click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, June 6, 2013

Anak siapa pandai memasak...?



Cuti sekolah hampir berakhir...Minggu depan kebanyakan rumah yang menghimpunkan anak-anak pulang dari asrama akan kesunyian lagi....tunggu cuti akan datang untuk 'kemeriahan' selanjutnya. Kemeriahan yang tak seberapa sebenarnya...Walaupun anak-anak berada dirumah entah beberapa minit dapat bersua muka dalam sehari. Itu pun terpaksa berpekik memanggil  baru menyahut...keluar/turun  sekejap, bersegera  masuk semula ke bilik ...Masa dirumah dihabiskan dengan memerap sesama adik beradik dibilik..bersembang sesama sendiri atau membuta...Bagi ibubapa yang berkerjaya diluar lagilah hanya lewat petang atau hujung minggu baru dapat bertemu.

Ibubapa kena memikirkan aktiviti sepanjang musim persekolahan untuk anak-anak. Jika masa tidak dimanfaatkan sebaiknya, masa akan terbuang begitu saja.  Sebenarnya banyak kemahiran asas tersangat kurang pada anak-anak zaman ini. Salah satunya adalah kemahiran memasak...baik anak lelaki atau perempuan, ramai yang langsung tidak pandai memasak dan  kenal dengan bahan-bahan masakan....Tak caya cubalah suruh anak-anak  membeli barangan dikedai  seperti  lengkuas, serai, daun kunyit atau daun limau purut dsb..Tabik springlah kalau anak-anak kenal dengan barang yang dipesan...

Dengan segala peralatan serba canggih dan ringkas, memasak pun belum tentu menjadi .. Disuruh menanak nasi silap-silap nasi keras atau lembik, disuruh menggoreng ayam atau ikan ..mau rentung  atau tak masak langsung... Aku tak dapat bayangkan kalau disuruh memasak menggunakan dapur kayu macam orang dulu-dulu...Entah-entah terbakar dapor agaknya haha ..padahal kemahiran itu tidaklah sesusah mana untuk dipelajari...Yang penting pendedahan dan tunjuk ajar..

Menyedari hakikat ini  kami bercadang  mengadakan kelas  memasak  untuk anak-anak remaja seawal usia 10 tahun dimusim cuti sekolah akan datang. Disamping mengajar anak-anak sendiri usaha ini diharap dapat dimanfaatkan anak-anak remaja di taman perumahan kami dan berhampiran.. Untuk mereka yang tinggal berjauhan pun tiada masalah kerana kemudahan penginapan boleh disediakan. Kami sedang memikirkan module pembelajaran dan caj yang akan dikenakan. Ini kelas asas saja seperti mengenal bahan masakan, menanak nasi, menggoreng, menumis, mengemas dapor dll.  Apabila ilmu asas sudah diperolehi akan mudah untuk meneroka ilmu yang lebih advance. Yang penting anak-anak diberi pendedahan  ilmu asas memasak yang sangat bermanfaat untuk kegunaan sendiri atau berkeluarga dimasa hadapan nanti...

Diharap dengan pendedahan ilmu itu takdalah kekok untuk memasak sendiri ..Bila mak ayah tiada dirumah sudah boleh berdikari...tidaklah menahan lapar  semata-mata menunggu mak balik untuk memasak...atau sekadar melahap maggi..maggi dan maggi..Ilmu boleh dimanfaatkan sewaktu melanjutkan pelajaran. Masa tu mana ada dewan makan atau dewan selera.. .Masing-masing kena usahakan sendiri. Sewaktu menamatkan zaman bujang  tidaklah asyik makan dikedai saja .. Hati sudah pasti tidak berdebar atau takut-takut untuk ke dapor sewaktu bertandang ke rumah mak/ayah mertua. Atau sewaktu isteri berpantang  pandailah jugak si suami menjenguk-jenguk dapor...

Belajar jangan tak belajar...








No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK