Tuesday, June 18, 2013

Haji..Jangan ambil enteng...!



Dua hari kami menghadiri kursus haji intensif. 17-18hb Jun 2013 di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Kubu Bharu Selangor. . Ini merupakan penambahbaikan module kursus berbanding yang pernah kami hadiri.  Seingat aku  hanya kursus asas bersiri dan kursus perdana yang kami hadiri dulu sebelum 2004. Di akhir kursus peserta akan diuji dengan pelbagai soalan  untuk menguji kefahaman haji . Dengan tahap pendidikan  sekarang  ternyata hampir semua peserta dapat menjawab soalan dengan baik. Jika mendapat markah kurang dari 10 daripada 25 soalan yang dikemukakan, peserta akan dibimbing lagi dengan kursus khas. Dengan pendedahan ilmu teori dan amali ini semoga kami dapat menjalani ibadah haji dengan sempurna nanti.


Selesai kursus intensif bakal jemaah akan didedahkan lagi dengan kursus perdana 2 minggu sesudah hariraya Aidilfitri nanti. Syabas pihak Tabung Haji. Pendedahan  selain  ilmu  haji seperti kesihatan, persediaan bakal-bakal haji samada di tanah air atau di tanah suci dsb sangat bermanfaat.

 Dikhabarkan terdapat 1.2 juta orang yang telah mendaftar untuk menunaikan haji dengan Lembaga Urusan Tabung Haji. Daripada jumlah itu seramai 20000 adalah warga emas melewati usia 70tahun. Kuota rakyat Malaysia hanyalah 28000 orang setahun. Berdasarkan senario ini sekiranya seseorang baru saja  mendaftarkan haji sekarang maka tempoh menunggu giliran akan mencecah lebih 40 tahun.. ! Bayangkan jika seseorang bertangguh sesudah pencen  untuk mendaftar...Tahun ini peluang jemaah yang merayu untuk menunaikan haji melalui kuota tambahan adalah tipis atau sifar sejajar dengan keputusan kerajaan Arab Saudi mengurangkan bilangan jemaah ke tanah suci sebanyak 20 peratus demi keselesaan jemaah kerana pembesaran kawasan masjid.Masjidil Haram.


Nampaknya bayi-bayi yang baru lahir sekiranya ingin menunaikan haji semasa berumur 40an, ibubapa perlu mendaftarkan haji mereka serentak dengan pendaftaran kelahiran dipejabat pendaftaran.     Secara peribadi aku merasakan umur 40an adalah waktu terbaik menjalani ibadah haji. Tidak terlalu muda, tidak terlalu tua. Keputusan saringan kesihatan juga menunjukkan apabila umur mula meningkat banyak penyakit mula bersarang dalam diri. Keputusan ujian kesihatan grup kami daripada 100 peserta, hanya 30 peratus melepasi ujian kali pertama dan selebihnya perlu menjalani rawatan dan pemeriksaan susulan.





Dikhabarkan jarak hotel penginapan dan masjidil haram untuk jemaah muasasah adalah melebihi 1.3 km sehala. Kalau ditambah dengan jarak bertawaf kaabah atau bersaie atau bertawaf deretan kedai-kedai, dengan senang jemaah akan menempuh jarak perjalanan melebihi 5km setiap kali ke Masjidil Haram. . Begitu juga kedudukan khemah di Mina dengan kawasan lontaran jamrah melebihi 2km sehala. Ditambah dengan sausana penuh sesak dan berdebu hanya yang betul-betul fit akan mampu mengharungi cabaran. Yang muda ramai kecundang apatah lagi sekiranya berusia lanjut atau berpenyakit...


Sebab itu disarankan supaya yang belum mendaftar bersegeralah berbuat demikian. Ramai yang masih keliru dengan memahami bahwa membuka akaun tabung haji bermakna telah mendaftar haji. Sedangkan bukan begitu...Untuk melayakkan seseorang dimasukkan dalam senarai giliran ke tanah suci seseorang perlu memohon dan mendaftar haji dengan menyimpan sekurang-kurangnya RM1300 di akaun tabung haji. Kepada yang belum mendaftar haji..Apa tunggu lagi...bersegeralah...!

Semoga Allah permudahkan urusan haji para jemaah... Amin...

 










No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK