Thursday, June 27, 2013

Homestay EP Tasik Putri , Rawang...

Perlukan penginapan di Rawang.? Usah risau kami sedia membantu...

EP Homestay  di Tasik Puteri, Rawang. Kedudukan homestay ditingkat 1 deretan rumah kedai. Dilengkapi dengan 2+1bilik +1beranda  dan 2 bilik air

Pelbagai kemudahan restoran, minimarket, pasar malam di hadapan kedai setiap hari Jumaat dll
 
                           
 Ruang tamu dilengkapi sofa boleh ubah kepada katil...1 bilik kecil dilengkapi beberapa tilam...

 Pandangan ruang makan dari ruang tamu...TV 21 inchi

                               
Bilik utama dengan set lengkap perabut dan kipas...

 Bilik katil single dan kipas...

 Beranda atau Ruang bacaan/ menggosok pakaian...

 Meja makanan 4 kerusi...

 Dapur dengan peralatan asas  periuk nasi, cerek elektrik, pembakar roti, set stim boat.

Berhampiran dengan Uitm Puncak Alam : 20min,

Unisel  : 20 min.

Sebahagian unit apartmen dibangunan sama dijadikan asrama pelajar oleh pihak pengurusan Unisel

Kadar penginapan Rm130/malam.

Penginapan jangka pendek dialu-alukan dengan kadar harga yang boleh dirunding.

Berminat hubungi 0132305355, 0193040340,  0192400340...

Tidak cukup luas...? Anda boleh juga menginap di homestay berikut

EP Homestay Banglow Bdr Country Homes Rawang  DISINI

atau

EP Homestay Apt. Bunga Raya Bdr Country Homes Rawang Disini





Tuesday, June 25, 2013

Kedai Gunting Yok Rempitan...

26hb Jun 2013. Kedai gunting rambut diperingkat akhir penyiapan.



 Menggabungkan barang-barang baru dan terpakai aku  harap susunatur dan tema  warna kedai dapat memberikan imej segar kepada premis dan pelanggan.
Pintu gerbang dari kayu terpakai digabungkan dengan 'tampered glass frameless door'  .. Tujuan diadakan pintu gerbang adalah untuk mengurangkan kos pemasangan cermin.  Ingin lari dari kebiasaan., frame  aluminium berpetak dipilih.



   
 Bilik tersedia untuk disewa...ada sesiapa berminat..? sangat sesuai untuk kedai gunting muslimah dsb...


Kabinet, penyangkut peralatan gunting dari kayu terpakai . Cermin muka terpakai juga...


 Aku tak pasti berapa harga jika baru. Kerusi menunggu ini diperolehi dari kedai Junkshop Shah Alam. Kerusi lelong pusat zakat selangor. Kabinet besi kelabu terpakai kami catkan hitam supaya kena dengan tema warna kedai. Kesemua ini bernilai RM 680.   Yang leceh kos tambahan penghantaran Rm130. Sebab sangat berkenan dengan set ini belilah juga.


                           Lampu gantung meniru konsep kafe. Cari yang paling murah RM29.90 sebiji. Kerusi gunting tak boleh elak terpaksa beli baru. Kalau boleh semua benda nak guna barangan terpakai atau rejek. Tile menggunakan stok penghabisan. 2' x 2' harga tak sampai 7 ringgit. Kebiasaan harga lebih RM18 sekeping.


 Paip pendawaian lampu yang berserabut...

Paip pendawaian menyemakkan pemandangan. Tak ubah seperti carta jadual  perlawanan bolasepak.  Bila dipasang bendera pasukan handalan dunia nampak macam menarik...Menghargai jasa pekerja dan bakal pelanggan warga Indonesia aku letakkan bendera Indonesia bersebelahan bendera Brazil.... Indonesia lawan Brazil...Tapi maaf yea juara tetap Malaysia..haha...
 Aku tak sangka jam dinding ini paling menarik perhatian orang yang menjenguk kedai. Hampir semua akan bertanyakan jam itu. Padahal aku beli dikedai menjual barangan pengantin..RM 25.

 Siapa sangka pintu terpakai RM70 ini nampak menarik bila telah disolek...


