-sakit sendi, penyakit saraf dll telah sembuh bila mengamalkan mandi di sini..Wallahu Alam.
Yea tak salah rasanya berikhtiar kemudian bertawakal.
Jom jom kita mandi air kolam panas Selayang🤗
Tak pernah sampai lagi
ReplyDeleteMasuk percuma wak..sila la dtg bila kelapangan
ReplyDelete