 Persiapan diperingkat akhir...

 Lampu warna-warni ala kedai tomyam turut dipasang. Aku harap pelanggan terutama anak-anak suka.

   Sudut khas untuk foto kembara bermotor. Harap rakan bikers dapat menyumbang foto menarik untuk dikongsi bersama pelanggan ...
                                       Testing..testing....Tukang gunting didatangkan khas dari Acheh...Kadar harga kami setanding dengan harga pasaran setempat. Bergunting dewasa RM8, Bergunting dan bercukur RM10.., kanak-kanak RM 5.


 Kalau nak bergunting pendek keliling  atau fesyen bertingkat bolehlah menggunakan khidmat tukang gunting ini..Itupun bergantung samada beliau berada dikedai ketika itu...By appointment tiada masalah haha...
                                    
Mengambil kira sentimen orang ramai menyambut musim-musim perayaan,  1 Julai 2013 seminggu sebelum Ramadhan InsyaAllah kedai gunting ini akan mula beroperasi..  Aku harap pemilihan tarikh ini tepat . Di Taman dan taman-taman berjiran kami terdapat 9 kedai gunting rambut tidak termasuk salon unisex...setahu aku hanya satu milik orang islam kita dan kedudukannya agak tersorok, selebihnya milik bukan islam.   Kedai gunting rambut kami berada dikawasan perumahan baru dan belum ada kedai gunting muslim..Aku harap usaha ini merupakan sebahagian jihad fardu kifayah , memberikan pilihan saudara muslim untuk bergunting dikedai orang islam.

Jangan lupa datang yea...

Thursday, June 20, 2013

Baru tak semestinya cantik, lama tak semestinya hodoh...

Minggu-minggu kebelakangan ini kedai barangan lama mencuri tumpuan aku. Sering meninjau-ninjau kedai kayu  dan perabut lama . Melihatkan hasil binaan wakaf terdahulu, aku seolah ketagih menggunakan barangan lama. Kali ini untuk kedai gunting rambut pula. Kedai  dalam proses ubahsuai., 95 peratus siap...Mengambil berkat bulan Ramadhan yang bakal menjelang pada 10 Julai 2013, 1/7/2013 Insya Allah kedai sudah boleh menerima pelanggan.

Nak mudah cari saja yang baru. Namun jika bajet terhad boleh saja mencuba barangan terpakai.  Dengan sedikit usaha mengunjungi premis-premis  barangan lama, anda mampu  memperoleh khazanah lama dengan harga yang jauh lebih murah.

Namun jangan teruja sangat dengan harga yang ditawarkan terutamanya untuk perabut-perabut ., kos penghantaran perlu  diambil kira. Kekadang lebih berbaloi membeli barangan baru.

 Walaupun  menggunakan barangan terpakai, sedikit tips 'pakar' dan  rujukan di internet, anda mampu menggubah barangan lama menjadi ikon idaman anda.

 India mari..." Mana ada rosak...luar saja kotor, dalam banyak baik ...ini kayu lama  banyak tahan la dei..."

 Acheh mari....Khidmat tukang yang sama ditagih untuk menyiapkan  kedai gunting rambut...

 Kayu-kayu lama jika dibaikpulih mampu  menyerlahkan kecantikan asli . Sebagaimana model-model wanita...kekadang taklah secantik mana, setelah disolek, boleh menyembunyikan kehodohan dan menyerlahkan keayuan...


                                Besi lantai pun gunakan besi-besi terpakai yang kekadang menyemak saja dalam stor. Kalau dijual kepada peraih barangan lusuh entah berapa sen saja boleh diperolehi. Elok disembunyikan dibawah lantai     ..haha


                                         

Dan inilah hasilnya... Paling seronok bila melihat  tetamu  Ep Rawang Homestay kami  berpusu-pusu melepak disini...

Aku harap pelanggan -pelangan juga akan berpusu-pusu ke kedai gunting rambut kami yang bakal dibuka...Koleksi gabungan barangan lama dan baru kedai gunting rambut kami akan kami kongsikan dalam entry akan datang...

Wednesday, June 19, 2013

Forum Perdana di BCH...

Boleh tahan aktif pengurusan  masjid taman kami. Sebelum ini Ustaz Kazim Elias datang memberikan ceramah, pada Jumaat 21/6/2013 diadakan pula Forum Perdana yang  dibarisi oleh ustaz  tak kurang popular  selalu  masuk TV Ustaz Muhamad Abdullah Al Amin, Ustaz Yusop Hasan serta Ustaz Fauzi Mustafa duta produk  Tok Guru yang gambarnya  terpampang di bilboard ...Kumpulan Rabbani pun ada memeriahkan majlis...

Sekiranya anda tinggal berhampiran jomlah meraikan mereka pada tarikh tersebut...Jangan lupa bawa ahli keluarga, sahabat handai dll...

Tuesday, June 18, 2013

Haji..Jangan ambil enteng...!



Dua hari kami menghadiri kursus haji intensif. 17-18hb Jun 2013 di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Kubu Bharu Selangor. . Ini merupakan penambahbaikan module kursus berbanding yang pernah kami hadiri.  Seingat aku  hanya kursus asas bersiri dan kursus perdana yang kami hadiri dulu sebelum 2004. Di akhir kursus peserta akan diuji dengan pelbagai soalan  untuk menguji kefahaman haji . Dengan tahap pendidikan  sekarang  ternyata hampir semua peserta dapat menjawab soalan dengan baik. Jika mendapat markah kurang dari 10 daripada 25 soalan yang dikemukakan, peserta akan dibimbing lagi dengan kursus khas. Dengan pendedahan ilmu teori dan amali ini semoga kami dapat menjalani ibadah haji dengan sempurna nanti.


Selesai kursus intensif bakal jemaah akan didedahkan lagi dengan kursus perdana 2 minggu sesudah hariraya Aidilfitri nanti. Syabas pihak Tabung Haji. Pendedahan  selain  ilmu  haji seperti kesihatan, persediaan bakal-bakal haji samada di tanah air atau di tanah suci dsb sangat bermanfaat.

 Dikhabarkan terdapat 1.2 juta orang yang telah mendaftar untuk menunaikan haji dengan Lembaga Urusan Tabung Haji. Daripada jumlah itu seramai 20000 adalah warga emas melewati usia 70tahun. Kuota rakyat Malaysia hanyalah 28000 orang setahun. Berdasarkan senario ini sekiranya seseorang baru saja  mendaftarkan haji sekarang maka tempoh menunggu giliran akan mencecah lebih 40 tahun.. ! Bayangkan jika seseorang bertangguh sesudah pencen  untuk mendaftar...Tahun ini peluang jemaah yang merayu untuk menunaikan haji melalui kuota tambahan adalah tipis atau sifar sejajar dengan keputusan kerajaan Arab Saudi mengurangkan bilangan jemaah ke tanah suci sebanyak 20 peratus demi keselesaan jemaah kerana pembesaran kawasan masjid.Masjidil Haram.


Nampaknya bayi-bayi yang baru lahir sekiranya ingin menunaikan haji semasa berumur 40an, ibubapa perlu mendaftarkan haji mereka serentak dengan pendaftaran kelahiran dipejabat pendaftaran.     Secara peribadi aku merasakan umur 40an adalah waktu terbaik menjalani ibadah haji. Tidak terlalu muda, tidak terlalu tua. Keputusan saringan kesihatan juga menunjukkan apabila umur mula meningkat banyak penyakit mula bersarang dalam diri. Keputusan ujian kesihatan grup kami daripada 100 peserta, hanya 30 peratus melepasi ujian kali pertama dan selebihnya perlu menjalani rawatan dan pemeriksaan susulan.





Dikhabarkan jarak hotel penginapan dan masjidil haram untuk jemaah muasasah adalah melebihi 1.3 km sehala. Kalau ditambah dengan jarak bertawaf kaabah atau bersaie atau bertawaf deretan kedai-kedai, dengan senang jemaah akan menempuh jarak perjalanan melebihi 5km setiap kali ke Masjidil Haram. . Begitu juga kedudukan khemah di Mina dengan kawasan lontaran jamrah melebihi 2km sehala. Ditambah dengan sausana penuh sesak dan berdebu hanya yang betul-betul fit akan mampu mengharungi cabaran. Yang muda ramai kecundang apatah lagi sekiranya berusia lanjut atau berpenyakit...


Sebab itu disarankan supaya yang belum mendaftar bersegeralah berbuat demikian. Ramai yang masih keliru dengan memahami bahwa membuka akaun tabung haji bermakna telah mendaftar haji. Sedangkan bukan begitu...Untuk melayakkan seseorang dimasukkan dalam senarai giliran ke tanah suci seseorang perlu memohon dan mendaftar haji dengan menyimpan sekurang-kurangnya RM1300 di akaun tabung haji. Kepada yang belum mendaftar haji..Apa tunggu lagi...bersegeralah...!

Semoga Allah permudahkan urusan haji para jemaah... Amin...

 










Saturday, June 15, 2013

Mengemparkan...! 1 dalam 5 orang dewasa mengidap diabetis..

Tarikh 15hb Jun 2013
Lokasi Pusat Kesihatan Serendah. Rawang
Tekanan darah 82/133
Bacaan gula 5.3 Mmol/L
Denyut nadi 72/min
Tinggi 156 hehe aku rasa semakin pendek.ikut rekod dulu rasanya tinggi lebih 1.65
Berat 74.5 kg...Turun ..sebelum ini berat  dalam lingkungan 77/78.. Ada kesanlah kot berbasikal sesudah subuh memanjat bukit sekeliling taman...
BMI 28 ok not bad
Kumpulan Darah 0+
Keputusan pemeriksaan..Lulus

Sempat juga bersembang dengan bakal-bakal haji yang lain. Ramai yang lulus dan ramai perlu rawatan dan pemeriksaan lanjut terutamanya yang berusia. Salah sorang muda ditemui terkejut dengan bacaan gula 18 MMol/L. Ada juga jemaah yang perlukan rawatan tekanan darah tinggi, sakit jantung dsb...

Sambil-sambil menunggu giliran bakal jemaah haji lain membuat pemeriksaan..aku membelek artikel yang disediakan disudut-sudut bacaan. Rasanya bermanfaat untuk dikongsi bersama. Kebetulan tajuk utama akhbar Berita Harian harini 15 Jun 2013 memaparkan berita diabetis. Mengemparkan...!  1 daripada 5 orang dewasa pengidap diabetis...!











 Semoga bermanfaat...

Tuesday, June 11, 2013

Seronoknya Dia....!

Bila tiba musim cuti sekolah, golongan yang paling gembira pastinya bebudak sekolah. Sekarang cuti telah berakhir, liat kot untuk bangun   ke sekolah semula. Untuk anak-anak yang tinggal di pekan , jika tiada aktiviti diaturkan apalah sangat aktiviti yang boleh dilakukan melainkan makan tidur, menonton tv chatting dsb berbanding anak-anak yang tinggal diluar bandar yang masih berpeluang menolong ibubapa samada di kebun, sawah dsb..Bab ini yang kekadang sedikit kureng disukai oleh anak-anak, termasuk aku dulu, bila musim cuti sekolah muncul lagi...Ketika cuti, saat paling mengembirakan adalah sewaktu hujan diawal pagi..hehe..tak payah ke kebun...

Pasti seronok bercuti dikampung. Dapat beraktiviti dihalaman yang luas tanpa perlu risau dengan kenderaan yang bersimpang siur. Atuk dan nenek  turut gembira. Jelas terpancar kegembiraan diwajah ketika menyambut cucu-cucu pulang. Tapi tak berpanjangan kot. Mana tahan melihat kerenah cucu yang sekejap aman memanjang bergaduh..Bingit sausana dengan tawa dan tangis.

Namun segalanya akan segera berubah bila anak-anak meningkat remaja. Mereka lebih selesa bergerak bersama rakan-rakan atau memilih untuk memerap saja dirumah. Puas dipujuk dengan pelbagai umpan namun amat sukar untuk mengajak mereka mengikuti kita. Sebab itu tetakala anak-anak kecil seronok mengekori ibubapa, usah dihalang. Biar kan saja . Akan tiba nanti ibubapa pula yang terpaksa merayu supaya anak-anak remaja  mengikori kita...haha



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK